Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : simbol kimia bagi uranium. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : huruf ke-21 abjad Rumi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : bp kep universiti: budak ~; masuk ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata u


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah berbezaan antara akronim dan singkatan? adakah kedua duanya membawa maksud yang seerti atau kedua duanya mempunyai fungsi yang berlainan. melalui pembacaan, saya dapati maksud kedua dua akronim dan singkatan adalah hampir sama. harap pihak tuan dapat memberikan saya penerangan lanjut berkaitan hal ini. sekian terima kasih ana

Akronim terbentuk dengan menggabungkan huruf awal suku kata atau gabungan huruf awal dan suku kata daripada satu rangkai kata dan ditulis serta dilafazkan seperti kata yang wajar. Contohnya ADUN (<u>Au>hli <u>Du>ewan <u>Uu>ndangan <u>Nu>egeri), Perhilitan (<u>Peru>lindungan <u>Hiu>dupan <u>Liu>ar dan <u>Tau>man <u>Nu>egara), cerpen (<u>ceru>ita <u>penu>dek), purata (<u>puu>kul <u>ratau>). Singkatan pula merupakan perkataan tertentu yang disingkatkan sewaktu menulisnya dan hendaklah berhati-hati supaya tidak mengelirukan makna. Contohnya KSU (Ketua Setiausaha), cm (sentimeter), kg (kilogram), KL (Kuala Lumpur), Nov. (November), bil. (bilangan), dgn. (dengan), dll. (dan lain-lain).

Tatabahasa26.04.2010
Saya ingin memohon penjelasan tentang frasa berikut: 1) "....dalam kalangan murid" 2) "....di kalangan murid" frasa manakah yang sepatutnya digunakan? Terima kasih.

Puan Rosita Md. Zin,

Frasa yang betul ialah <u>dalamu> kalangan murid.  Hal ini demikian, kerana perkataan <u>dalamu> ialah kata sendi. Perkataan ini digunakan untuk "tempat yang tidak mempunyai ruang atau jarak", seperti perkara, peristiwa, bahasa, bidang, dan sebagainya. Contoh ayat:

   (1)  Sekolah kami turut serta <u>dalam u>pertandingan pidato peringkat kebangsaan pada tahun ini. 

   (2) Adik saya mempunyai bakat <u>dalamu> penulisan.

Manakala <u>di dalamu> ialah frasa atau rangkai kata yang terdiri daripada dua perkataan. Perkataan pertama ialah kata sendi <u>di u>dan perkataan kedua ialah kata arah <u>dalamu>. Dalam penggunaannya, <u>di dalamu> merujuk ruang tertentu. Contoh ayat:

  (1) Adik saya menyimpan buku-bukunya <u>di dalamu> almari.

  (2) Semua murid sekolah dikehendaki berkumpul <u>di dalamu> dewan besar.

 

Tatabahasa25.03.2009
Penggunaa perkataan bahawa atau bahawasanya yang mana lebih tepat untuk dituliskan pada permulaan ayat.

Sdr Woon,

Dua contoh kata hubung komplemen yang sering digunakan ialah <u>bahawau> dan <u>untuku>. Fungsi kata hubung ini adalah untuk menghubungkan klausa yang menjadi komplemen atau pelengkap pada klausa utama. Contoh penggunaannya dalam ayat adalah seperti berikut:

   (1)  Guru itu menyatakan <u>bahawau> muridnya sangat rajin.

   Untuk makluman sdr, kata <u>bahawau> sinonim (kata yang sama atau hampir sama)  dengan kata bahawasanya, sesungguhnya, dan sebenarnya. Oleh hal yang demikian, sdr boleh menggunakannya kata hubung ini dalam pembinaan sesuatu ayat. Walau bagaimanapun, kata <u>bahawau> jarang-jarang digunakan pada permulaan ayat kecuali dalam laras undang-undang. Contohnya dalam ikrar majlis rasmi: <u>Bahawasanyau> kami berjanji akan taat setia kepada raja dan negara.

Tatabahasa21.03.2009
Nyatakan sama ada ayat yang dinyatakan menepati sistem tatabahasa yang sepatutnya? Jika tidak berikan sebab dan ayat yang sebetulnya. 1. Mereka mempamerkan ciri-ciri kanak-kanak autistik yang sebenar : suka bersendirian, tidak boleh bergaul langsung dengan kanak-kanak lain, menunjukkan tingkah laku aneh yang tidak boleh menggunakan atau memahami bahasa. 2. Autisma adalah satu penyakit yang kompleks dan para penyelidik sendiri tidak dapat mengenal pasti punca sebenarnya ia berlaku. 3. Antara satu sama keluarga dengan keluarga yang lain... 4. ... ibu bapanya akan lebih sukar menjaganya.Ayat 2 sepatutnya: Autisme <u>ialahu> <u>sejenisu> penyakit yang kompleks dan para penyelidik sendiri tidak dapat mengenal pasti punca sebenarnya ia berlaku. Dalam ayat ini, ejaan <u>autisma u>sepatutnya <u>autismeu> dan penggunaan kata sendi nama "ialah" hendaklah diikuti oleh kata nama atau frasa nama yang bersifat persamaan sahaja.  Manakala  kata "adalah" hadir di hadapan atau sebelum kata adjektif atau kata sendi dalam sesuatu ayat. Misalnya; Wang yang dikumpulkan itu <u>adalahu> <u>untuk u>tujuan amal. Ayat 3; agak mengelirukan, sepatutnya "<u>Antara satu keluarga dengan keluarga yang lainu><u>u>Tatabahasa24.02.2009
Apakah perkataan yang paling sesuai untuk tempat kosong di bawah ? Deretan pasu bunga dan _______ rumput yang terdapat di perkarangan rumah Kak Hasnah sangat menarik [erhatian kami.Cadangan kami ialah <u>jenisu> atau <u>kategoriu> rumput.Istilah07.03.2010
Perbezaan penggunaan huruf 'u' dan 'o'Soalan yang dikemukakan tidak jelas.  Walau bagaimanapun, kami akan memberikan penerangan tentang penggunaan huruf vokal "u' dan "o" dalam sistem ejaan. Dalam sistem ejaan rumi bahasa Melayu, terdapat 18 pola keselarasan huruf vokal yang utama. Antaranya ialah u - u (untuk, tunduk, untung) dan o - o (obor, borong).  Untuk makluman terdapat kekecualian bagi perkataan yang dipinjam daripada bahasa di Nusantara dan bahasa Inggeris. Contohnya, u - o (bunglon, buron, kupon), o - u (bonus, forum). Untuk maklumat lanjut, sila rujuk  buku Daftar Kata Bahasa Melayu (Rumi- Sebutan- Jawi) terbitan DBP.Ejaan29.10.2012
Bagaimana mengenali 18 pola keselarasan vokal dalam cerpen? Adakah ia diambil dalam kata dasar sahaja atau boleh diambil dalam perkataan yang mempunyai imbuhan? Sebagai contohnya, u-u = bunuh (kata dasar) atau pembunuhan (bersama imubuhan). Walaupun perkataan yang mempunyai imbuhan boleh dikira sebagai pola keselarasan vokal? terima kasihPola keselarasan vokal boleh ditemukan dalam kata dasar dua suku kata atau dua suku kata terakhir. Berdasarkan contoh yang saudara berikan pola keselarasan vokal boleh dilihat dalam perkataan bunuh dan imbuh. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga.Tatabahasa20.02.2013
Bolehkah encik kenalpasti kesalahan penggunaan bahasa dan istilah dalam ayat ini dengan segera? 1.Pihak berkuasa akan menubuhkan tabung ulangan bagi menbantu pembeli rumah di mana tidak mendapat pinjaman daripada institusi kewangan.

Ayat yang betul : Pihak berkuasa akan menubuhkan tabung ulangan bagi <u>membantuu> pembeli rumah <u>yangu>  tidak <u>berjayau> mendapat pinjaman daripada institusi kewangan.

Lain-lain05.01.2011
Mana satu betul? 1. kapal itu tenggelam dalam lautan 2. Kapal itu tenggelam di lautan.

Sdr Azmanizan,

Frasa yang betul ialah jawapan no.(2)

1. Kapal itu tenggelam <u>dalamu> lautan.

 2. Kapal itu <u>tenggelamu> di lautan. 

(Alasan: Kesalahan ayat (1) apabila menggunakan kata sendi "dalam" yang  berfungsi menunjukkan lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak.  Ayat (2) kata "tenggelam" membawa maksud kapal tersebut telah  terbenam ke dalam laut tersebut  atau karam.

Contoh ayat yang menggunakan kata sendi <u>dalamu> adalah seperti  yang berikut:

  (a)   Kita semua harus berusaha supaya kita dapat bertutur dengan fasih <u>dalamu> bahasa kebangsaan kita. 

  (b)   Guru besar telah berucap <u>dalamu> majlis perpisahan itu.

Tatabahasa06.04.2009
Dia meniup/meniupkan lilin yang terdapat di atas kek.

Ayat yang betul :

  (i)   Dia <u>meniupu> lilin yang terdapat di atas kek.

(ii)   Ucapan Ali telah <u>meniupkanu> semangat  para hadirin yang datang ke perhimpunan itu.

Tatabahasa09.05.2009
12345678910...

Kembali ke atas