Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ul


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah perbezaan penggunaan imbuhan apitan meN...kan dan meN...i

MAKNA APITAN meN…kan 

<ul>
  • Berbuat sesuatu: membangunkan kawasan, menenggelamkan taman, memusnahkan hutan, mencemarkan bahasa…
  • ul> <ul>
  • Menjadikan/menyebabkan sesuatu: membenamkan tubuh, memantulkan cahaya, menaburkan benih, melucutkan kain, membersihkan bilik…
  • ul> <ul>
  • Bermanfaat: mendapatkan hadiah, menghadiahkan senyuman, memberikan bunga, mencantikkan rumah, melebarkan jalan
  • ul>

     

    APITAN meN…i 

    <ul>
  • Apitan meN…i dapat membentuk kata kerja transitif daripada kata lain dalam pelbagai kelas.
  • Awalan meN pada kata yang berapitan meN…i bertugas sebagai penanda ayat aktif.
  • Akhiran i pada kata yang berapitan meN…i bertugas untuk menggantikan kata sendi akan, atas, di, … Contoh:
  • ul>

              mengakui = mengaku akan/tentang

              mempercayai = percaya kepada 

    <ul>
  • Oleh sebab itu, KS tidak boleh wujud selepas kata yang berapitan meN…i: mempercayai pada,* menguasai akan,* mencurangi akan,
  • ul>

        * menghadiri di/dalam,* meragui terhadap,*…


    Tatabahasa13.06.2009
    Apakah kelebihan menjadi ahli Rakan Dewan ?

    Keistomewaan menjadi ahli Rakan Dewan:

    Keistimewaan-keistimewaan ini adalah tertakluk kepada apa-apa dasar kerajaan dan hak Dewan Bahasa dan Pustaka untuk mengekal, mengubah, meminda atau menambah serta menguatkuasa apa-apa syarat dan terma yang difikirkan perlu dari semasa ke semasa. Antara keistimewaan yang akan diperolehi pemegang kad ahli Rakan Dewan ialah: 

    <ul>
  • Membeli buku dan majalah terbitan DBP dengan kadar potongan harga 25 peratus di kedai-kedai buku Pengedar DBP yang menyertai skin ini dan di kedai buku koperasi DBP di Ibu Pejabat serta cawangan dan wilayah.
  • ul><ul>
  • Menyertai kegiatan-kegiatan bahasa dan sastera anjuran DBP dengan potongan harga 25 peratus yuran penyertaan.
  • ul><ul>
  • Menjadi ahli Pusat Dokumentasi Melayu bagi ahli-ahli yang berumur 18 tahun ke atas dan berpeluang mendapat perkhidmatan penyelidikan dan kemudahan pinjaman. Kemudahan pinjaman boleh didapati di PDM Ibu Pejabat dan Cawangan Sabah.
  • ul><ul>
  • Menerima risalah dan katalog judul-judul terbaru serta program/kegiatan DBP
             
  • ul>
    Lain-lain11.03.2009
    Kata ‘juru’ dikategorikan sebagai imbuhan atau akar kata (golongan kata nama)?<ul>
  • Dalam bahasa Melayu, awalan juru- berfungsi sebagai awalan kata nama. Awalan juru- membawa makna ahli atau orang yang terlibat secara langsung dengan maksud pekerjaan dalam kata dasar dan boleh bergabung dengan kata dasar daripada golongan kata nama, kata kerja dan akar kata. Contohnya:
  • ul> <ul>
  • Juru- + kata nama
  • Juru- + bahasa – jurubahasa
  • ul>

     ​

    <ul>
  • Untuk makluman lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), halaman 116.
  • ul>
    Tatabahasa08.02.2026
    Salam sejahtera, tuan. Soalan 1: adakah selepas kata hubung? Soalan 2: patuh kepada suruhan Allah atau patuh pada suruhan Allah? Soalan 3: Adakah memberi digunakan untuk benda bernyawa dan memberikan digunakan untuk benda tidak bernyawa?
    1. Soalan tidak difahami. Sila terangkan dengan lebih jelas. 
    2. Cadangan jawapan ialah "Patuh pada suruhan Allah".
    3. Perkataan “memberi" dan “memberikan" merupakan kata kerja transitif aktif. Perkataan “memberi” hendaklah diikuti dengan kata nama objek bernyawa, manakala “memberikan” hendaklah diikuti oleh kata nama objek tidak bernyawa. Contoh ayat adalah seperti yang berikut:
    <ul> <ul>
  • Ali memberi kucing makan. 
  • Ali memberikan makanan kepada kucing.
  • ul> ul>
                Sila rujuk buku tatabahasa bahasa Melayu untuk mendapatkan penjelasan lanjut.

    Tatabahasa18.03.2022
    Apakah perbezaan di dengan pada ?

    Kata sendi nama “di” digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Kata sendi nama ini ditulis terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengikutinya.

    <ul style="margin-top: 0cm; list-style-type: disc;">
  • Contoh ayat:
  • <ul style="margin-top: 0cm; list-style-type: circle;">
  • Ibunya bekerja di sekolah itu.
  • Dia tinggal di Kuala Lumpur.
  • Tambak Johor terletak di antara negeri Johor dengan Singapura.
  • ul> ul>

    Kata sendi nama "pada" pula digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan keterangan waktu dan tempat, dan digunakan dalam ungkapan ada + pada (manusia dan haiwan) dalam beberapa situasi tertentu.

    <ul style="margin-top: 0cm; list-style-type: disc;">
  • Contoh ayat:
  • <ul style="margin-top: 0cm; list-style-type: circle;">
  • Seminar itu bermula pada hari ini.
  • Wang itu ada pada ibu.
  • Tulis nama pada kertas ini.
  • Pada saya, kejayaan yang dicapainya itu cukup memuaskan.
  • ul> ul>

    Untuk maklumat lanjut yang berkaitan dengan kata sendi nama, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga (DBP, 2015), halaman 265 – 276.

    Tatabahasa21.08.2025
    Apakah bezanya kekah dan korban

    Encik Ismail terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

    akikah

    <ul class="list_KDE">
  • Ar penyembelihan binatang ternakan (lembu, kambing) yg dilakukan selepas kelahiran bayi (lebih afdal pd hari ketujuh) sbg tanda kesyukuran kpd Allah;
  • korban

    <ul class="list_KDE">
  • Ar 1. amalan menghampirkan diri kpd Allah dgn menyembelih binatang ternakan (lembu, kambing, kerbau, dll) pd 10 Zulhijjah atau tiga hari selepasnya (hari tasyrik) dgn mengagihkan sebahagian drpd daging itu kpd fakir miskin: majlis ~;
  • ul>ul>
    Makna20.10.2009
    Apakah maksud definisi misi,visi dan piagam

    misi

    <ul class="list_KDE">
  • 1. perwakilan dr sesebuah negara ke negara lain utk sesuatu tugas; 2. urusan bkn penyiaran agama Kristian; 3. tugas khusus yg dipertanggungjawabkan kpd atau yg akan dilakukan oleh seseorang atau sesuatu kumpulan: ~ organisasi saya ialah mengadakan kemudahan pengangkutan udara dan perhubungan yg paling akrab dgn keperluan negara
  • ul>

    visi

    <ul class="list_KDE">
  • tanggapan dan pandangan yg jauh dan mendalam, terutamanya yg berkaitan dgn perkembangan masa depan dsb, wawasan: pemimpin yg mempunyai keperibadian yg utuh serta ~ dlm kepimpinan; Pak Arena menganggap ~ itu penting dlm penulisan sebab tanpa ~ seseorang tidak boleh menjadi penyair, tidak boleh menjadi seniman;
  • ul>

    piagam

    <ul class="list_KDE">
  • 1. surat rasmi yg menyatakan pemberian hak atau tanah dll (tertulis pd batu, logam, dll); 2. surat atau tulisan rasmi yg mengandungi pernyataan dan persetujuan tentang sesuatu (dasar dll): ~ BB itu dibentuk oleh negara-negara anggota BB sendiri; 3. ark diploma, ijazah; memiagamkan menentukan (menyatakan) sesuatu dlm piagam.
  • ul>
    Makna27.11.2008
    MAKNA DOKUMENTARI

    dokumentari

    <ul class="list_KDE">
  • tayangan (filem, televisyen) atau acara radio yg memaparkan (menceritakan) maklumat (fakta) sebenar tentang sesuatu (perkara, subjek, dll): filem ~.
  • ul>
    Makna14.02.2008
    untuk mendapat kan pengesahan mengenai perkataan "ditambahbaik". Adkah perkataan ini wujud dalam kamus dewan?<ul class="list_KDE">
  • tambah baik; bertambah baik

    menjadi semakin baik;
  • ul>Contoh berimbuhan 'di' (pasif) tidak akan dijadikan contoh di dalam kamus. Entri di atas diambil daripada Kamus Dewan Edisi Ke-4.
    Lain-lain14.08.2009
    Maksud 'Sahsiah'<ul class="list_KDE">
  • Salam. Menurut Kamus dewan Edisi ke 4, sahsiah berasal dari perkataan Arab yang bermaksud keperibadian, peribadi: Contoh penggunaan: yg utama ialah menuntut ilmu dan melengkapkan proses pembinaan peribadi atau ~ sbg insan yg terpuji. Sekian.
  • ul>
    Lain-lain21.12.2008
    123456789

    Kembali ke atas