sila tutup dengan perlahan-lahan sila tutup dengan perlahan antara dua ayat ini yang mana 1 betul dan diterima oleh pihak dbp | Perlahan bermaksud = perlahan-lahan 1. tidak terburu-buru (tergesa-gesa, cepat-cepat), lambat-lambat: ia berjalan sangat ~ spt tiada berdaya lakunya; setiap pelukis mestilah belajar melukis dan kemudian perlahan-lahan meningkat naik hingga menjadi pelukis yg terkemuka; 2. tidak kuat (percakapan, suara), lembut: cakaplah perlahan-lahan sedikit supaya tidak didengar orang; 3. tidak dgn tenaga yg banyak, tidak kuat-kuat, sedikit-sedikit: meriam itu ditarik perlahan-lahan; Oleh itu, kedua-dua ayat tersebut betul dan boleh digunakan. | Lain-lain | 01.10.2010 |
SAYA KELIRU PENGGUNAAN AKAN 1. LAMPU ITU SAYA AKAN TUTUP SEBENTAR LAGI ATAU 2. LAMPU ITU AKAN SAYA TUTUP SEBENTAR LAGI. DAN BOLEH PIHAK TUAN JELASKAN. | Kata 'akan' sebagai kata bantu (aspek) hadir sebelum frasa ialah jenis perkataan yang bertugas membantu frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama, iaitu dengan menimbulkan makna tambahan dari segi aspek waktu atau ragam. Oleh itu, ayat yang betul ialah Lampu itu akan saya tutup sebentar lagi. | Tatabahasa | 31.03.2013 |
Daun tingkap rumahnya tutup rapat. Adakah ayat ini betul? | Ayat contoh yang diberikan betul kerana tutup sama maksudnya dengan tertutup atau tidak terbuka. | Tatabahasa | 21.11.2012 |
Penggunaan perkataaan dari dan daripada: 1. Permohonan yang dibuat selepas dari tarikh tutup permohonan tidak akan diterima. 2. Permohonan yang dibuat selepas daripada tarikh tutup permohonan tidak akan diterima. Yang mana satu betul penggunaannya? Terima kasih | Ayat yang gramatis ialah: 1. Permohonan yang dibuat selepas dari tarikh tutup permohonan tidak akan diterima. Kata sendi nama dari - untuk menunjukkan tempat atau masa. | Tatabahasa | 21.10.2011 |
salam sejahtera, contoh ayat "pesan dia tolong tutup lampu" ayat ini betul atau tidak? | Ayat yang lebih tepat: Pesan dia supaya tutup lampu. | Tatabahasa | 18.10.2015 |
Assalamualikum, saya ingin bertanya,benarkah tarikh tutup Sayembara Menulis Novel dan Skrip Drama Kanak-Kanak Dan Remaja DBP adalah 30 Sept 2010? | Ya, tarikh tutup Sayembara Menulis Skrip Drama dan Novel Kanak-kanak dan Remaja DBP telah dilanjutkan sehingga 30 September 2010 disebabkan beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan. Borang dan pengumuman pelanjutan telah disiarkan di laman Dewang Bahasa dan Pustaka. | Lain-lain | 11.02.2010 |
Adakah tajuk surat ini betul "Jadual Tarikh Mesyuarat Lembaga Tender Pusat Negeri & Tarikh Dan Masa Tutup Tender Tahun 2014" ? | Tajuk yang betul ialah - Jadual Tarikh Mesyuarat Lembaga Tender Pusat Negeri, Tarikh dan Masa Tutup Tender Tahun 2014. | Tatabahasa | 13.02.2014 |
saya baru melihat iklan kerja kosong di Laman Sesawang DBP....tarikh tutup 17/1/2011...tetapi kenapa apabila saya klik pada iklan tersebut tidak dapat dibuka..????dan apabila layari http://www.jobsmalaysia.gov.my ...iklan yang sama iaitu tarikh tutup 3/1/2011 yang dipaparkan lagi....kerjasama dari pihak DBP amat saya hargai...terima kasih... :D | Iklan sudah boleh dicapai seperti biasa. Bagi iklan DBP di http://www.jobsmalaysia.gov.my sila mohon hubungi pihak jobsmalaysia untuk maklumat lanjut. | Lain-lain | 03.01.2011 |
BAGAIMANA UNTUK MEMBUAT PERMOHONAN KERJA ONLINE DAN TARIKH TUTUP PERMOHONAN. | Sdr, Dimaklumkan bagi setiap jawatan kosong yang akan diisi, kami akan mengiklankan kekosongan jawatan tersebut melalui akhbar utama tempatan dan juga melalui laman web kami. Segala butiran tentang jawatan tersebut dinyatakan dengan jelas di dalam iklan yang disiarkan, termasuklah kaedah penghantaran permohonan, kelayakan yang diperlukan bagi sesuatu jawatan, tarikh tutup permohonan dan sebagainya. Buat masa ini, pihak kami belum menyediakan kaedah mengemukakan permohonan jawatan kosong secara 'online', tetapi sdr bolehlah mengisi borang permohonan yang disediakan dan mencetak borang tersebut dan poskan bersama-sama dengan dokumen yang diperlukan sebelum tarikh tutup. | Lain-lain | 02.09.2007 |
Soalan : Apabila hari mulai hujan, saya telah menutup semua tingkap dan pintu. Apakah jawapan yang sesuai? Apabila hari mulai hujan, semua tingkap dan pintu telah saya tutup. Atau Semua tingkap dan pintu telah saya tutup apabila hari mulai hujan. | Ayat asal ayat ini ialah Saya menutup semua tingkap dan pintu apabila hari mulai hujan. Apabila disongsangkan ayat ini menjadi Apabila hari mulai hujan, saya menutup semua tingkap dan pintu. | Tatabahasa | 05.08.2015 |