Assalamualaikum Sebenarnya saya cukup minat membaca Munsyi Bahasa oleh Muhammed Salehudin Aman dalam TUTOR yang disisipkan bersama akhbar Utusan Malaysia. Adakah terdapat sebuah buku tentang tulisan beliau itu? Saya ingin membelinya. Terima kasih. Zol kepli Yahaya | Kumpulan tulisan Munsyi Bahasa yang disiarkan dalam TUTOR oleh Encik Muhammad Salehudin Aman diterbitkan dalam buku bertajuk Mari Kita Berbahasa Jilid 1 dan Jilid 2. Buku-buku ini diterbitkan oleh Citra Kurnia Enterprise yang beralamat 7256, Jalan 18/10, tAMAN sRI sERDANG, 43300 Seri Serdang, Selangor. | Lain-lain | 07.10.2008 |
Salam Sejahtera, Saya Khairunesa Isa merupakan Tutor di UTHM yang sedang mengikuti pengajian di peringat Phd di UTM Skudai, Johor. Saya ingin bertanya kepada pihak DBP adakah pihak DBP menyediakan perkhidmaan untuk menyemak hasil translation yang telah saya lakukan bagi borang soal selidik saya. Bagaimana kaedah atau proses yang perlu saya lakukan untuk tujuan perkhidmatan tersebut? Sebagai makluman, saya menjalankan kajian dalam Bahasa Melayu dan saya telah membuat translation dari B. Inngeris ke B. Melayu. Saya perlu membuat semakan dan pengesahan pakar terhadap translation tersebut agar hasil kajian saya dapat menjawab objektif kajian dan tidak lari dari maksud asal soal selidik yang telah di ambil. Saya mengharapkan maklu balas dari pihak DBP dengan kadar segera. Terima kasih atas perhatian dan kerjasama pihak DBP. Sekian, terima kasih. | Untuk makluman saudara, khidmat nasihat bahasa tidak menyemak teks yang lebih daripada 100 patah perkataan. Kami cadangkan saudara berhubung dengan Persatuan Penterjemah Malaysia di talian 03-21424381 (Suzana) untuk mendapatkan khidmat terjemahan/semakan dan pengesahan dokumen tersebut. | Lain-lain | 15.05.2011 |
saya ingin bertanya tentang perkataan study (belajar) yang dimelayukan adakah studi. perkataan ini saya tonton di saluran astro tutor untuk peperiksaan -- program misi studi upsr, spm, PT3. dewasa ini banyak kekeliruan bahasa berlaku. dah jadi macam indonesia | Perkataan studi terakam dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. Untuk makluman puan, Kamus Dewan berfungsi merakam perkataan yang banyak digunakan dalam kalangan masyarakat dengan merujuk data korpus. Itulah antara justifikasi sesuatu perkataan itu dimasukkan sebagai entri dalam Kamus. Semua perkataan yang dimasukkan dalam Kamus Dewan tidak semestinya diterima sebagai baku dan boleh digunakan untuk tujuan rasmi. Kami ambil maklum pandangan puan terhadap kekeliruan penggunaan bahasa Melayu dan bersama-samalah kita berusaha mempopularkan kata asli Melayu yang telah mengungkapkan makna yang terkandung dalam perkataan tersebut. | Tatabahasa | 30.06.2019 |
Apakah perkataan Bahasa Inggeris yang lebih tepat untuk perkataan "pengajar"? Adakah terdapat perbezaan makna dan penggunaan antara "teacher" dan "preacher"? | Istilah bahasa Inggeris untuk "pengajar" ialah instructor atau tutor. Istilah bahasa Melayu untuk "teacher" ialah guru dan istilah bahasa Melayu untuk "preacher" ialah pengkhutbah. Pengkhutbah bermaksud orang yang berkhutbah, pensyarah atau pembicara (terutama mengenai perkara-perkara keagamaan). | Istilah | 29.04.2016 |
Tuan/Puan, Saya ingin memohon tajaan naskhah majalah terbitan DBP. Sebagai contoh Dewan Siswa,Dewan Masyarakat, dan sebagainya. Untuk pengetahuan pihak tuan,saya telah dipilih untuk menjalani program Fulbright Foreign Language Teaching Assistant di Northern Illinois University, dan saya akan menjadi tutor Bahasa Melayu kepada sekumpulan pelajar yang membuat kajian dalam Bahasa Melayu. Oleh hal yang demikian, saya amatlah berbesar hati jika pihak DBP boleh membantu dalam memberikan sumbangan beberapa naskah majalah dan lain-lain rujukan yang dirasakan sesuai. Saya akan menghantar butiran lengkap mengenai program yang saya akan sertai jika pihak DBP sudi menghulurkan bantuan. Saya dahului dengan ucapan terima kasih | Tahniah kerana sdr. terpilih menjalani program Fulbright Foreign Language di Amerika Syarikat. Untuk rekod, silalah tulis surat permohonan rasmi kepada Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur bagi mendapatkan bahan rujukan dalam pengajaran Bahasa Melayu di Amerika Syarikat. | Lain-lain | 19.03.2008 |