Penggunaan ucaptama , ucap utama atau ucapan utama. Manakah yang betul untuk digunakan? | Bagi perkataan ucaptama dan ucap utama kedua-duanya betul kerana ucaptama ialah akronim, iaitu hasil gabungan dua perkataan (ucap tama) dan diujarkan sebagai satu perkataan. Walau bagaimanapun, masyarakat diberi pilihan untuk menggunakan rangkai kata ucap utama dan hendaklah ditulis dua perkataan. | Ejaan | 03.02.2020 |
Soalan a dan b merujuk Berita Mingguan ( 8 Jun 2008 ), ingin mengetahui adakah betul penggunaan "kosa kata" a) PM sampai ucap tama sidang Islam - ucap tama b) Kementerian Kerjaraya - kenapa rapat dan bukan jarak ? c) Pelancongan atau pelancungan | Ejaan yang betul ialah Jabatan Kerja Raya Malaysia dan ucap utama. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. Terima kasih. | Ejaan | 08.06.2008 |
tolong terangkan maksud frasa " ucap jasa" dalam ayat di bawah... " ucap jasa bagi pengurniaan ijazah doktor kehormat" | Puan Noris, Perkataan ucap jasa bermaksud kenyataan atau pernyataan rasmi sebagai penghargaan di atas kejayaan atau keberanian seseorang. Padanan dalam bahasa Inggeris ialah citation. | Makna | 29.03.2010 |
1. adakah menjadi kesalahan apabila sesuatu kata dasar tidak diimbukan? contohnya "...hiba hati apabila dia dengar ucapan saya...? perlukah perkataan dengar dimbuhkan menjadi mendengar? contoh kedua, "saya nak ucap terima kasih...". perlukan ucap diimbuhkan? wujudkah peraturan untuk pengimbuhan 2. mana satu yang benar Tun Dr.Mahathir ataupun Tun Dr Mahathir? perlu kah diletakkan tanda (.) bagi gelaran seperti di atas? | 1. Untuk makluman, kata dasar tidak semestinya diimbuhkan dan berdasarkan konteks ayat. Kata dasar mempunyai makna boleh berdiri sendiri tanpa proses pengimbuhan. 2.Tun Dr. Mahathir | Tatabahasa | 29.03.2013 |
Bolehkah ucap utama dicantumkan menjadi ucaptama dengan ejaan dirapatkan? | Tuan, Ucap utama dan ucaptama membawa erti yang sinonim. | Ejaan | 18.09.2011 |
1. dolak-dalik atau dolak-dalih ? 2. mertua atau mentua ? 3. ucaptama atau ucap utama ? 4. agama atau ugama ? 5. taekwando atau tae kwan do ? | Ejaan yang betul ialah dolak-dalik, mentua, agama dan tae kwan do. Bagi perkataan ucaptama dan ucap utama kedua-duanya betul kerana ucaptama ialah akronim, iaitu hasil gabungan dua perkataan (ucap tama) dan diujarkan sebagai satu perkataan. Walau bagaimanapun, masyarakat diberi pilihan untuk menggunakan rangkai kata ucap utama dan hendaklah ditulis dua perkataan. | Lain-lain | 31.01.2010 |
Apakah perbezaan antara ucap utama dengan ucaptama. Bilakah kedua-dua perkataan boleh digunakan? Apakah perbezaan perkataan antara dengan di antara? | 1. Ejaan yang betul ialah ucap utama. 2. Frasa sendi nama di antara digunakan untuk menunjukkan kedudukan fizikal atau tempat. Contohnya: i. Anak kecil itu duduk diam di antara ibu dengan bapanya. ii. Rumahnya terletak di antara dua bangunan tinggi itu. 3. (i) Kata antara yang berfungsi sebagai kata sendi nama boleh mendahului ayat yang menunjukkan perbandingan. Contohnya: Antara Fatimah dengan Rahmah banyak perbezaannya. (ii) Kata sendi nama antara biasanya diikuti oleh kata nama am yang tidak perlu diulang. Contohnya: Antara lagu persembahannya ialah ... (iii) Kata sendi nama antara hanya dapat diikuti kata nama am jamak yang mengalami penggandaan separa seperti adik-beradik, yang membawa makna kumpulan orang dan sebagainya yang tertentu. Contohnya: Mereka berbincang antara adik-beradik. (iv) Kata sendi nama antara boleh juga diikuti bilangan tentu seperti dua, tiga, sepuluh dan sebagainya, kata bilangan tidak tentu seperti beberapa, semua dan sebagainya, kata bilangan himpunan seperti kedua-dua, beratus-ratus dan sebagainya. Contohnya: Antara dua bangunan itu, jauh perbezaannya. (v) Kata sendi nama antara juga boleh diikuti oleh kata ganti nama seperti mereka, kita dan -nya. Contohnya: Antara kita, jauh berbeza. | Ejaan | 14.09.2011 |
soalan: 1. Saya nak ucap terima kasih juga kepada Setiausaha Agung yang rambutnya teristimewa sekarang ini...... apa kesalahan ayat ini... | Jawapan: Kesalahan yang terdapat pada ayat ini ialah "yang rambutnya teristimewa" sekarang ini...... | Tatabahasa | 28.03.2013 |
Jika perkataan ucaptama dan ucap utama diterima dalam bahasa Melayu, mengapa perkataan tengah hari ( tengahari ), pasar raya ( pasaraya ), kereta api ( keretapi ), alat tulis ( alatulis ), dan lain-lain tidak diterima, sedangkan berlaku proses akronim yang mantap dan diterima umum ? | Perkataan tengah hari, pasar raya, kereta api, alat tulis merupakan kata majmuk, iaitu perkataan yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil membawa makna yang khusus. Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 72. | Tatabahasa | 03.02.2010 |
Saya rasa seronok dan mahu ucap tahniah kerana mewujudkan suatu perkataan baharu khusus untuk bahasa Melayu seperti selfie kepada swafoto. Saya teringin nak melihat suatu perkataan khusus peraturan-peraturan dalam permainan dan sukan khususnya bola sepak yang saban hari kita main, melihat dan tonton. Saya mencari perkataan bahasa Melayu untuk offside dan foul, tetapi yang saya jumpa ialah ofsaid dan faul. Saya mohon ada perkataan baharu untuk bahasa kita yang merupakan jiwa dan identiti kita. Tidak perlu yang panjang, contoh anak dara tua jadi andartu. Atau apa-apa perkataan yang mudah disebut yang semestinya pihak DBP lebih mahir dalam bidang ini. Semoga dapat dipertimbangkan dan dapat memartabatkan lagi kedudukan bahasa Melayu di peringkat antarabangsa. Sekian. | Istilah ofsaid dan faul ialah istilah yang rasmi dalam bidang sukan. Walau bagaimanapun, cadangan tuan akan kami kemukakan kepada Bahagian Peristilahan dan Leksikologi untuk dipertimbangkan. | Istilah | 12.02.2017 |