Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kep Universiti Kebangsaan Malaysia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ukm


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum, apakah terjemahan bagi "UKM Law Review". Terima kasih.Apakah yang dimaksudkan dengan UKM Law? Adakah undang-undang/peraturan/dasar UKM atau UKM dalam frasa ini sebagai pelaku yang melakukan "review" tersebut. Cadangan kami kajian semula undang-undang/peraturan UKM atau kajian semula undang-undang/peraturan oleh UKM bergantung pada konteks penggunaan/makna frasa tersebut.Penyemakan dan penterjemahan01.02.2021
Pada awal penubuhannya, UKM dilihat sebagai universiti kelas kedua. ATAU Di awal penubuhannya, UKM dilihat sebagai universiti kelas kedua. Di antara kedua-dua ayat tersebut manakah yang lebih tepatPenggunaan yang betul ialah Pada awal penubuhan, UKM dilihat sebagai universiti kelas kedua.Tatabahasa12.01.2017
Assalamualaikum.. 1. Apakah maksud perkataan Alumni? 2. Bolehkah perkataan Mahasiswa diletakkan selepas perkataan Alumni.. e.q PERSATUAN ALUMNI MAHASISWA Sabah UKM. 3. Mana yang sesuai : i) Persatuan Alumni Mahasiswa Sabah UKM atau ii)Persatuan Alumni Sabah UKM T.KasihMenurut Kamus Dewan Edisi Keempat perkataan "alumni" ialah siswazah atau lepasan sesebuah maktab atau universiti. Perkataan "mahasiswa" tidak sesuai diletakkan selepas perkataan "alumni". Ayat yang betul ialah Persatuan Alumni Sabah UKM.Lain-lain26.10.2015
Bagaimana kita ingin menulis di dalam surat untuk kata nama "Hospital Pakar Kanak-kanak UKM" atau "Hospital Pakar Kanak-Kanak UKM"? Adakah "Kanak-kanak" atau "Kanak-Kanak". Mohon khidmat nasihat tuan. Terima kasih.Ejaan yang betul ialah Hospital Pakar Kanak-kanak UKM.Ejaan08.02.2019
Adakah UKM, USM dan UM ialah akronim

UKM, USM dan UM ialah singkatan nama khas. Singkatan nama khas boleh ditulis dengan tanda noktah atau tanpa tanda noktah.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Gaya Dewan Edisi Keempat (DBP, 2023), halaman 172.

Tatabahasa05.04.2025
adakah KPM,SPM,UM,UKM dan sebagainya ialah akronim

KPM, SPM, UM dan UKM ialah singkatan dan bukan akronim.

Lain-lain25.12.2024
Mohon terjemahan untuk ayat berikut: 'UKM Ethnic Studies Occasional Paper Series'

Encik Mohamad Faris,

Terjemahan yang saya buat ini tidak mengikut konteksnya ialah Siri Kertas  Kajian Tentang Etnik oleh UKM ,diterbitkan sekali-sekala. Manakala makna dalam kamus pula ialah,  appearing occasionally and not continuously, sekejap ada, sekejap tdk ada: the light from the boat was no more than an ~ glow, cahaya lampu dr bot itu sekejap ada, sekejap tdk ada;

 

Makna05.07.2010
Saya pelajar tahun 3 Program pengajian Bhasa Inggeris UKM yg akan berpraktikal pd Mei 2011. Boleh saya tahu ttg praktikal di DBP? , brapa lama?, adakah trdpt elaun dan cra mghubungi? trima ksh. shazan UKM

Untuk keterangan lanjut tentang persoalan tersebut, sila hubungi Puan Norma binti Mohd. Nazim, Ketua Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, Dewan Bahasa dan Pustaka, melalui no. telefon 03-21439135 atau e-mel: norma@dbp.gov.my.

Lain-lain09.08.2010
salam, sy aisyah, pelajar tahun 2 di UKM, kos Liguistik, sy merupakan pelajar luar negara, sy fasih menulis dan bertutur dalam bahasa melayu, dan fasih bertutur dalam basaha thai, boleh sy dapatkan syarat-syarat pemohonan Latihan Industri di DBP. Terima kasihTerima kasih atas pertanyaan dan minat saudari untuk mengikuti Latihan Industri di DBP. Sila kemukakan permohonan rasmi melalui pihak UKM menyatakan tempoh dan bidang kerja yang hendak dipelajari. Permohonan hendaklah dialamatkan kepada Ketua Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, Aras 7, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur.Lain-lain22.10.2012
Selamat pagi, pertanyaan saya berbunyi begini. Penggunaan singkatan atau akronim ( UKM, SPRM, TVET). Bagaimanakan penggunaan singkata atau akronim yang betul bagi mencetak sepanduk atau kain rentang yang betu? Adakah boleh terus dengan sinkatan atau akronim atau perlu menulis sepenuh ayat kemudian singkatan atau akronim ditulis dalam kurungan cth: TECHNICAL AND VOCATIONAL EDUCATION TRAININ (TVET). Sekian terima kasih

Bagi sepanduk atau kain rentang, singkatan atau akronim rasmi sesebuah institusi itu boleh digunakan (contoh: UKM, SPRM, DBP). Walau bagaimanapun, untuk singkatan TVET, perlu dinyatakan nama bahasa Melayu terlebih dahulu, iaitu Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Tatabahasa14.11.2019
12345678

Kembali ke atas