1. "Bilakah baginda akan berangkat ke tanah seberang?" ujar Laksamana Hang Tuah kepada Datuk Bendahara. 2. "Bilakah tuan hamba akan berangkat ke tanah seberang?" ujar Laksamana Hang Tuah kepada Datuk Bendahara. Adakah kedua-dua ayat ini betul? Terima kasih. | Ayat 1 " Bilakah baginda akan berangkat ke tanah seberang?" ujar Laksamana Hang Tuah kepada Datuk Bendahara. Ayat ini betul Ayat 2 "Bilakah tuan hamba akan berangkat ke tanah seberang?" Tanya Laksamana Hang Tuah kepada Datuk Bendahara. Perkataan ujar perlu ditukar kepada perkataan Tanya. | Tatabahasa | 14.08.2018 |
Betulkah penggunaan perkataan takkan dalam ayat ini "Takkan tolongpun tak boleh," ujar Zetti. | Penggunaan ayat yang betul ialah "Takkan tolong pun, tak boleh," ujar Zetti. | Tatabahasa | 03.10.2024 |
Betulkah penggunaan tanda seruan ! dalam ayat ini “Eh! Bukan sayalah yang bertugas hari ini,” ujar Sarah dengan yakin. | Penggunaan tanda seru yang betul ialah "Eh, bukan sayalah yang bertugas hari ini!", ujar Sarah dengan yakin. | Tatabahasa | 03.10.2024 |
1."Minta buka buku teks Bahasa Melayu kamu,"arah Cikgu Halim. 2. "Jangan pergi ke mana-mana sehingga saya datang, " ujar Kumaran. 3. Juruterbang itu tertpaksa membuat pendaratan cemas. 4. Kambing itu mati akibat terpanah petir. Adakah ayat-ayat di atas gramatis. Kalau ayat itu salah sila tunjukkan kesalahannya. terima kasih. | Ayat yang betul ialah 1."Sila buka buku teks Bahasa Melayu kamu,"arah Cikgu Halim atau "Buka buku teks Bahasa Melayu kamu,"arah Cikgu Halim. 2. "Jangan pergi ke mana-mana sehingga saya datang, " ujar Kumaran. 3. Juruterbang itu terpaksa membuat pendaratan cemas. 4. Kambing itu mati akibat dipanah petir. | Lain-lain | 13.08.2010 |
"Kak Alia tentu dah penat. Biar saya tolong," ujar Molly lalu mengambil getah paip dari tangan Alia. Tuan, soalan saya ialah getah paip atau paip getah? | Frasa yang betul ialah paip getah. | Tatabahasa | 10.07.2012 |
"Abang mahu kau dan keluarga membina hidup baru di sana," ujar Abang Rusli. Tuan, soalan saya ialah membina 'hidup baru' atau 'hidup baharu'? | Frasa yang lebih tepat ialah "hidup baharu" kerana baharu dalam ayat tersebut berfungsi sebagai kata adjektif. Baru lazimnya berfungsi sebagai kata bantu seperti dalam ayat dia baru sampai. | Tatabahasa | 30.06.2012 |
"Hmm... nanti kau boleh tengok sendiri macam mana bandaraya Kuala Lumpur," ujar Siti. Tuan, yang manakah betul? (a) bandaraya Kuala Lumpur (b) bandar raya Kuala Lumpur (c) Bandaraya Kuala Lumpur (d) Bandar Raya Kuala Lumpur Terima kasih. | Ejaan yang betul ialah bandar raya Kuala Lumpur. | Tatabahasa | 12.07.2012 |
"Hmm... nanti kau boleh tengok sendiri macam mana bandaraya Kuala Lumpur," ujar Siti. Tuan, yang manakah betul? (a) bandaraya Kuala Lumpur (b) bandar raya Kuala Lumpur (c) Bandaraya Kuala Lumpur Terima kasih. (d) Bandar Raya Kuala Lumpur | Ejaan yang betul ialah bandar raya Kuala Lumpur. | Tatabahasa | 12.07.2012 |
“Kak Lia, hari ini saya perasan yang pipi Kak Lia semakin hari semakin tembam,” ujar Hamidun sambil mencebik kepada kakaknya. Yang mana satu perkataan antonim bagi mencebik-menyeringai, menyengih, menjebik dan mengetap | Salam sejahtera, Perkataan antonim yang sesuai ialah menyengih. | Tatabahasa | 24.12.2019 |
Adakah dialog berikut mengikut hukum nahu Melayu dengan betul? "Walaupun aku sering dipanggil gagah, acap kali aku disamaertikan dengan perkasa, aku masih rentan pada cedera, aku tetap tidak lali pada sakit." ujar Sang Buana kepada anak muda itu. | Ayat yang betul ialah "Walaupun aku sering dipanggil gagah, acap kali aku disama erti dengan perkasa, aku masih rentan pada cedera, aku tetap tidak lali pada sakit." ujar Sang Buana kepada anak muda itu. | Tatabahasa | 17.10.2018 |