Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
ukur (kata nama)
Bersinonim dengan sukat, takar;,
Kata Terbitan : seukur, mengukur, ukuran, pengukur,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah perbezaan antara cekak dan genggam ?Mengikut Kamus Dewan, cekak mempunyai tiga makna, iaitu (1) ukuran yang besarnya ditentukan oleh lingkaran (bulatan) yg dibuat dengan mempertemukan ibu jari dgn jari lain; (2) gamak, harapan; makna (3) gamak, harapan. Manakala genggam pula mempunyai (1) makna, iaitu kepalan tangan, cengkaman tangan untuk memegang.Makna02.09.2014
maksud jangka hayat
  • jangka hayat: (1) Ukuran purata tentang berapa lama seorang itu dijangka akan terus hidup, selalunya diukur dalam tahun.  (2) Hayat perkhidmatan yang berfaedah yang dijangkakan bagi sesuatu peralatan.
  • Makna20.03.2009
    Soalan saya; 1. Ejaan yang tepat untuk anti-oksidan dan anti-keradangan 2. Ukuran atau Nilai berbentuk cm, mm liter Dan sebagainya perlu ditulis rapat atau jarak; 3-5cm atau 3,-5 cm. 3. Mata-tunas atau mata tunas (istilah saints)Ejaan yang betul ialah: antioksidan, antikeradangan
    Cara penulisan untuk ukuran ialah dijarakkan daripada angka di hadapan: 3-5 cm
    Perkataan mata tunas dieja berasingan dan tanpa tanda sempang di tengah-tengahnya. 
    Ejaan04.09.2022
    salam. yang manakah ejaan yang betul? 1) penentukuran 2) penentu ukuran sila semak fail yg dikepilkan bersama untuk lebih jelas penggunaannya. terima kasih.Jawapan yang betul ialah penentukuran.Lain-lain24.02.2022
    Salam sejahtera. Adakah ayat-ayat di bawah ini betul? 1. Depa ialah salah satu unit ukuran panjang. 2. Plat nombor keretanya hanya satu digit sahaja. 3. Penganut agama itu memuja tuhan yang esa. 4. Had umur minimum bagi pemandu kereta ialah tujuh belas tahun. 5. Encik Abu menjadi imam semasa bersembahyang. 6. Permukaan dinding itu mula kopak. 7. Adakah "juru" dan "kilo" tergolong dalam imbuhan pinjaman? Jika tidak, apakah golongan kata bagi perkataan yang terdiri daripada juru dan kilo? Terima kasih.1. Depa ialah ukuran panjang antara kedua-dua hujung tangan yang didepangkan.
    2. Plat nombor keretanya hanya satu digit sahaja.
    3. Penganut agama itu memuja tuhan yang esa.
    4. Had umur minimum bagi pemandu kereta ialah tujuh belas tahun.
    5. Encik Abu menjadi imam sembahyang zuhur.
    6. Permukaan dinding itu mula terkopak.
    7. Juru ialah awalan asing, manakala kilo ialah ringkasan kilogram dan kilometer dan bukan awalan asing.
    Tatabahasa29.01.2013
    Saya ingin bertanya adakah perkataan "konstruk" sama maksud dengan "dimensi"? Mohon pihak DBP untuk memberikan penjelasan tentang maksud sebenar dua perkataan ini dalam konteks kajian untuk membangunkan model/modul/ instrumen.Maaf. Tiada kata dan makna/definisi dalam kamus dan istilah (PRPM) bagi kata konstruk, khususnya dalam konteks kajian untuk membangunkan model/modul/instrumen.

    Namun, terdapat rakaman makna bagi kata dimensi dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) seperti yang berikut:

    dimensi
    kata nama
    1 ukuran saiz sst objek yang melibatkan ukuran panjang, lebar atau tinggi objek tersebut: Dalam rajah yang kamu lukis itu, tunjukkan dimensinya.

    2 aspek atau sudut yang diberikan perhatian:
    Bidang seni boleh dijadikan dimensi baharu untuk menggalakkan budaya inovasi dalam kalangan anak muda di negeri ini.

    kata adjektif 3 (berkenaan dengan foto, filem dan sebagainya) mempunyai sekurang-kurangnya dua ruang atau reka bentuk: Terdapat panggung yang tidak dilengkapi teknologi tayangan filem tiga dimensi.

    kata kerja transitif 4 lihat mendimensi;

    Makna yang diberikan adalah berdasarkan contoh penggunaan umum dalam bahasa Melayu. Pemerian makna kata/istilah dalam sesuatu bidang adalah lebih tepat dan bersesuaian dengan merujuk buku/glosari/kamus istilah dan sebagainya dalam bidang berkenaan.
    Makna11.01.2024
    Gaya Dewan (1995: 70) menyatakan bahawa tanda pisah ialah tanda baca yang panjangnya satu en. Kamus Dewan Edisi Keempat mentakrifkan en (én) sebagai ukuran yang sama dengan setengah saiz poin taip yang digunakan ataupun setengah em. Soalan: (1) Adakah en itu sama lebarnya dengan huruf n? (2) Jikalau tanda pisah satu en, adakah tanda sempang hanya setengah en?
    1. Dalam penerbitan, en merupakan unit ukuran yang lebarnya setengah huruf em, tetapi tidak semestinya sama lebar dengan huruf "n".
    2. Jika tanda pisah satu en, tanda sempang tidak semestinya hanya setengah en.

    Dalam penerbitan, en, em dan tanda sempang mempunyai fungsi yang berbeza. Sdr boleh merujuk buku yang berkaitan, seperti Copy Editing oleh Judith Butcher (Cambridge University Press) atau melayari Internet untuk mendapatkan maklumat mengenainya.

    Lain-lain14.01.2013
    Jika DBP boleh berkrompromi dengan ejaan 1Malaysia yang sepatutnya dieja 1-Malaysia atau 1 Malaysia, saya mencadangkan agar DBP membuat penyelarasan ejaan semua perkataan yang mempunyai imbuhan awalan di- atau kata sendi nama di- dengan ejaan didekatkan agar tidak timbul kekeliruan pengguna bahasa Melayu. Contohnya disepak, diPerlis, disamping, diejek, diseberang, diMalaysia dan lain-lain.1Malaysia - dieja sedemikian kerana merujuk konsep yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang ke-5. Ejaan seperti 1 Malaysia - lazimnya merujuk unit/bilangan/ukuran. Pengguna bahasa tidak akan keliru dengan penggunaan "di" kerana "di" yang berfungsi sebagai awalan perlu dieja rapat, manakala "di" sebagai kata sendi nama  dieja sebagai dua perkataan.Tatabahasa30.03.2010
    Di sini ada beberapa soalan yang ingin ditanya 1. Apakah perbezaan maksud di antara perkataan (a) gedempol (b) gempal (c) gemuk] (i) Mana satu jawapan di atas sesuai dengan saolan di bawah: Kanak-kanak juga sering dikaitkan dengan badan yang ............akibat tabiat makan yang tidak terkawal (ii) Orang yang banyak makan menyebabkan badan mereka menjadi ........... Soalan di bawah mana pilihan yang sesuai 2. Wajah yang (cantik, kacak)bukan ukuran tetapi yang paling penting ialah budi bahasa. 3. Bunga kembang pagi akan berbau (wangi, semerbak ,harum) pada setiap pagi Harap tuan dapat membalas sebelum 25/2/09 sekian terima kasih

    Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, gedempol bermaksud gemuk, gempal  pula bermaksud gemuk sedang (berkenaan tubuh) atau padat berisi dan gemuk - tidak kurus atau besar badan (kerana banyak daging). Bagi ayat yang diberikan perkataan yang sesuai ialah: (i) Kanak-kanak juga sering dikaitkan dengan badan yang gemuk akibat tabiat makan yang tidak terkawal (ii) Orang yang banyak makan menyebabkan badan mereka menjadi gemuk/gempal.

    Manakala bagi soalan:

    2. Wajah yang cantik bukan ukuran tetapi yang paling penting ialah budi bahasa. 3. Bunga kembang pagi akan berbau wangi/harum) pada setiap pagi.

    Makna26.02.2009
    1. Adakah kata simptom ( symptom) merupakan golongan kata adjektif? Sekiranya kata simptom adalah golongan kata adjektif, apakah bentuk katanya? Adakah ianya bentuk kata sifat atau warna atau ukuran dan sebagainya? 2. Saya keliru sama ada kata preskripsi itu berasal daripada bahasa sumber Latin atau Inggeris? Dan apakah kaedah pembentukan istilah bagi kata preskripsi?

    1. Perkataan simptom merupakan kata nama.

    2. Perkataan preskripsi berasal daripada bahasa Latin. Proses pembentukan kata atau pinjaman ini dibuat mengikut rumus yang ada dalam tatabahasa bahasa Melayu dan pedoman pembentukan istilah. Salah satu cara pembentukan istilah bahasa Melayu adalah melalui penyerapan. Penyerapan istilah asing menjadi istilah bahasa Melayu bermakna mengambil keseluruhan istilah asing dengan atau tanpa penyesuaian ejaan dan sebutan. Untuk maklumat lanjut, saudari boleh mendapatkan buku Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu.
    Istilah20.12.2020
    1234

    Kembali ke atas