Salam. Mengenai terjemahan perkataan "retweet" kepada bahasa Melayu, adakah istilah "ulang kicau" diterima pakai? | Menurut data kami, padanan yang sesuai ialah twit semula. | Lain-lain | 12.05.2019 |
Salam Merdeka, 1. Terjemahan 'Tweet Up Merdeka' dalam bahasa Melayu, apa? 2. Terjemahan 'flyover' dalam bahasa Melayu, apa? Terima kasih. | 1. Untuk makluman puan, belum ada istilah khusus untuk "Tweet Up". Walau bagaimanapun, dalam konteks frasa yang diberikan, cadangan kami ialah Jom Twit Merdeka atau Ayuh Twit Merdeka. 2. Istilah bahasa Melayu untuk "flyover" ialah jejambat. | Istilah | 04.09.2012 |
Apakah maksud bagi perkataan "retweet" dalam konteks penulisan am. | Tuan/puan boleh mencari maksud “retweet” dalam kamus bahasa Inggeris (Oxford, Collins, dan lain-lain). Padanan bahasa Melayu untuk retweet ialah twit semula. | Istilah | 13.02.2019 |
Apakah istilah Bahasa Melayu untuk 1. "Facebook post"(noun/kata nama) 2. Tweet(noun/kata nama) 3. Tweet(verb/kata kerja) 4. facebook highlights(noun/kata nama) 5. instagram story (noun/kata nama) | Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah Facebook post ialah hantaran Facebook, tweet ialah twit, tweeting ialah mentwit, Facebook highlights ialah sorotan Facebook dan Instagram story ialah cerita Instagram. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 03.09.2022 |
Adakah terdapat istilah 'ciapan'? Kerana rujukan kepada akhbar dan artikel memetik perkataan ciapan yang membawa erti 'posting' di media sosial. Adapun dapatan lain bagi maksud 'posting' dapat dilihat hantaran media sosial. Terima kasih. | Perkataan “ciapan” bermaksud bunyi yang dikeluarkan oleh anak ayam, burung dan sebagainya. (Kamus Dewan Perdana). Perkataan yang merujuk kepada posting di media sosial ialah “hantaran” atau “twit” (khusus untuk aplikasi Twitter). | Lain-lain | 04.10.2022 |