Saudari, Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, pepatah bermaksud peribahasa yang berisi nasihat dan lain-lain; kata-kata orang tua-tua yang terdapat ajaran di dalamnya, pepatah sama seperti bidalan dan perbilangan. Contoh pepatah bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana maufakat, cubit paha kiri, paha kanan sakit begitu juga dengan ditelan mati emak, diluah mati bapak dan Kalah jadi abu, menang jadi arang. Oleh itu, "Kesihatan adalah harta dan tidak boleh dibeli dengan wang ringgit" lebih kepada frasa dan bukan tergolong dalam kategori pepatah.
Thanks for clicking. That felt good.