Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
adakah untuk akronim memerlukan titik, contoh U.K.M, K.T.M.B., Alaihis salam A.S. dan R.A.Akronim bermaksud kependekan yg terbentuk drpd gabungan huruf-huruf pertama atau suku kata beberapa perkataan yg boleh diujarkan sbg satu perkataan (mis RISDA, MARA); Oleh itu, cara penulisan yang betul ialah UKM, KTMB, a.s. dan r.a. .Tatabahasa29.08.2007
PERKATAAN YANG SESUAI UNTUK "SEKIRANYA M.O.U IN DI.........KAMI BUKAN SAHAJA"Cadangan kami ialah "ditandatangani", bagaimanapun soalan/ayat saudara tidak lengkap, sila hubungi talian khidmat nasihat bahasa.Lain-lain14.08.2007
Tuan, Apa komen tuan tentang penggunaan " Di" dalam iklan yang berbunyi seperti berikut: 1. Pandulah dengan cermat di Hari Raya ini- (oleh Kurnia Insurans di m/s 23 Utusan Malaysia 11/10/07) 2.Balik kampung lebih selamat di Hari Raya ini- (0leh PLUS di m/s 30 U.Malaysia pada 11/10/07) Sekian terima kasih.Penggunaan yang betul ialah perkataan pada bukan di.Tatabahasa25.10.2007
Boleh terangkan perbezaan penggunaan tanda sempang (-) dengan titik bertindih (:). Jika tanda ini digunakan, adakah perkataan berikutnya perlu dimulakan dengan huruf besar?Tanda sempang paling banyak digunakan dalam kata ganda, selain berfungsi untuk menunjukkan dan menegaskan ejaan sesuatu perkataan (k-a-m-p-u-n-g), memisahkan angka yang berbeza fungsi dan menggabungkan kata dasar yang dipendekkan untuk menyatakan sifat (Anglo-China) dan perkataan yang mengikutnya tidak perlu dimulakan dengan huruf besar kecuali nama khas. Manakala titik bertindih digunakan untuk memperkenalkan atau menambah keterangan (Prinsip hidup saya senang sahaja:Tekun dan Ikhlas) dan kata yang mengikutinya bermula dengan huruf besar, memisahkan subjudul daripada judul utama buku dalam penulisan (Ekonomi Kini: Prinsip dan Persoalan), memisahkan nombor surah daripada nombor ayat al-Quran (al-Baqarah 2:29), memisahkan nombor jilid dan nombor halaman rujukan bagi buku berjilid (Ensiklopedia Pelajar 2:5), menunjukkan nisbah (12:12).Ejaan12.09.2008
Salam sejahtera, Apakah perbezaan penggunaan sengkang em (em dash) dan sengkang en(en dash)? Mohon penjelasan lanjut dari pihak tuan/puan. Terima kasih.Sengkang em lebih panjang daripada sengkang en juga dikenali sebagai tanda pisah yang berfungsi:

1.  Memisahkan keterangan bagi sesuatu idea atau satu siri idea sama ada di tengah ayat atau di akhir ayat:

     Segala impiannya - wang, nama dan kuasa musnah akibat perbuatannya sendiri.

2.  Menunjukkan aliran penulis yang terganggu, terhenti, berpindah-pindah, atau berubah-ubah.  Untuk menyisipkan perkataan, frasa, atau klausa lain di celah ayat, tanda ini digunakan.

     Semasa saya di kampong dahulu - saya sudah menyatakan hal ini tadi - saya pernah dilantik sebagai Ketua   Kampung.

3.  Menggantikan perkataan "hingga"

     Jun - Oktober
     Dia tinggal di Bandar itu dari tahun 1977 - 1980

Sengkang en pula dipanggil tanda sempang biasa. Umumnya digunakan untuk :

1.  Menegaskan ejaan sesuatu perkataan

     k-a-m-p-u-n-g bukan k-a-m-p-o-n-g

2.  Menunjukkan pertuturan yang tidak lancer.

     "M-m-maksud saya begitulah," katanya dengan gugup.

3.  Memisahkan angka yang berbeza fungsi.

     03-2481011                               3016280-07-1

4.  Menggabungkan kata dasar yang dipendekkan untuk menyatakan sifat.

     Indo-Belanda    anglo-China

5.  Menggabungkan kata awalan dengan kata nama khas.

     anti-Rusia   

6.  Menunjukkan kata ganda.

     beribu-ribu     guru-guru         anak-anak kecil

7.   Pelbagai fungsi.

      Ulang tahun ke-25
      Tahun 60-an
Lain-lain11.06.2015
HURUF KONSONAN DAN HURUF VOKALVokal ialah vokal tulen (Lin) huruf hidup atau huruf saksi. Terdapat enam fonem vokal dalam bahasa Melayu iaiti: a, e, é, i, o, u. Manakala konsonan pula ialah (Lin) huruf selain vokal seperti t, s, l, m, n, dan lain-lain. Sila rujuk Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (halaman 298) dan Ensiklopedia Bahasa Melayu (halaman 29,55,96) untuk mendapatkan keterangan lanjut.Tatabahasa19.04.2013
Senarai vowel dan konsonan Bahasa MelayuVokal ialah vokal tulen (Lin) huruf hidup atau huruf saksi. Terdapat enam fonem vokal dalam bahasa Melayu iaiti: a, e, é, i, o, u. Manakala konsonan pula ialah (Lin) huruf selain vokal seperti t, s, l, m, n, dll. Sila rujuk Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (halaman 298) dan Ensiklopedia Bahasa Melayu (halaman 29,55,96) untuk mendapatkan keterangan lanjut.Lain-lain20.02.2010
1) Terangkan dengan lebih terperinci penggunaan perkataan sengkang. 2) Adakah penggunaan perkaatan sengkang yang mewakili (-) masih diguna pakai pada masa kini? 3) Maksud dash (-) dalam Basa Melayu.

1)    1)  Penggunaan tanda sengkang adalah seperti yang berikut:

i.  Kata ulang (contoh: anak-anak).
ii. Menyambung suku kata yang dipisahkan oleh penggantian baris.
iii.Memperjelaskan ungkapan (contoh: k-a-m-p-u-n-g bukan k-a-m-p-o-n-g).
iv.Merangkaikan huruf besar dengan huruf kecil (contoh: hamba-Mu, pro-Malaysia).
v. Merangkaikan “ke” dengan angka (contoh: ke-25).
vi.Hubungan antara kata-kata pada rangkai kata setara tertentu atau istilah (contoh: alat pandang dengar).

Tanda sengkang yang digunakan dalam kata ganda tidak perlu dijarakkan.

Ejaan yang dijarakkan ialah tanda pisah ( - ) yang digunakan dalam ayat bagi memisahkan keterangan idea (contoh: Segala impiannya – harta dan pangkat musnah akibat perbuatannya sendiri) atau menggantikan perkataan hingga, seperti Jun – September.

2) Tanda sengkang masih diguna pakai sehingga kini.

3) Maksud dash (-) dalam Bahasa Melayu ialah sengkang atau sempang. Sengkang dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ialah tanda yang menceraikan suku kata dan lain-lain, sempang.

3)  

Lain-lain06.05.2020
Nan MustaQim Aug 12th, 8:35am Salam. Mungkin tiada yg perasan. Perkataan 'usia' pada awal perkataan menggunakan huruf kecil, cuma saiznya yg besar. Harap DBP lebih cakna dalam pemilihan font. Didapati dlm buku teks BM Tahun 5 m/s 142. Terima kasihUntuk makluman tuan kami menggunakan fon jenis Azim bagi penerbitan buku teks KBSR. Oleh sebab itu, kelihatan huruf "U" pada permulaan ayat seperti huruf kecil.Lain-lain12.08.2014
PENGGOLONGAN BUNYI VOKAL DAN KONSONANBahasa Melayu mempunyai 24 bunyi bahasa asli, iaitu 18 konsonan dan 6 vokal. Hanya 9 huruf konsonan dapat hadir pada awal, tengah dan akhir perkataan, iaitu p,t,m,n,ng,s,h,r, dan l. Konsonan b,d,g,c, dan j hanya berada pada akhir perkataan dalam kata pinjaman, seperti adab, had, beg, koc dan kolej. Huruf konsonan ny, w, dan y, tidak pernah terdapat pada akhir perkataan. Manakala vokal asli bahasa Melayu terdiri daripada 3 vokal depan, 1 vokal tengah, dan 2 vokal belakang. Hanya 3 vokal, iaitu i, a, dan u dapat hadir pada awal, tengah dan akhir perkataan. Vokal e (e taling), o, dan e (e pepet) yang hadir pada awal dan tengah perkataan. Vokal e (e taling) dan o hanya hadir pada akhir perkataan dalam suku kata terbuka dalam kata pinjaman, seperti sate, tauge, logo dan polo.Tatabahasa02.03.2007
12

Kembali ke atas