saya seringkali menghadapi kekeliruan menentukan bahasa sapaan dalam ucapan-ucapan rasmi, mohon pihak DBP menghantar panduan untuk bahasa sapaan dalam ucapan-ucapan rasmi. Sekian, terima kasih. | Untuk rujukan berkaitan kata sapaan, sila rujuk buku Protokol di Malaysia: Tradis & Amalan (tulisan Moktar Haji Mohd. Tohar dan Ahmad Fawzi M. Basri, terbitan DBP). | Tatabahasa | 25.03.2010 |
Baginda mencemar duli ke majils itu untuk menyampaikan ucapan sempena ulang tahun keputeraan baginda. Munsyi, apakah bahasa istana untuk menggantikan ucapan dalam ayat ini. TK | Bahasa diraja yang bermaksud menyampaikan ucapan ialah bertitah. | Tatabahasa | 04.07.2012 |
Saudara, Saya ingin mendapatkan kepastian daripada pihak saudara tentang ucapan salam yang sering kita gunakan. Contohnya Selamat pagi, Selamat tengah hari dan Selamat petang dan Selamt malam. Yang mengelirukan saya ialah ucapan salam dalam bahasa Malaysia untuk 'Good evening'. Adakah kita menggunakan Selamat petang, Selamat senja atau Selamat malam? Dari pukul berapakah kita boleh menggunakan 'Good evening' di Malaysia? Atau, sehingga pukul berapakah kita boleh menggunakn Selamat petang? Sekian, terima kasih. Salam hormat, LIM KHAN SAN | Ucapan selamat malam ialah padanan bagi ucapan good evening dalam bahasa Inggeris dan biasanya digunakan dari pukul 7.00 malam hingga pukul 12.59 malam. Waktu petang adalah dari pukul 2.00 petang hingga 6.59 petang. | Lain-lain | 09.11.2008 |
1. tolong jelaskan penggunaan 'yang' pada awal kata.Adakah 'yang' boleh digunakan pada awal kata ataupun tidak? 2. bolehkah menggunakan singkatan perkataan seperti tak dan nak serta ni untuk ucapan rasmi? kenapa? 3. bolehkah menggunakan bahasa tempatan dalam ucapan rasmi? contohnya adalah seperti berikut "orang Kedah kata dia mangkaq...kelakaq orangnya..." | Jawapan 1: "Yang" pada awal kata biasanya digunakan bagi rujukan kehormat untuk pembesar atau pemimpin negara. Contohnya : Yang Amat Arif (Ketua Hakim Negara), Yang Amat Berbahagia (Tun dan Toh Puan), Yang Amat Berhormat (Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Besar). Bagi ayat biasa, perkataan "yang" tidak sesuai digunakan pada awal kata kerana perkataan "yang" menuru Kamus Dewan Edisi Keempat merupakan kata penghubung untuk menyatakan bahawa kata keterangan berikutnya dipentingkan atau menunjukkan kelainan : rumah yang besar itu; orang yang sakit itu. Jawapan 2: Bagi ucapan rasmi atau berbentuk formal, perkatan "tak", "nak" dan "ni" tidak boleh digunakan dan biasanya digantikan dengan perkataan "tidak", "hendak" dan "ini" mengikut kesesuaian ayat. Jawapan3: Tidak boleh menggunakan bahasa tempatan atau loghat negeri dalam ucapan rasmi. | Tatabahasa | 28.03.2013 |
di Indonesia pada umumnya transliterasi ucapan salam dari bahasa Arab ke bahasa Indonesia "assalamualaikum", menurut saya hal ini keliru sebab dalam huruf Arab ada huruf "ya". jadi seharusnya ditulis "assalamualaykum" ( pakai "y" bukan "i" ). Bagaimana menurut pendapat Tuan? | Dalam data kami, ejaan yang digunakan ialah 'assalamualaikum'. | Ejaan | 16.07.2013 |
Salam Sejahtera. Untuk ucapan terima kasih, manakah yang lebih sesuai antara berbudi bahasa dengan menghargai jasa. Sekian. | Ucapan terima kasih lazimnya diucapkan kerana membalas budi atau menghargai jasa yang diberi. | Tatabahasa | 02.03.2012 |
Sebagai urusetia, saya perlu memulakan ucapan rasmi kata-kata aluan kepada peserta kursus kewangan dan pegawai jemputan untuk rasmikan pembukaannya. Bagaimana harus saya mulakan dan apakah isi-isi yang perlu ada serta akhir kata sebelum menjemput pegawai atasan untuk merasmi hari pembukaannya.(Ringkas) Pada hari penutup sebelum penyampaian sijil, ucapan cara menjemput orang atasan dan peserta, contoh isi kandungan bahasa dan cara mengakhirinya. | Ciri-ciri sebuah teks ucapan: i. Bahagian pendahuluan (salam, sapaan kepada pengerusi majlis, penganjur, tetamu kehormat dan hadirin ); ii. Bahagian isi (berkaitan dengan tema, acara, kegiatan, dll) yang disusun mengikut kronologi, naratif, deskriptif, analisis, perbandingan / pembandingan, hujahan, pemujukan, laporan, provokasi, dll. iii. Bahagian penutup (ulang ucapan terima kasih, penghargaan kepada tetamu kehormat/penganjur/petugas dll, harapan, perasmian pembukaan /penutupan, salam. Untuk mendapat maklumat lanjut, sila rujuk buku Pengucapan Awam dan penulisan teks ucapan, antaranya yang ditulis oleh Abdul Mua'ti Ahmad (DBP, 2000), dan Jeniri Amir (PTS,2005). | Lain-lain | 12.04.2010 |
Assalamualaikum Bole kah saya mendapatkan contoh surat ucapan terima kasih atau contoh surat Penghargaan. sekian terima kasih zaidi jpb kel | Untuk makluman saudara, penggunaan ayat dalam surat ucapan terima kasih atau surat penghargaan bergantung pada majlis yang dianjurkan. Contohnya untuk majlis gotong-royong, ayat yang boleh digunakan ialah: Dewan Bahasa dan Pustaka merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Saudara Zaidi Abu Bakar kerana telah menyumbangkan khidmat bakti dalam menjayakan Majlis Gotong-Royong yang telah diadakan pada 2 Februari 2010. | Lain-lain | 11.02.2010 |
Bagaimana cara menganalisis gaya bahasa cerpen dan contohnya. Selain itu boleh lampirkan contoh ucapan perasmian untuk mesyuarat agung sekolah atau pengacara pertandingan nasyid sekolah. | 1. Gaya bahasa dalam cerpen merupakan "gaya bercerita". Justeru untuk menganalisisnya memerlukan kefahaman inti cerita. Apakah jenis penerangan, dialog atau satira? Paling utama gaya bahasa yang digunakan harus "lebih menggambarkan daripada menjelaskan". 2. Ucapan perasmian - contohnya dapat diakses/dicapai dalam internet. 3. Skrip pengacara pertandingan perlu meliputi: i. Sapaan - tetamu. ii. Objektif pertandingan. iii. Hadiah pertandingan. iv. Nama peserta/pasukan bertanding. v. Urutan/ atur cara pertandingan. vi. Rakaman terima kasih kepada semua yang terlibat. | Lain-lain | 05.03.2009 |
Assalamualaikum/Salam Sejahtera. Saya Azliza Zulaikha Ibrahim, mewakili Bahagian Planetarium Terengganu,ingin mendapatkan maklumat berkaitan dengan pengalihan bahasa daripada Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu. Pihak kami ingin menterjemahkan filem astronomi ke dalam Bahasa Melayu tetapi tidak mengetahui jabatan mana yang menyediakan perkhidmatan alih bahasa. Dan kami mendapat maklumat bahawa pihak DBP menyediakan perkhidmatan tersebut. di harap pihak tuan dapat memberi penjelasan ditil berkaitan hal ini. Kerjasama dari pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian, terima kasih. | Sila berhubung dengan Insitut Terjemahan Negara Malaysia, telefon 03-41497210 untuk mendapatkan khidmat terjemahan daripada bahasa Inggeris ke dalam bahasa Melayu. | Lain-lain | 26.02.2008 |