Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. benda yg digunakan (dimakan, disapu-kan, dll) utk menyembuhkan penyakit atau menyihatkan badan: jangan makan apa-apa ~ yg lain, melainkan jika disuruh oleh doktor; ahli ~ orang yg mahir dlm (membuat) ubat; ilmu ~ pengetahuan bkn ubat; kedai ~ = rumah ~ tempat menjual ubat; 2. bahan kimia utk sesuatu atau berbagai-bagai kegunaan tertentu (sbg racun serangga dll): air mandi itu hendaklah ditapis betul-betul dan dibubuh ~ pembunuh kuman; 3. = ~ bedil = ~ pasang ark mesiu: kehabisan ~ dan peluru; 4. jampi, guna-guna, mantera; 5. bp = ~ lampu picit bateri kering (utk lampu picit dll); ~ angin ubat utk menyembuhkan penyakit masuk angin; ~ basah ki khabar yg tidak dipercayai orang; ~ batuk ubat utk menyem-buhkan batuk; ~ bedil a) peluru; b) bahan ledakan utk peluru senapang, meriam dll; ~ bius = ~ lali ubat utk membuat pesakit tidak sedar atau tidak berasa sakit (sewaktu men-jalani pembedahan); ~ dalam ubat yg ditelan atau dimakan; ~ getah sj cuka utk membeku-kan susu getah; ~ gigi bahan yg spt krim, biasanya berwarna putih yg digunakan semasa menggosok gigi; ~ guna sesuatu yg dijampi utk menawan hati seseorang, pengasih; ~ hati pelipur hati; ~ jerih a) upah yg diberikan, dalal; b) = ~ pelerai demam buah hati, kekasih; ~ kampung ubat yg dibuat drpd berbagai-bagai ramuan (berlainan drpd ubat yg diberikan oleh doktor di hospital); ~ kelat bermacam-macam ubat; ~ kuat ubat utk menguatkan badan; ~ lelah a) ubat utk meng-hilangkan lelah; b) ki upah, dalal; ~ luar ubat yg disapukan (tidak dimakan); ~ mata ubat utk menyembuhkan sakit mata; ~ nyamuk ubat utk membunuh atau menghalau nyamuk; ~ pekasih = ~ pengasih bahan berjampi dsb utk menawan hati seseorang, pengasih; ~ peluru bahan ledakan utk peluru; ~ periuk ubat kampung utk perempuan yg baru lepas bersalin; ~ rumah ubat-ubat yg tersedia di rumah; ~ sedut ubat mudah meruap yg disedut utk melegakan penyakit lelah, selesema dsb; ~ tasak ubat (jampi dsb) utk menahan darah; ~ tidur a) ubat utk menidurkan orang yg susah hendak tidur; b) ubat bius; ~ jauh, penyakit hampir prb dlm kesusahan sukar mendapat pertolongan; ubat-ubatan 1. bermacam-macam ubat: ~ bomoh itu telah hilang kemanjurannya; 2. ramuan utk membuat ubat; berubat 1. memakai (menggunakan dsb) ubat: bagaimana hendak sembuh kalau tidak ~? 2. minta diubatkan (dirawati), meminta ubat kpd: pd doktor mana engkau hendak ~? 3. sudah diberi ubat, (sudah) dirawati: sesudah lama ~, baru dia sembuh; ~ hatiku ki sudah terhibur hatiku; mengubati, mengubat 1. memberi (mem-bubuh dsb) ubat supaya sembuh, menyembuh-kan dgn ubat: penyakit batuk kering ini sangat susah hendak ~nya; kalau doktor tidak dapat ~mu, apa lagi saya; ~ orang sakit; 2. meng-hibur, menyenangkan: cuma ini yg akan ~ hatiku apabila maut menjemput; 3. membetul-kan, memperbaik: kepincangan dlm masyarakat yg perlu diubati; bagi menghadapi dan ~ keadaan itu, Allah telah menetapkan hukuman ke atas penjenayah; 4. memulihkan: utk ~ keraguanku; mengubatkan 1. menggunakan sesuatu sbg ubat, menggunakan sesuatu utk mengubat(i); 2. = memperubatkan menyembuhkan (meng-ubati) dgn; terubat 1. dapat diubat (disembuhkan, dipulih-kan dsb): penyakit mereka itu tidak ~; 2. ki dapat dihilangkan perasaan rindu (kecewa, marah dsb), dan berasa gembira, lega, lapang, terhibur dsb setelah memperoleh sesuatu: kerinduan pd ayah ~ sedikit apabila ibu tidak pernah jemu bercerita tentang arwah ayah; kuharapkan kesedihan ini akan ~ apabila pulang ke kampung bertemu dgn keluarga nanti; terubati sl dapat diubati, sanggup diubati: adapun penyakit kenohong ini tiada akan ~ oleh patik sekalian; ubatan jampi-jampi, guna-guna, mantera, sihir: adapun Pawang Gajah itu tahu hikmat dan ~, dan ada ia menaruh jin; orang ~ orang yg pandai menjampi (mempergunakan sihir, guna-guna, dsb): ada seorang orang ~ dapat ia menjadikan dirinya segala rupa; perubatan perihal berubat, yg berkaitan dgn ubat atau usaha mengubati: ilmu ~; jabatan ~; pakar ~; pengubatan perihal mengubati (menyem-buhkan penyakit, pesakit, dsb); balai ~ tempat mengubat orang sakit, klinik; pengubat sesuatu yg digunakan utk meng-ubat(i); ~ hati ki penghibur hati. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
ubat (kata nama)
Kata Terbitan : berubat, mengubat, mengubati, terubat, ubatan, pengubatan, pengubat,

Puisi
 

Makan tebu buku ditaruh,
     Buat ubat masuk cendawan;
Bukit beradu gunung bertaruh,
     Riuh-rendah mambang di awan.


Lihat selanjutnya...(30)
Peribahasa

Tua-tua penyakit,
     muda ubat;
sesudah tersepit baru tahu akan sifat.

Bermaksud :

Sesudah menderita kecelakaan, baru berikhtiar atau berunding hendak melepaskan diri daripada kecelakaan itu. (Peribahasa lain yang sama makna: Sudah kalah baru berkubu).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Pihak kami (KKM) sedang menyiapkan risalah maklumat ubat untuk pengguna dalam Bahasa Malaysia. Terdapat beberapa jenis ubat yang mana nama-nama generik ubat tersebut dalam Bahasa Inggeris diakhiri dengan perkataan pine seperti amlodipine, carbamazepine, nevirapine dll. Terdapat nama dagangan bagi ubat-ubat tersebut. Adakah bila dialihkan kepada bahasa Malaysia nama-nama generik ini menjadi amlodipina, karbamazepina, nevirapina? Terima kasih.Untuk makluman, nama generik ubat  perlu disesuaikan dengan ejaan bahasa Melayu, contohnya, amlodipina, karbamazepina dan  nevirapina. Walau bagaimanapun, nama dagang ubat tersebut tidak perlu diubah.Istilah06.09.2011
Yang mana betul: 1) sebarang ubat atau 2) sebarang ubat-ubatan? Jika kita tidak boleh gunakan "sebarang ubat-ubatan" harap dapat berikan penjelasan. Terima kasih.Sebarang ubat sahaja memadai, tidak perlu digandakan.Tatabahasa07.01.2010
Yang manakah betul ? 1. Dia menyapukan ubat pada permukaan luka. 2. Dia menyapukan ubat di permukaan luka.Yang betul ialah: Dia menyapukan ubat pada luka. Kata sendi nama pada digunakan sebagai perkataan yang terletak di hadapan kata nama yang menunjukkan tempat bagi perbuatan sesuatu kata kerja. Sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 274-276 untuk maklumat lanjut.   Tatabahasa24.04.2008
"Ubat itu dipercayai dapat memperkuaatkan sistem pertahanan badan manusia". atau "Ubat itu dipercayai dapat memperkuat sistem pertahanan badan manusia". Ayat manakah yang betul dan mengapa ayat tersebut betul??? Apakah kesalahan tatabahasanya???Ayat yang betul ialah "Ubat itu dipercayai dapat memperkuat sistem pertahanan badan manusia". - kuat ialah kata adjektif dan dapat menerima awalan memper- sahaja. Tatabahasa14.01.2011
Kedai Ubat Cina Hong Keong Akuputur & Herba Hong KeongKedai Ubat Cina Hong Keong Akupunktur dan Herba Hong KeongTatabahasa10.09.2008
Jauhi ubat nyamuk daripada / dari langsir. Jawapan ialah dari / daripada???

Jawapan yang betul ialah 'Jauhi ubat nyamuk daripada langsir.'

Tatabahasa17.05.2011
Kita mesti menyimpan ubat ( di / ke ) dalam peti kecemasan. Apakah jawapan yang betul ? Terima kasih.Jawapan yang betul ialah Kita mesti menyimpan ubat di dalam peti kecemasan.Lain-lain29.05.2010
Bolehkah "Bajet-K" atau "Bajett-K" dipakai sebagai nama produk untuk ubat gigi?Untuk makluman sdr, perkataan bajet membawa maksud belanjawan. Sehubungan  dengan itu, perkataan bajet tidak menggambarkan tentang produk ubat gigi. Walau bagaimanapun, sdr akan mendapat nama-nama yang tepat dan indah  serta bersesuaian dengan produk sdr  sekiranya sdr  membaca buku Garis Panduan Menanami Syarikat, kawasan, tempat dan Jalan terbitan DBP.Makna28.04.2009
Assalamualaikum dan Salam 1MALAYSIA Tuan/Puan Saya ingin bertanya berkaitan keperluan penggunaan italic di dalam sesuatu ayat berbahasa inggeris. Adakah perlu, sekiranya kita menulis sesuatu artikel dalam Bahasa Inggeris contohnya artikel berkaitan ubat-ubatan, nama saintifik ubat tersebut perlu di italic atau tidak? Sekian terima kasih.Lazimnya penulisan nama-nama saintifik dalam teks bahasa Inggeris diitalikkan ejaannya. Walau bagaimanpun untuk maklumat lanjut sila rujuk buku ilmiah bahasa Inggeris.Lain-lain19.03.2012
Maksud dan difinisi separa perubatanMengikut Kamus Dewan Edisi Keempat perkataan perubatan bermaksud perihal berubat, yang berkaitan dengan ubat atau usaha mengubati. Perkataan separa bermaksud sebahagian sahaja, tidak sepenuhnya,separuh. Oleh yang demikian frasa tersebut bermaksud sebahagian/tidak sepenuhnya/separuh perihal berubat atau yang berkaitan dengan ubat atau usaha mengubati.Makna26.04.2008
1234567

Kembali ke atas