| Pak Samad sedang ........ lebihan dawai kawat yang telah digunakan untuk memagar kebunnya. Gelung atau gulung.... | Merujuk Kamus Dewan kedua-dua jawapan tersebut betul, namun pada kebiasaannya gelung lebih sedikit ukurannya berbanding dengan gulung. Oleh itu, soalan tersebut menunjukkan lebihan lingkaran dawai yang ukurannya tidaklah sepanjang mana, jawapan yang paling tepat ialah gelung. | Lain-lain | 26.08.2015 |
| Untuk pengetahuan anda, permohonan lesen perniagaan dan iklan memerlukan kelulusan daripada Dewan Bahasa dan Pustaka dari segi tatabahasa. Visual papan iklan telah dilampirkan dalam file. Ukurannya ialah 20' x 3', bercahaya. Bilangan Unit : 1 Bilangan Muka : 1 Lokasi pemasangan papan iklan : Depan kedai | Pembetulan: 1. PUSAT HIASAN DALAMAN 2. TEL. (mesti ada titik) 3. TB 4. E-mel Setelah dibuat pembetulan, kemukakan permohonan tuan melalui domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP". | Tatabahasa | 24.06.2015 |
| Tuan, apakah jawapannya... Ayah menggunakan se___________- dawai untuk menbuat ampaian. gulung atau gelung. Dalam kamus kedua-duanya boleh diterima. ( dalam soalan menunjukkan seorang lelaki sedang memegang _________ dawai dan memasang dawai itu pada ampaian. ) | Merujuk Kamus Dewan kedua-dua jawapan tersebut betul, namun pada kebiasaannya gelung lebih sedikitr ukurannya berbanding dengan gulung. Oleh itu, jika gambar tersebut menunjukkan lingkaran dawai yang ukurannya tidaklah sepanjang mana, jawapan yang paling tepat ialah gelung. | Tatabahasa | 29.07.2009 |
| Mengendai e-mel yang dibalaskan Salam sejahtera Koh Wei Yean, Soalan : Untuk pengetahuan anda, permohonan lesen perniagaan dan iklan memerlukan kelulusan daripada Dewan Bahasa dan Pustaka dari segi tatabahasa. Visual papan iklan telah dilampirkan dalam file. Ukurannya ialah 20' x 3', bercahaya. Bilangan Unit : 1 Bilangan Muka : 1 Lokasi pemasangan papan iklan : Depan kedai Jawapan : Pembetulan: 1. PUSAT HIASAN DALAMAN 2. TEL. (mesti ada titik) 3. TB 4. E-mel Setelah dibuat pembetulan, kemukakan permohonan tuan melalui domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP". Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan Khidmat Nasihat Dewan Bahasa dan Pustaka. Berikut fail yang dilampirkan adalah pembetulan selanjutnya. Minta jelasan untuk pembetulan 3. ( TB) maksudnya? | Satu pembetulan lagi belum dibuat: H/P dipinda kepada TB. Kemukakan permohonan tuan melalui domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP". | Lain-lain | 25.06.2015 |