Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tuwa


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin tahu sebutan baku bagi kata sepert / siapa / , / tua/, / / buaya/ - adakah disebut si - a- pa atau siyapa , tu - a atau tuwa.Sebutan baku ialah sebutan (huruf atau perkataan) yang telah ditentukan atau diterima sebagai betulĀ  atau yang sewajarnya, sebutan standard.Lain-lain18.09.2014
DBP yg dihormati, saya ingin mendapatkan penjelasan mengenai vokal berganding seperti 'ua'. Apabila dua vokal berganding menghasilkan dua bunyi, betul? perkataan 'tua' dieja 't-u' 'tu, 'a' 'a'=tua, tapi bukankah kita menyebutnya sama spt 'tuwa' dan bkn 'tu-a'.. Bolehkah saya mendapatkan penerangan bagi kes di atas DBP? sy mengalami kekeliruan dlm mengenalpasti bilangan suku kata yg terdapat dlm sesuatu perkataan spt 'tua', 'dua', 'piala', 'tuala' dll. Terima kasih DBP yg dikasihi.

Perkataan tua dan dua mempunyai satu suku kata. Sila rujuk buku Daftar kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi, Edisi Kedua untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang suku kata tersebut dan suku kata perkataan yang lain.

Lain-lain22.07.2010
DBP yg dihormati, saya ingin mendapatkan penjelasan mengenai konsonan berganding seperti 'ua'. Apabila dua konsonan berganding menghasilkan dua bunyi, betul? perkataan 'tua' dieja 't-u' 'tu, 'a' 'a'=tua, tapi bukankah kita menyebutnya sama spt 'tuwa' dan bkn 'tu-a'.. Bolehkah saya mendapatkan penerangan bagi kes di atas DBP? sy mengalami kekeliruan dlm mengenalpasti bilangan suku kata yg terdapat dlm sesuatu perkataan spt 'tua', 'dua', 'piala', 'tuala' dll. Terima kasih DBP yg dikasihi.

Perkataan tua dan dua mempunyai satu suku kata. Sila rujuk buku Daftar kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi, Edisi Kedua untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang suku kata tersebut dan suku kata perkataan yang lain.

Lain-lain22.07.2010
Kita tahu bahawa setiap bunyi dalam perkataan mewakili 1 suku kata. Vokal berganding seperti 'ua' menghasilkan dua bunyi. Bunyi vokal berganding yang terdapat dalam perkataan 'dua' dan 'tua', hadirnya dua bunyi,seolah-olah dieja seperti 'tuwa' & 'duwa' Soalan saya, 'dua' & 'tua' mempunyai 1 bunyi suku kata atau 2 bunyi suku kata?Perkataan dua dan tua mempunyai satu suku kata.Lain-lain18.07.2010

Kembali ke atas