apakah maksud norma? | Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, norma ialah ukuran untuk menentukan sesuatu; Norma juga bermaksud peraturan atau ketentuan yang telah menjadi kebiasaan yang dijangka akan dipatuhi oleh setiap anggota masyarakat dan sebagainya: dia ingin memelihara ukuran-ukuran dan norma yang telah ditetapkan; tindakan mereka mengikut norma dan peraturan kekeluargaan mereka. | Makna | 18.02.2013 |
ukuran 4kaki x 40kaki | Ungkapan yang betul ialah "Penjual Alat Ganti Kereta" atau "Kedai Alat Ganti Kereta". Sila kemukakan iklan saudara ke "Khidmat Pengesahan Bahasa". | Tatabahasa | 29.10.2011 |
BUNTING - ukuran 2'x6' (outdoor) Tiang lampu jalan | Untuk pengesahan iklan, sila klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP" dan lampirkan visual dalam fail jpeg atau gif. | Lain-lain | 22.06.2015 |
Apakah singkatan bagi ukuran gram yang sebenarnya? gm atau g? Bagaimana pula halnya dengan singkatan untuk kilogram dan miligram? | Singkatan bagi ukuran gram ialah gm, kilogram ialah kg dan miligram ialah mg. | Lain-lain | 24.02.2007 |
Jelaskan maksud penggunaan kata 'normal baharu' dan perbezaan penggunaan kata 'norma baharu'. Terima kasih. | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud normal ialah menurut aturan, keadaan, pola yang lazim atau biasa, contoh ayat: Fisioterapi akan membantu otot-otot yang cedera itu untuk pulih ke keadaan normal. Manakala perkataan norma pula membawa maksud ukuran untuk menentukan sesuatu, peraturan atau ketentuan yang telah menjadi kebiasaan yang dijangka akan dipatuhi oleh setiap anggota masyarakat dan sebagainya, contoh ayat: Dia ingin memelihara ukuran-ukuran dan norma yang telah ditetapkan; Tindakan mereka mengikut norma dan peraturan kekeluargaan mereka. | Penyemakan dan penterjemahan | 24.04.2020 |
merujuk jawapan tentang pengggunaan istilah pecahan, adakah perbezaan untuk masa dan kilogram sahaja? bagaimana pula dengan jarak dan ukuran, adakah satu setengah kilometer atau satu kilometer setengah? | Dalam hal ini urutan yang betul ialah ukuran dan dikuti dengan unit, seperti: satu setengah kilometer | Tatabahasa | 06.07.2009 |
antara 'norma baharu' atau 'normal baharu", mana satu yang betul? | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud normal ialah menurut aturan, keadaan, pola yang lazim atau biasa, contoh ayat: Fisioterapi akan membantu otot-otot yang cedera itu untuk pulih ke keadaan normal. Manakala perkataan norma pula membawa maksud ukuran untuk menentukan sesuatu, peraturan atau ketentuan yang telah menjadi kebiasaan yang dijangka akan dipatuhi oleh setiap anggota masyarakat dan sebagainya, contoh ayat: Dia ingin memelihara ukuran-ukuran dan norma yang telah ditetapkan; Tindakan mereka mengikut norma dan peraturan kekeluargaan mereka. | Penyemakan dan penterjemahan | 13.05.2020 |
Salam sejahtera. Adakah ayat-ayat di bawah ini betul? 1. Depa ialah salah satu unit ukuran panjang. 2. Plat nombor keretanya hanya satu digit sahaja. 3. Penganut agama itu memuja tuhan yang esa. 4. Had umur minimum bagi pemandu kereta ialah tujuh belas tahun. 5. Encik Abu menjadi imam semasa bersembahyang. 6. Permukaan dinding itu mula kopak. 7. Adakah "juru" dan "kilo" tergolong dalam imbuhan pinjaman? Jika tidak, apakah golongan kata bagi perkataan yang terdiri daripada juru dan kilo? Terima kasih. | 1. Depa ialah ukuran panjang antara kedua-dua hujung tangan yang didepangkan. 2. Plat nombor keretanya hanya satu digit sahaja. 3. Penganut agama itu memuja tuhan yang esa. 4. Had umur minimum bagi pemandu kereta ialah tujuh belas tahun. 5. Encik Abu menjadi imam sembahyang zuhur. 6. Permukaan dinding itu mula terkopak. 7. Juru ialah awalan asing, manakala kilo ialah ringkasan kilogram dan kilometer dan bukan awalan asing. | Tatabahasa | 29.01.2013 |
Visual Papan Iklan berserta ukuran untuk mendapatkan kelulusan daripada Dewan Bahasa dan Pustaka dari segi tatabahasa. | Untuk pengesahan iklan, sila klik "Khidmat Pengesahan Bahasa" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa). Untuk kali pertama tuan/puan perlu mendaftar dahulu dan dapatkan kata laluan (password) yang dihantar kepada e-mel yang telah didaftarkan dan ikutilah tatacara yang seterusnya. | Lain-lain | 14.10.2015 |
visual papan iklan beserta ukuran dalam meter persegi dan telah mendapatkan kelulusan daripada dewan bahasa dan pustaka dari segi tatabahasa. | Pembetulan: PERKHIDMATAN LANDSKAP DAN HORTIKULTUR Setelah dibuat pembetulan, kemukakan permohonan tuan melalui domain "khidmat Pengesahan Bahasa DBP". | Lain-lain | 21.09.2015 |