Mana satukah di antara istilah berikut yang betul,untuk digunakan dalam penulisan kajian tindakan ilmiah: i) ujian pra atau pra ujian ii)ujian pos atau pos ujian Terima kasih. | Frasa yang betul ialah i)praujian ii) ujian pos | Istilah | 05.07.2009 |
Ujian | Ujian | Lain-lain | 25.11.2016 |
Saya ingin bertanya tentang penggunan istilah: 1. Ujian Lisan 2. Ujian Lisan Bertutur 3. Ujian Lisan Mendengar Adakah istilah 2 dan 3 wujud sedangkan Lisan bermakna bertutur dan mendengar. | Lisan bermaksud sesuatu yang diucapkan, frasa Ujian Lisan telah merangkumi maksud bertutur dan pemeriksa mendengar apa yang diucapkan. | Tatabahasa | 17.07.2014 |
ujian BSM-ujian penghantaran emel | ini merupakan ujian BSM | Ejaan | 28.04.2020 |
munsyi, ujian memandu atau ujian pemanduan? TK | Ujian memandu. | Lain-lain | 23.05.2013 |
Assalamualaikum, Tuan, Dalam sesebuah kajian, antara kaedah yang digunakan iala Ujian Pra dan Ujian Pasca. Apakah pandangan DBP tentang penggunaan frasa Ujian Pra dan Ujian Pasca dari segi binaan morfologi? | Ejaan yang betul ialah praujian dan pascaujian. Awalan asing "pra" dan "pasca" yang digabungkan dengan kata nama am hendaklah dieja bercantum dengan perkataan yang mengikutinya. Contoh lain ialah prasiswazah dan pascasiswazah. | Ejaan | 22.05.2013 |
Mana satu betul i) pengayaan atau pengkayaan ii) Ujian pemahaman atau ujian kefahaman | i) Yang betul ialah pengayaan ii) Kedua-duanya boleh digunakan, iaitu ujian pemahaman dan ujian kefahaman yang bermaksud perihal memahami atau apa dan sejauh mana sesuatu itu difahami. | Tatabahasa | 08.08.2009 |
Assalamualaikum. Mohon pencerahan tentang penvgunaan ujian prakursus atau ujian pra | Salam sejahtera, 1. Ujian prakursus betul penggunaannya yang merujuk kepada ujian awal sebelum kursus bermula. Awalan pra- ialah awalan produktif yang menerbitkan kata nama untuk membawa pengertian sebelum atau syarat kepada sesuatu yang mengikutinya. 2. Perkataan yang betul ialah "praujian". Sekian, terima kasih. | Tatabahasa | 17.10.2018 |
Manakah antara berikut adalah betul? (a) Praujian atau ujian pra? (b) Pascaujian atau ujian pasca? Banyak tesis masih menggunakan ujian pra dan ujian pasca walaupun DBP menggunakan praujian dan pascaujian. | Yang betul ialah praujian dan pascaujian. | Tatabahasa | 14.10.2010 |
zul membuat ujian | ujian apa? | Lain-lain | 27.07.2011 |