| Apakah terjemahan yang sesuai untuk Twin Transition? Adalah Peralihan Berkembar atau Transisi Berkembar? Pendekatan Twin Transition merujuk bahawa terdapat peluang besar yang boleh diterokai untuk teknologi dan data bagi memacu matlamat kelestarian atau kemampanan (sustainability). | Cadangan terjemahan bagi perkataan twin transition berdasarkan konsep dan konteks penggunaan yang diberikan ialah “transisi berkembar”. | Penyemakan dan penterjemahan | 02.03.2023 |
| Terjemahan untuk twin sharing. | Berdasarkan Daftar Ungkapan Umum Pelancongan dan Perhotelan, padanan istilah twin sharing dalam bahasa melayu ialah dwiinap. Terima kasih. | Istilah | 22.03.2004 |
| Salam sejahtera Tuan/Puan. Apakah terjemahan yang sesuai bagi istilah 'Twin Spindle Multi Turret CNC Lathe'? Sekian, terima kasih. | Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan bagi 'Twin Spindle Multi Turret CNC Lathe" ialah Pelarik CNC Multituret Gelendong Kembar. | Istilah | 11.01.2016 |
| Salam sejahtera Tuan/Puan. Apakah terjemahan bagi istilah 'Twin Boom Aircraft'? Sekian, terima kasih. | Terjemahan yang dicadangkan ialah Pesawat Udara Bum Kembar atau Kapal Terbang Bum Kembar. | Istilah | 16.01.2016 |
| Saya ingin mendapatkan beberapa istilah perhotelan seperti: 1. En-Suite 2.Premier Deluxe Room 3.Budget twin 4. Check-out 5. Mud cottage Terima Kasih | Dalam data rujukan kami terdapat beberapa istilah yang belum mempunyai padanan bahasa Melayu yang khusus. Hanya perkataan berikut mempunyai padanan bahasa Melayu seperti yang berikut; 1. Premier Deluxe Room = Bilik Mewah Utama 4. Check out = Daftar Keluar Bagi istilah yang tiada dalam data kami, mohon pihak puan kemukakan konsep dan cadangan bahasa Melayu daripada puan supaya kami boleh mencadangkan istilah yang sesuai. | Penyemakan dan penterjemahan | 17.03.2015 |