Assalamualaikum. Soalan pertama: Inginkan kepastian, berdasarkan khidmat nasihat daripada laman web ini, ejaan yang betul bagi ulama adalah ulamak. Walau bagaimanapun, apabila saya mencari kedua-dua perkataan ulama dan ulamak di sini, perkataan yang lebih banyak muncul adalah ulama. Ia terdapat dalam Kamus Dewan Edisi 2, 3 dan 4. Manaka perkataan Ulamak hanya terdapat di satu tempat sahaja dalam Edisi Keempat. Soalan kedua: Adakah betul dalam penulisan, angka-angka daripada 1 hingga 9 perlu dieja dan angka 10 ke atas boleh ditulis dalam bentuk angkannya sahaja. Soalan ketiga: Adakah betul ayat tidak boleh dimulakan dengan perkataan 'yang' dan perkataan 'dan'. | 1. Ejaan yang betul ialah ulama. 2. Menurut Gaya Dewan, nombor yang kurang daripada 10 hendaklah dieja sepenuhnya, begitu juga dengan nombor pada permulaan ayat hendaklah dieja kecuali nombor yang menunjukkan tahun kalendar. 3. Ayat boleh dimulakan dengan perkataan "yang", contohnya "Yang kena tangkap ialah penagih dadah". Kata "dan" merupakan kata hubung dan tidak digunakan pada awal ayat. | Ejaan | 26.01.2010 |
Assalam Adakah betul tajuk ini: Kelengkapan Tarikh Ulamak Malaysia? Terima kasih. | Tajuk "Kelengkapan Tarikh Ulama Malaysia?" tidak dapat difahami tajuk yang hendak disampaikan. Apakah yang dimaksudkan dengan kelengkapan tarikh ulama? | Lain-lain | 21.12.2020 |
Assalamualikum, nak tanye berkaitan perkataan 1. Tafaqquh 2. Muzakarah 3. Riadah 4. Maqam 5. Jaulah 6. as-Sunnah 7. anbia' 8. ulamak 9. thaqafah Adakah perkataan arab semua itu di Melayukan? | Kata serapan daripada bahasa Arab yang diterima dalam bahasa Melayu dan disesuaikan dengan ejaan bahasa Melayu. Perkataan muzakara, riadah, makam, sunah, anbia dan ulama telah ada dalam bahasa Melayu. Tuan boleh menyemak sendiri perkataan lain melalui laman web kami www.prpm.dbp.gov.my. | Ejaan | 02.09.2015 |