Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[uar.uar] | اووار٢

Definisi : pengumuman yg dibuat dgn meneriakkannya kuat-kuat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata uar-uar


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ingin kepastian- adakah penggunaan perkataan 'uar-uar' tidak boleh lagi digunakan dalam sesebuah karangan atau pernyataan? Hal ini kerana, saya pernah mendengar ada yang mengatakan perrkataan ini tidak boleh digunakan. Jika benar, mengapa ia tidak dibenarkan.Kata uar-uar bermaksud pengumuman awam. Tidak ada arahan yang kata ini tidak boleh digunakan dalam penulisan.Lain-lain10.10.2008
boleh ke perkataan diwara-warakan digunakan untuk menggantikan kata diuar-uarkan? yg mana satu lebih tepat? atau kedua-duanya boleh digunakan?

Perkataan wara-wara sama makna dengan uar-uar, iaitu pengumuman. 

Tatabahasa26.08.2010
Betulkah perkataan 'diwara-warakan' digunakan untuk menggantikan perkataan 'diuar-uarkan' ? saya rujuk kamus tidak ada, tetapi seorang guru cemerlang pernah memberitahu bahawa diuar-uarkan tidak boleh digunakan lagi.Kata wara-wara tidak menggantikan uar-uar, kedua-duanya mebawa maksud pengumuman dan boleh digunakan.Tatabahasa18.03.2008
1. Adakah perkataan war-war / mewar-warkan boleh digunakan dalam ayat sebagai pemberitahuan atau menyampaikan sesuatu maklumat kepada orang ramai. 2. Bagaimanakah ayat yang sesuai digunakan untuk perkataan tersebut.

Perkataan/ejaan yang betul ialah uar-uar, menguar-uarkan atau wara-wara, contoh penggunaannya: Adat lama yang diuar-uarkan Belanda tidak lagi dipakai setelah kedatangan Islam.

Tatabahasa28.05.2012
Adakah penggunaan perkataan "diwara" di dalam ayat berikut betul atau salah? Atau adakah saya sepatut menggunakan perkataan "diuar-uar" Ayatnya adalah : "Polisi Perakuanan yang dicadang adalah selaras dengan polisi–polisi yang dilulus dan diwara oleh Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia (Malaysian Accounting Standards Board (MASB)) untuk pihak swasta."Puan Aisya,Ayat di bawah ini merupakan cadangan pihak kami dengan mengedit ayat puan adalah seperti yang berikut:  "Polisi Perakaunan yang dicadangkan  oleh ........(mohon diberitahu pihak yang mencadangkan polisi ini) adalah selaras dengan polisi–polisi yang telah diluluskan dan diwartakan oleh Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia (Malaysian Accounting Standards Board (MASB)) untuk pihak swasta."  Dalam konteks ayat puan,  penggunaan kata diuar-uar  dan wara  kurang tepat.  Hal ini kerana, kata diuar-uar/wara membawa maksud pengumuman yang dibuat dengan meneriakkannya kuat-kuat.  Tambahan pula,  polisi perakaunan merupakan peraturan atau dasar bukannya program yang perlu diuar-uarkan kepada orang ramai, memadailah dengan mewartakannya. Kata warta sering kali digunakan dalam laras  bahasa undang-undang. 

 

Tatabahasa24.04.2009
Salam..Saya Wan Mohd Helmy daripada DPWT ingin mohon kerjasama tuan (admin) untuk uar-uarkan iklan di bawah kepada semua penulis dalam laman FB tuan.. Terima kasih tuan. ----------------------------------------------------------------------------- Mohon para penulis yang berasal dari Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selatan Thai untuk mengisi maklumat diri di dalam laman blog ini kerana kami sedang mengumpul maklumat untuk penerbitan Direktori Penulis Timur Edisi Kedua... Sila layari http://direktoripenulis.blogspot.com/ untuk butiran lanjut. Kerjasama tuan/ puan dalam hal ini amat kami hargai. Sekian, terima kasih.Terima kasih kerana bersahabat dengan DBP. Buat pengetahuan tuan pegawai kami Encik Azimin Daud dari bahagian Komunikasi Korporat telahpun mengambil tindakan proaktif dengan meletakkan iklan tersebut di Facebook DBP, Facebook BKK dan Kerabat DBP. Sekian, harap maklum terima kasih.Lain-lain27.03.2014
Adakah dewan bahasa telah menghentikan peraduan-peraduan mengarang yang boleh disertai orang awam? Jika belum bagaimana saya boleh mendapatkan senarai peraduan dan syarat yang dikenakan?

DBP masih menganjurkan pertandingan/peraduan sebagai sebahagian daripada usaha DBP memupuk bakat penulis muda. Setiap pertandingan akan kami uar-uarkan dalam laman web kami.

 

Lain-lain31.01.2011

Kembali ke atas