Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[u.ba.tan] | اوبتن

Definisi : jampi-jampi, guna-guna, mantera, sihir: adapun Pawang Gajah itu tahu hikmat dan ~, dan ada ia menaruh jin; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
ubat (kata nama)
Kata Terbitan : berubat, mengubat, mengubati, terubat, ubatan, pengubatan, pengubat,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Yang mana betul: 1) sebarang ubat atau 2) sebarang ubat-ubatan? Jika kita tidak boleh gunakan "sebarang ubat-ubatan" harap dapat berikan penjelasan. Terima kasih.Sebarang ubat sahaja memadai, tidak perlu digandakan.Tatabahasa07.01.2010
Salam sejahtera. Saya ingin mendapatkan khidmat nasihat berkenaan alihan bahasa daripada bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu bagi beberapa perkataan yang berkaitan dengan istilah perubatan yang agak spesifik. Perkataan-perkataan berikut terkandung dalam kategori ubatan antiradang bukan steroid (NSAID): - diclofenac - indomethacin - naproxen Terima kasih
Menurut data kami, tiada padanan khusus bagi ubat-ubatan tersebut. Sehubungan dengan itu, ejaan ubat tersebut perlu dikekalkan dan ditulis dengan italik supaya dapat mengelakkan kekeliruan kepada pengguna sekiranya nama saintifik ubat diubah.
Lain-lain06.03.2018
Apakah terjemahan "medicinal supplement" dalam Bahasa Melayu? Tambahan ubatan?

Kata "medicinal supplement" tiada dalam pangkalan data DBP. Terjemahan secara langsung yang dicadangkan Tambahan Ubat. Untuk keterangan lebih lanjut, mohon kemukakan maklumat seperti konteks dan konsep penggunaan perkataan ini atau contoh ayat penggunaan kata tersebut.

Penyemakan dan penterjemahan30.09.2018
apakah maksud dadah

Maksudnya ialah ubat-ubatan;  bahan (spt ganja, heroin, marijuana, dsb) yg merosakkan atau membinasakan orang yg menggunakannya berlanjutan (merosakkan kesihatan, membawa maut, dll). Untuk keterangan lanjut sila rujuk Kamus Dewan Edisi keempat. terima kasih.

Makna19.06.2008
adakah 'travel medicine' dalam Bahasa Malaysia 'perubatan perjalanan'? 'travel medicine' ini bermaksud ubat-ubatan yang digunakan untuk mencegah penyakit yang boleh berlaku semasa melancong.Cadangan padanan istilah bahasa Melayu bagi travel medicine, iaitu perubatan perjalanan boleh digunakan.Penyemakan dan penterjemahan05.05.2014
Mencari kata 'pharmaceutikal kepada bahasa melayu yang tepatEjaan yang betul ialah farmaseutikal. Maknanya ialah berkaitan dgn ubat-ubatan atau farmasi.Istilah05.04.2010
Assalamualaikum dan Salam 1MALAYSIA Tuan/Puan Saya ingin bertanya berkaitan keperluan penggunaan italic di dalam sesuatu ayat berbahasa inggeris. Adakah perlu, sekiranya kita menulis sesuatu artikel dalam Bahasa Inggeris contohnya artikel berkaitan ubat-ubatan, nama saintifik ubat tersebut perlu di italic atau tidak? Sekian terima kasih.Lazimnya penulisan nama-nama saintifik dalam teks bahasa Inggeris diitalikkan ejaannya. Walau bagaimanpun untuk maklumat lanjut sila rujuk buku ilmiah bahasa Inggeris.Lain-lain19.03.2012
Saya ingin bertanyakan kesesuaian pernyataan berikut sebagai tema persidangan: Penulisan pernyataan berikut yang manakah paling bertepatan? a. Kenali Ubat, Duta Hebat, Komuniti sihat. atau b. Kenali Ubat : Duta Hebat, Komuniti Sihat. Untuk makluman, duta disini merujuk kepada wakil masyarakat yang telah dilantik oleh Kementerian Kesihatan Malaysia yang bertindak sebagai agen perubahan dalam memastikan penggunaan ubat-ubatan adalah secara berkualiti.Kami mencadangkan pernyataan b. , iaitu  Kenali Ubat: Duta Hebat, Komuniti Sihat.Lain-lain22.01.2018
Mohon pandangan pernyataan yang paling bersesuaian bagi tema persidangan untuk orang awam yang telah dilantik sebagai wakil masyarakat sebagai agen perubahan tingkah laku untuk amalan kesihatan a. Kenali Ubat: Duta Pemangkin Komuniti Sihat. b. Duta Kenali Ubat, Pemangkin Komuniti Sihat. c. Kenali Ubat: Komuniti Sihat Sejahtera. d. Kenali Ubat: Duta Hebat rakyat sihat. Untuk makluman, Kenali Ubat Anda merupakan aktiviti berterusan yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia bertujuan mendidik dan memberi pendedahan kepada orang awam berkaitan penggunaan ubat-ubatan secara berkualiti. Sekian, terima kasih.Kami mencadangkan pernyataan d.  , iaitu Kenali Ubat: Duta Hebat, Rakyat Sihat.Lain-lain22.01.2018
Adakah 'pereda' membawa apa-apa maksud jika ia digunakan di dalam sebuah puisi. Kata asalnya REDA. Namun dalam puisi tersebut ditambah imbuhan PE dengan menjadikannya PEREDA. Contoh : Dalam kelam malam seorang ibu menjadi PEREDA tangisan anak-anak tatkala kilat garang di luar"Pereda" ada membawa maksud.  Bukan sekadar dalam puisi, bahkan digunakan dalam penulisan pelbagai bidang termasuk bidang sains.  Contohnya: Antidote bermaksud ubatan untuk menjadi penawar atau pereda kesan bisa atau keracunan sesuatu.Lain-lain31.05.2016
12

Kembali ke atas