Assalamualaikum, Saya ingin berikan cadangan supaya DBP lebih giat berinteraksi bersama penutur bahasa Melayu dan rakyat Malaysia secara umumnya melalui media sosial, khususnya Twitter. Jadikan akaun rasmi DBP di Twitter sebagai akaun hidup yang mampu menarik anak muda supaya cinta akan bahasa ibunda. Saya ingin berikan contoh akaun Twitter Merriam-Webster yang digemari ramai kerana berkongsi hasil pencarian popular harian yang mencerminkan keadaan perkembengan sosial di Amerika. Jika DBP mampu mengelola akaun Twitter sama seperti Merriam-Webster, mungkin ramai akan lebih cakna terhadap bahasa Melayu dan kepentingan serta kehebatannya. Saya lihat, akaun rasmi DBP hanya memuatnaik keratan akhbar sahaja. Minta cadangan saya dipanjangkan ke pihak yanh berwibawa. | Kami ambil maklum cadangan yang dikemukakan dan dikemukakan kepada pihak pengurusan untuk pertimbangan sewajarnya. | Lain-lain | 28.08.2017 |
Terima kasih di atas jawapan tuan. Cuma untuk soalan kedua, saya mahu tahu tentang terjemahan "tweet", bukan aplikasi twitter. 2. Adakah perkataan menciap sudah diterima sebagai terjemahan untuk "tweet" dalam aplikai twitter? | Dalam aplikasi tweet, penggunaan kata yang berkaitan merujuk perbuatan yang dilakukan seperti penulis atau menulis dalam twitter. Perkataan menciap khusus kepada bunyi burung dan belum diperluas maknanya untuk aplikasi berkenaan. | Istilah | 15.03.2018 |
Salam, Di laman Twitter, terdapat satu konsep yang dipanggil thread. Thread ini merupakan satu rantaian "tweet" yang berkait antara satu sama lain dan selaluny berdasarkan satu topik yang khusus. Ada warga Twitter yang menterjemahkan thread sebagai bebenang, adakah terjemahan ini tepat dan jika tidak, apakah cadangan DBP? Mana satu yang betul dari segi tatabahasa? 1. Ini ialah bebenang. 2. Ini adalah bebenang. | 1. Sumbar daripada Istilah MABBIM Istilah Sumber | Istilah Indonesia | Istilah Brunei | Istilah Malaysia | Bidang | thread | ulir | jalur | jalur | Teknologi Maklumat | Untuk makluman, padanan bahasa Melayu untuk istilah "thread" dalam bidang teknologi maklumat ialah jalur. 2. Tatabatahasa yang betul "Ini ialah bebenang". "Ialah" - kata yg digunakan utk menegaskan sesuatu pernyataan, mendahului penyebab atau keterangan dll: Orang yg dituduh itu ~ perempuan. | Istilah | 04.07.2017 |
Assalamualaikum. Saya ingin bertanya, adakah perkataan Facebook, Whatsapp, Instagram, Twitter dan Dropbox dikira sebagai kata nama khas? Sekian, terima kasih | Facebook, Whatsapp, Instagram, Twitter dan Dropbox ialah kata nama khas dan dikekalkan ejaannya dalam bahasa Melayu. | Ejaan | 05.05.2017 |
Bagaimana cara penulisan bagi perkataan seperti Facebook, Twitter, Instagram dan lain-lain lagi, adakah perlu dicondongkan? Selain itu, bagaimana kaedah penulisan bagi perkataan contohnya e-dagang yang berada pada awal ayat, adakah 'e-' ini perlu dibesarkan hurufnya atau dibiarkan menggunakan huruf kecil? | Facebook, Twitter dan Instagram ialah kata nama khas maka ejaannya tetap sama dan tidak perlu dicondongkan. Kaedah penulisan bagi perkataan contohnya e-dagang yang berada pada awal ayat perlu bermula dengan huruf besar (E-dagang) dan jika terletak pada tengah ayat maka dikekalkan ejaannya dengan penggunaan huruf kecil (e-dagang). | Ejaan | 28.07.2017 |
Assalamualaikum tuan, Perlukah kita terjemahkan perkataan Facebook, Twitter, Skype ke dalam Bahasa Melayu? Dalam penulisan adakah perlu kita italik perkataan tersebut? Terima kasih. AziraZana Hammid Satu lagi bagaimana pula dengan perkataan blended calssroom, flipp classrom. Jika diterjemah ke dalam BM bermaksud kelas teradun, kelas berbalik. terima kasih sekali lagi | Waalaikumussalam, Perkataan Facebook, Twitter, Skype tidak perlu diterjemahkan atau diitalikkan kerana merupakan kata nama khas bagi nama aplikasi. Bagi terjemahan istilah blended calssroom, flipp classrom masih belum ada dalam data PRPM kami, cadangan daripada pihak kami, terjemahan bag blended classroom ialah kelas teradun manakal flipp classroom ialah pembelajaran flip. Sekian terima kasih | Makna | 15.02.2019 |
Dalam kiriman Twitter DBP (12 Mac 2018,11:39 pagi) dikongsikan infografik istilah teknik dan vokasional di mana vegetarian dipadankan dengan vegetarian/pemayur. Apabila dicari dalam PRPM, istilah pemayur tiada, bolehkah saya gunakan pemayur dalam tulisan? | Pemayur ialah istilah baharu yang dibina oleh Bahagian Peristilahan dan Leksikologi, DBP dan diuar-uarkan melalui saluran rasmi DBP seperti Facebook dan Twitter. Istilah ini boleh digunakan dalam wacana rasmi. | Istilah | 12.03.2018 |
1. Adakah wujud istilah bahasa melayu secara khusus bagi perkataan-perkataan berikut: instafamous, twitter famous, Facebook famous dan youtubers? Jika wujud, apakad istilah yang tepat? 2. Perkataan-perkataan berikut adalah berkaitan jenis-jenis pempengaruh (influencer). Adakah betul maksud bagi perkataan berikut: a)mega influencer=pempengaruh mega b)macro influencer=pempengaruh makro c)micro influencer=pempengaruh mikro d)advocate=penyokong e)referrer=perujuk f)loyalist=penyetia | Perkataan "Instafamous", "Twitter famous", "Facebook famous" dan "Youtuber" digunakan dalam konteks tidak rasmi. Kami mencadangkan padanan perkataan tersebut sebagai Instagram terkenal, Twitter terkenal, Facebook terkenal dan pengguna Youtube. Cadangan padanan bahasa Melayu: a) pempengaruh mega b) pempengaruh makro c) pempengaruh mikro d) penyokong, menyokong e) perujuk f) penyokong setia Semua padanan bergantung kepada penggunaan ayat dan konteks. | Istilah | 11.04.2020 |
1) Adakah istilah " generasi dotcom" boleh digunakan dalam penulisan pelajar? 2) Adakah istilah "gajet" wujud? 3) Adakah penggunaan "Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian" betul? 4) Adakah penggunaan pengikat kata perlu diletakkan bagi setiap perkataan bahasa Inggeris atau boleh sekali sahaja contoh; "Twitter", "Instagram" dan "facebook" atau "Twitter, Instagram dan facebook" | 1. Istilah "generasi dotcom" taida dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. Sekiranya ingin digunakan juga perkataan tersebut, boleh letakkan tanda pengikta kata (" ") seperti "generasi dotcom".2. Tiada istilah "gajet", yang ada ialah "alat" atau "alatan" (sebgai padanan kata "gadget" dalam bahasa Melayu. 3. "Hadirin" sahaja sudah memadai. "Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian" juga betul. 4. Tidak perlu letak tanda pengikat kata bagi Facebook, Twitter dan Instagram kerana ketiga-tiganya ialah laman sosial (nama khas). | Tatabahasa | 07.10.2014 |
Soalan daripada pengikut Twitter DBP - "Bila @DBPMalaysia nak keluarkan aplikasi PRPM untuk telefon pintar?" Terima kasih. | Aplikasi PRPM untuk telefon pintar masih dalam peringkat perbincangan. Namun begitu, encik boleh melayari laman web PRPM di http://prpm.dbp.gov.my | Lain-lain | 09.04.2018 |