Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj binatang yg hidup di air (berkulit keras, berkaki sepuluh, dan berekor); jenis-jenisnya: ~ galah, ~ geragau, ~ kara, ~ karang, ~ kertas, ~ laut, ~ laut lebar, ~ lubuk, ~ siar, dll; ~ kering udang yg dikeringkan; bongkok ~ melengkung badannya spt udang; kepala ~ ki bodoh benar; keropok ~ keropok yg dibuat drpd udang; pulut ~ sj makanan drpd pulut yg berintikan udang yg bercampur dgn kelapa yg diparut; ~ hendak mengata(i) ikan prb kesalahan orang lain tampak tetapi kesalahan sendiri tidak disedari; ~ merentak dlm tangguk prb orang yg tidak tetap laku dan kedudukannya; ~ tak tahu dibongkoknya prb orang yg tidak insaf dgn kekurangan diri sendiri; bagai ~ dlm tangguk prb a) menggeletek-geletek kerana kesukaan; b) dlm kesukaran; bagai ~ tahi di kepala prb banyak hutangnya; banyak ~ banyak garamnya, banyak orang banyak ragamnya prb kegemaran (kemahuan, fikiran, dll) tiap-tiap orang itu tidak sama; berudang ada udang, terdapat udang; ~ di balik batu prb ada sesuatu yg tersembunyi drpd yg dilahirkan dgn mulut atau dgn perbuatan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata udang I

Puisi
 

Anak udang,
     udang juga,
Tak boleh dibuat anak tenggiri;
     Anak orang,
orang juga,
     Tak boleh dibuat anak sendiri.


Lihat selanjutnya...(47)
Peribahasa

Udang merentak dalam tangguk.

Bermaksud :

Tidak tenteram (gelisah, susah dan sebagainya). (Biasa juga: Udang dalam tangguk).

 

Lihat selanjutnya...(12)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Re : Tukar ayat aktti kepada ayat pasif: 1.Yu Kang membeli sekilo udang dari pasar itu. (a) Sekilo udang dari pasar itu dibeli oleh Yu Kang. (b) Sekilo udang dibeli oleh Yu Kang dari pasar itu. Yang mana satu betul ? Ayat pasif (a) atu ayat pasif (b) ? 2. Shu Xin meminjam buku cerita dari perpustakaan. (a) Buku cerita dari perpustakaan di pinjam oleh Su Xin. (b) Buku cerita dipinjam oleh Shu Xin dari perpustakaan. Yang mana satu betul ? Ayat pasif (a) atu ayat pasif (b) ? Sekian, terima kasih.

1. Yu Kang membeli sekilo udang dari pasar itu. Ayat pasifnya - (b) Sekilo udang dibeli oleh Yu Kang dari pasar

2. Shu Xin meminjam buku cerita dari perpustakaan. Ayat pasifnya (b) Buku cerita dipinjam oleh Shu Xin dari perpustakaan.

Tatabahasa22.08.2011
1. Apa makna kelumpang? 2. Apa makna selubung?Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, kelumpang bermaksud 1. sj tumbuhan (pokok), kelum­pung, Sterculia foetida; 2. = ~ burung sj tumbuhan (pokok), perupuk, rongga jantan, unting-unting, Sterculia parviflora; 3. = ~ keras sj tumbuhan (pokok), katak udang, otak udang, Buchanania lucida. Manakala selubung pula bermaksud kain utk menutup kepala atau badan; kelubung. berselubung memakai selubung; berkelubung. me­­nyelubung menutup sesuatu dgn selubung: Dia ~ anaknya dgn kain pe­lekat. menyelubungi 1 menjadi sbg selubung pd: Sehelai kain pelikat ~ kepala anaknya. 2 ki menjadikan sesuatu kejahatan dll tidak diketahui orang: Keramahannya itu hanya utk ~ maksudnya yg buruk. menyelubung­kan menggunakan sesuatu sbg se­lu­bung: Dia ~ kain itu pd kepalanya.Lain-lain15.05.2010
1.Ibu membeli makanan laut di pasar . 2.Ibu membeli hidupan laut di pasar. Apakah yang kita panggil jika ikan,udang yang belum dimasak ? makanan laut atau hidupan laut ?

Makanan laut ialah makanan atau hidangan yang bahan utamanya ialah hidupan laut seperti ikan, udang dan sotong. Oleh itu, yang belum dimasak itulah hidupan laut. 


Tatabahasa27.09.2010
Soalannya: Cari kesalahan pada ayat di bawah:- a) Para penonton tidak berhenti-henti memuji kecantikan peragawati yang telah menjadi pelakon itu. b) Kakak mengangkat kesemua cucur udang yang digorengnya itu setelah membalik-balikkannya beberapa kali. c) Tidak ada seorang wartawan pun yang tahu akan nama artis itu yang sebenar

a) Para penonton tidak berhenti-henti memuji kecantikan peragawati yang telah menjadi pelakon itu. - betul

b) Kakak mengangkat kesemua cucur udang yang digorengnya itu setelah membalik-balikkannya beberapa kali. - betul

c) Tidak ada seorang wartawan pun yang tahu akan nama artis itu yang sebenar - penggunaan akan tidak ada kaitan dengan unsur emotif dalam ayat ini

Tatabahasa18.04.2011
Tolong kenal pasti kesalahan pada ayat-ayat berikut : 1. Cik Kiah menumiskan bawang untuk dibuat sambal udang. 2. Keinginannya untuk mendapat seorang cahaya mata lelaki akhirnya dimakbulkan Allah.Tiada kesalahan tatabahasa pada dua ayat tersebut.Tatabahasa03.03.2009
Bolehkah tanda baca koma diletakkan sebelum kata hubung "dan" sebagaimana ayat yang berikut? Saya membeli ikan, udang, dan sayaur-sayuran. Sekian, terima kasih. Salam hangat daripada, Tan Chin Lee

Sdr Tan,

Merujuk buku Gaya Dewan Edisi Ketiga, antara fungsi penggunaan tanda koma (,) ialah sebagai unsur pemisah bagi kata atau frasa yang berurutan. Penggunaan koma sebelum dan biasanya untuk kategori yang berbeza, cthnya:   Saya membeli ikan, daging ayam,  sayur,   dan buah-buahan ...

Nota: Tanda koma (,) berfungsi sebagai unsur pemisah kata dan frasa yg berturutan, unsur nombor yg berturutan, pembilangan dan pengulangan, ungkapan yg diulang, beberapa ayat setara, kata hubung tak setara atau bertentangan fakta daripada ayat ayat induk, memisahkan baris pantun khususnya akhir baris pertama dan baris ketiga, baris-baris syair, bahagian awal ayat dengan petikan langsung, klausa komplemen yg mendahului ayat induk (dalam ayat songsang), klausa ketrangan musabab, syarat, waktu, pertentangan, harapan, cara, alat, atau gaya yg mendahului ayat induk dan byk lagi. Sila rujuk buku Gaya Dewan Edisi Ketiga, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. 

Tatabahasa26.02.2009
Dari manakah asal usul Simpulan bahasa dibawah berikut beserta tarikh mula digunakan di dalam bahasa melayu. Otak udang Tangkai Jering Durian runtuh Anak Emas Ajak-ajak ayam Malu-malu kucing Mati katak Pisau cukur Ringan tangan Serkap jarang

Makna tangkai jering - orang yang kedekut, durian runtuh - mendapat keuntungan dengan tidak bersusah-payah, anak emas - sangat dikasihi ibu bapanya atau majikan. Ajak-ajak ayam - pelawaan yg tidak sungguh-sungguh. Untuk maklumat lanjut, sila dapatkan di pusat bahasa IPTA ata perpustakaan yang berdekatan. Kami di DBP sangat mengalu-alukan kedatangan saudara/ saudari ke Pusat Dokumentasi Melayu DBP untuk membaut rujukan.

Lain-lain21.02.2010
Tuan, pertanyaan saya adalah seperti berikut: 1. Ayat seperti "Saya suka makan mi ikan:, adakah ayat ini boleh digunakan? kerana murid tahun 1 yang membina ayat tersebut. 2. Adakah perkataan-perkataan seperti mi ikan, mi wantan, mi udang boleh digunakan dalam pembinaan ayat tahun 1? Sila membalas secepat mungkin, sekian terima kasih.Ayat saya suka makan mi ikan betul dan boleh digunakan. Lazimnya untuk tahap awal murid diajar membina ayat yang mudah berkemungkinan ayat contoh yang diberikan merupakan ayat mudah dalam konteks murid masa kini.Tatabahasa07.08.2012
Assalammualaikum & Salam sejahtera Saya seorang pelajar yang sedang menuntut di sarawak. Saya ingin tahu dari manakah asal usul simpulan bahasa berikutdan apakah cerita di sebalik setiap simpulan bahasa itu. anak emas tangkai jering mati katak pisau cukur ajak-ajak ayam malu-malu kucing ringan tangan serkap jarang durian runtuh otak udang segala bantuan amat saya hargai, sekian terima kasih :)Soalan ini sudah dijawab.Lain-lain21.02.2010
1. Wanita itu menangis (teresak-esak / tersedu-sedu) kerana kehilangan suaminya yang tersayang. 2. (Banyak kanak-kanak) kelihatan (letih lesu) dalam bulan Ramadan. Bahagian manakah dalam ayat ini salah? Atau tiada kesalahan. 3. Golongan remaja perempuan perlu berwaspada agar (tidak diperdaya) oleh lelaki hidung belang. ATAU Golongan remaja perempuan perlu berwaspada agar (tidak mudah terperdaya) oleh lelaki hidung belang. 4. Ibu (memasakkan) sambal udang untuk abang yang baru pulang dari asrama. 5. Berikut (adalah) peserta yang berjaya ke peringkat akhir. 6. Sangat sukar sekali untuk kami membuat keputusan itu. 7. Mereka berjalan cepat-cepat ke sekolah kerana hujan renyai-renyai mulai turun. 8. Ken Yee (diam) di rumah banglo yang terletak di hujung kampung itu. 9. Para pelajar disuruh duduk (diam) semasa ketiadaan guru. 10. (Sementara) itu kapal belajar juga, makin lama makin laju. 11. Kami (menemukan) beg pelajar itu di belakang bangunan itu.

1. Wanita itu menangis teresak-esak kerana kehilangan suaminya yang tersayang.

2. Banyak kanak-kanak kelihatan letih/lesu dalam bulan Ramadan. - ayat ini betul

3. Golongan remaja perempuan perlu berwaspada agar tidak mudah terperdaya oleh lelaki hidung belang.

4. Ibu memasakkan sambal udang untuk abang yang baru pulang dari asrama.

5. Berikut ialah peserta yang berjaya ke peringkat akhir.

6. Sangat sukar sekali untuk kami membuat keputusan itu.

7. Mereka berjalan cepat-cepat ke sekolah kerana hujan renyai-renyai mulai turun.

8. Ken Yee tinggal di rumah banglo yang terletak di hujung kampung itu.

9. Para pelajar disuruh diam semasa ketiadaan guru.

10. Sementara itu kapal belayar juga, makin lama makin laju.

11. Kami menemukan beg pelajar itu di belakang bangunan itu.

Untuk menyemak penggunaan perkataan yang sesuai, sila rujuk laman web kami www.prpm.dbp.gov.my dan taipkan perkataan yang hendak dicari. Untuk memastikan penggunaan kata penguat yang betul seperti dalam soalan ketujuh (7) rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 259.

Tatabahasa24.10.2011
12

Kembali ke atas