Salam hormat, mohon khidmat nasihat berhubung perkataan "menyertai" dan "mengikuti". Contoh ayat : Permohonan menyertai kursus anjuran INSAN atau Permohonan mengikuti kursus anjuran INSAN? Sekian, terima kasih. | Mengikut Kamus Dewan, perkataan menyertai dan mengikuti membawa maksud yang sama. Oleh itu, ayat yang dicadangkan tersebut adalah betul penggunaan bahasanya. Untuk rujukan: (Maksud perkataan MENYERTAI ialah 1. mengiringi, mendampingi, mengikuti: setiap pelajaran yg saya berikan itu, disertai dgn latihan; bantahan mereka kali ini disertai dgn ugutan yang lebih hebat; 2. bersama-sama dgn., menemani, mengawani (utk. menolong dll): Tuhan ~ orang yang sabar; 3. mengikut serta, turut bersama: tidakkah ibu bapa mereka melarang mereka ~ tarian itu? (Kamus Dewan Edisi Keempat)) | Tatabahasa | 27.07.2018 |
adakah redha sama maksud dengan rela? | reda: (réda) bersedia dgn ikhlas hati (utk membuat sesuatu), rela: ada di dalamnya orang-orang yg ~ bersekutu bersama-sama sbg manusia; rela: (réla) 1. dgn hati yg ikhlas (menerima dll), berkenan, bersedia, sudi: maka ~lah aku pergi mengikut dia ke mana perginya; 2. izin, persetujuan, perkenanan: anakanda datang kerana hendak meminta ~ ayahanda dan bonda; 3. memberikan (dgn ikhlas hati), melepaskan (menyerahkan dll) dgn senang hati: ia sudah ~ akan perbuatan isterinya itu; dgn ~ hati dgn senang atau suka hati: keizinan hendaklah diberikan dgn ~ hati, bukan dgn paksaan atau ugutan; | Makna | 03.11.2009 |