Berdasarkan tutur katanya, terbukti bahawa dia seorang yang berpendidikan tinggi. Ayat ini ayat songsang. Soalan : 1. Tolong tukar ayat ini menjadi ayat biasa. 2. Apakah subjek dan predikat ayat ini? Terima kasih. | Ayat biasa: Terbukti bahawa dia seorang yang berpendidikan tinggi berdasarkan tutur katanya . Subjek: Terbukti bahawa dia seorang yang berpendidikan tinggi Predikat: berdasarkan tutur katanya | Tatabahasa | 18.05.2016 |
apa itu keutuhan wacana? | Keutuhan bermaksud perihal (sifat, keadaan) utuh, kebulatan, kesempurnaan dan wacana bermaksud keseluruhan tutur yg merupakan suatu kesatuan, ucapan, pertuturan, percakapan; perbincangan atau pertukaran idea secara lisan. Keutuhan wacana boleh dikatakan sebagai kesempurnaan keseluruhan tutur yg merupakan suatu kesatuan, ucapan, pertuturan, percakapan, perbincangan atau pertukaran idea secara lisan. | Makna | 27.02.2007 |
Bolehkah sesuatu ayat dimulakan dengan perkataan "contohnya" seperti berikut. Kita perlulah menghormati kedua-dua ibu bapa kita. Contohnya kita perlulah menggunakan tutur kata yang sopan ketika berbicara dengan mereka. | Kita perlulah menghormati kedua-dua ibu bapa kita. Contohnya kita perlulah menggunakan tutur kata yang sopan ketika berbicara dengan mereka. Ayat ini betul. | Tatabahasa | 19.06.2016 |
KETERANGAN BUDI BAHASA BUDAYA BANGSA | Budi bahasa lazimnya merujuk 'tutur kata, kelakuan, sapon santun, tatatertib, akal, kebijaksanaan dan perbuatan kebajikan yang tercantum dalam kata-kata akhlak yang mulia'. Setiap gerak laku, tutur kata, tatahidup, pemikiran dan perasaan baik terhadap orang lain sebagai peribadi mahupun pergaulan masyarakat terangkum dalam konsep budi bahasa. Umumnya, nilai-nilai murni yang diterima diamalkan oleh masyarakat Malaysia yang merentas individu, kekeluargaan, masyarakat dan kenegaraan adalah nilai sejagat yang dituntut oleh agama, kepercayaan, adat rasmi dan kebudayaan. Untuk maklumat lanjut, tuan bolehlah menghubungi Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan selaku penganjur Kempen Budi Bahasa atau dapatkan buku Budi Bahasa Budaya Kita yang diterbitkan oleh mereka. | Lain-lain | 30.03.2009 |
sila beri maklumat tentang budi bahasa dan aplikasi dalam masyarakat(intraksi masyarakat).berikan contoh-contohnya dalam bentuk gambaran kartun atau pun artikel. | Budi bahasa lazimnya merujuk kepada 'tutur kata, kelakuan, sapon santun, tatatertib, akal, kebijaksanaan dan perbuatan kebajikan yang tercantum dalam kata-kata akhlak yang mulia'. Setiap gerak laku, tutur kata, tatahidup, pemikiran dan perasaan baik terhadap orang lain sebagai peribadi mahupun pergaulan masyarakat terangkum dalam konsep budi bahasa. Umumnya, nilai-nilai murni yang diterima diamalkan oleh masyarakat Malaysia yang merentasi individu, kekeluargaan, masyarakat dan kenegaraan adalah nilai sejagat yang dituntut oleh agama, kepercayaan, adat rasmi dan kebudayaan. Untuk maklumat lanjut, tuan bolehlah menghubungi Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan selaku penganjur kempen ini atau dapatkan buku Budi Bahasa Budaya Kita yang diterbitkan oleh mereka. | Makna | 19.08.2006 |
Huraian wacana dalam bahasa melayu? | Maksud istilah wacana ialah 1. keseluruhan tutur yang merupakan suatu kesatuan, ucapan, pertuturan, percakapan 2. kesatuan fikiran yang utuh, sama ada dalam bentuk lisan (seperti pidato, khutbah) atau tulisan (seperti surat, artikel, novel, cerpen. Sekian. Terima kasih kerana menggunakan Khidmat Nasihat DBP. | Lain-lain | 30.07.2008 |
ciri-ciri wacana dari segi maklumat dan keadaan | Wacana bermaksud keseluruhan tutur yang merupakan suatu kesatuan, ucapan, pertuturan atau percakapan. Juga membawa maksud kesatuan fikiran yang utuh, sama ada dalam bentuk lisan atau tulisan. Ciri-cirinya bergantung kepada konteks wacana itu sendiri dan berubah-ubah daripad satu wacana ke wacana yang lain. | Lain-lain | 18.10.2006 |
takrif dan konsep wacana | Wacana: 1. keseluruhan tutur yg merupakan suatu kesatuan, ucapan, pertuturan, percakapan; 2. perbincangan atau pertukaran idea secara lisan: mereka mengadakan ~ ilmu; 3. kesatuan fikiran yg utuh, sama ada dlm bentuk lisan (spt pidato, khutbah) atau tulisan (spt surat, artikel, novel, cerpen): kita merindui dunia subur kritikan sastera yg dibajai oleh pengetahuan tentang teori dan ~ sastera yg mendalam dan pembacaan karya sastera yg banyak; | Lain-lain | 26.08.2009 |
Apakah definisi wacana? Apakah konsep wacana? Apakah teori wacana? | Merujuk Kamus Dewan wacana ialah keseluruhan tutur yg merupakan suatu kesatuan, ucapan, pertuturan, percakapan. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang wacana, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi terbaharu. | Makna | 22.08.2008 |
apakah itu keutuhan wacana? apa yang boleh dipanggil sebagai wacana? | Wacana:- 1. keseluruhan tutur yg merupakan suatu kesatuan, ucapan, pertuturan, percakapan; 2. perbincangan atau pertukaran idea secara lisan: mereka mengadakan ~ ilmu; 3. kesatuan fikiran yg utuh, sama ada dlm bentuk lisan (spt pidato, khutbah) atau tulisan (spt surat, artikel, novel, cerpen): kita merindui dunia subur kritikan sastera yg dibajai oleh pengetahuan tentang teori dan ~ sastera yg mendalam dan pembacaan karya sastera yg banyak; | Makna | 30.10.2008 |