| two years jail sentence for each of 3 counts of corrupt pratices | hukuman penjara selama dua tahun bagi setiap 3 kali suapan rasuah | Lain-lain | 20.06.2008 |
| Padanan bahasa melayu untuk 'third wheel/ third wheeler'. | Tiada maklumat terjemahan third wheel secara rasmi. Berdasarkan konsep A person who hangs out with two other people. The two other people are closer to each other than the "Third Wheel", third wheel boleh diterjemahkan sebagai orang ketiga atau orang asing. | Penyemakan dan penterjemahan | 05.09.2018 |
| Salam sejahtera. Adakah istilah 'two-prongs test' boleh diterjemahkan sebagai 'ujian dua serampang'? Istilah berada dalam bidang Undang-Undang Kemanusiaan Antarabangsa | Padanan bahasa Melayu bagi istilah two-prongs test ialah ujian serampang dua.Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 22.08.2022 |
| terima kasih ttg jawapan no pendaftaran 23155/2016 jadi maksudnya papan iklan tu saya kena letak ayat RESTORAN ye? Ayat CHEF IN ACTION TWO tu ok ke? | Sila letak perkataan RESTORAN di bahagian atas dalam visual dan hantar semula untuk pengesahan. Nam restoran CHEF IN ACTION TWO boleh dikekalkan kerana sama dengan nama syarikat yang didaftarkan. | Lain-lain | 06.06.2016 |
| Mohon bantuan pihak DBP untuk terjemah ayat ini "IOTIC initiated the development of two public awareness, education and preparedness booklets focusing on tsunami hazards" | Untuk makluman tuan, kami tidak meyediakan perkhidmatan penterjemahan. Apa yang dapat kami bantu ialah menyemak ayat yang telah diterjemahkan terlebih dahulu. Kami akan menyemak ejaan, penggunaan kata dan ayat tersebut. | Penyemakan dan penterjemahan | 16.08.2017 |
| Apakah perkataan Bahasa Melayu yang sesuai untuk perkataan 'spacewalk' dalam Bahasa Inggeris? Contoh ayat: Two astronauts will perform a spacewalk from the Quest module on the International Space Station. Dua angkasawan akan melakukan _____ dari modul Quest di International Space Station. Terima kasih. | Perkataan Bahasa Melayu yang sesuai untuk perkataan "spacewalk" ialah perjalanan angkasa. Perkataan perjalanan angkasa boleh digunakan jika bersesuaian. | Makna | 24.09.2018 |
| Apa terjemahan untuk istilah-istilah berikut? 1. Royal flush 2. Straight flush 3. Four of a kind 4. Full house 5. Flush 6. Straight 7. Three of a kind 8. Two pair 9.One pair 10. High card Terima kasih | 1. royal flush - sama bunga tertinggi (terup) 2. straight flush - sama bunga jujukan (terup) 3. four of a kind - empat jenis senilai (terup) 4. full house - set penuh (terup) 5. flush - sama bunga (terup) 6. straight - jujukan (terup) 7. three of a kind - tiga jenis senilai (terup) 8. two pair - dua pasang (terup) 9.one pair - sepasang (terup) 10. high card - kad utama (terup) | Istilah | 01.07.2022 |
| Bolehkah metrics diterjemahkan sebagai metrik dalam Bahasa Malaysia? contoh dalam ayat berikut: Institutions are subject to two types of self-assessments: general institution metrics (e.g. management, resources and facilities) and programme-based evaluation with different weightages assigned Terjemahan: Institusi adalah tertakluk kepada dua jenis penilaian kendiri: metrik institusi umum (cth. pengurusan, sumber dan kemudahan) dan penilaian berasaskan program dengan pemberat berbeza yang ditetapkan Terima kasih | Dalam contoh ayat “Institusi adalah tertakluk kepada dua jenis penilaian kendiri: metrik institusi umum (cth. pengurusan, sumber dan kemudahan) dan penilaian berasaskan program dengan pemberat berbeza yang ditetapkan” terjemahan metrics kepada perkataan metrik boleh digunakan. | Lain-lain | 13.04.2022 |
| Boleh berikan istilah yang tepat bagi "sideload" Penerangan: Sideloading describes the process of transferring files between two local devices, in particular between a personal computer and a mobile device such as a mobile phone, smartphone, PDA, tablet, portable media player or e-reader. | Cadangan terjemahan bagi sideload ialah "muat sisi" | Makna | 12.04.2022 |
| Apakah terjemahan bagi 'grade-seperating tracks'? Grade separation is a method of aligning a junction of two or more roadway axes at different heights (grades) so that they will not disrupt the traffic flow on other transit routes when they cross each other. | Kami mencadangkan padanan istilah dalam bahasa Melayu seperti yang berikut: grade-separation track - laluan pemisah gred Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu. | Lain-lain | 25.05.2021 |