Yang mana betul: 1) sebarang ubat atau 2) sebarang ubat-ubatan? Jika kita tidak boleh gunakan "sebarang ubat-ubatan" harap dapat berikan penjelasan. Terima kasih. | Sebarang ubat sahaja memadai, tidak perlu digandakan. | Tatabahasa | 07.01.2010 |
apakah maksud dadah | Maksudnya ialah ubat-ubatan; bahan (spt ganja, heroin, marijuana, dsb) yg merosakkan atau membinasakan orang yg menggunakannya berlanjutan (merosakkan kesihatan, membawa maut, dll). Untuk keterangan lanjut sila rujuk Kamus Dewan Edisi keempat. terima kasih. | Makna | 19.06.2008 |
Mencari kata 'pharmaceutikal kepada bahasa melayu yang tepat | Ejaan yang betul ialah farmaseutikal. Maknanya ialah berkaitan dgn ubat-ubatan atau farmasi. | Istilah | 05.04.2010 |
Assalamualaikum dan Salam 1MALAYSIA Tuan/Puan Saya ingin bertanya berkaitan keperluan penggunaan italic di dalam sesuatu ayat berbahasa inggeris. Adakah perlu, sekiranya kita menulis sesuatu artikel dalam Bahasa Inggeris contohnya artikel berkaitan ubat-ubatan, nama saintifik ubat tersebut perlu di italic atau tidak? Sekian terima kasih. | Lazimnya penulisan nama-nama saintifik dalam teks bahasa Inggeris diitalikkan ejaannya. Walau bagaimanpun untuk maklumat lanjut sila rujuk buku ilmiah bahasa Inggeris. | Lain-lain | 19.03.2012 |
perbezaan antara cecair dan jelly | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, cecair bermaksud bahan yg cair sifatnya dan dapat mengalir dgn bebas tanpa bentuk tertentu, mis air dan minyak, cairan: apabila dipanaskan, ais berubah menjadi ~; manakala padanan istilah jelly dalam bahasa Melayu ialah jeli yang bermaksud sj bahan spt agar-agar; ~ petroleum campuran hidrokarbon yg separa pepejal dan lut cahaya, dan digunakan dlm industri ubat-ubatan, kosmetik, dsb. | Istilah | 03.02.2010 |