1. Ulang cetak atau ulang cetakan 2. halatuju atau hala tuju? 3. perkataan sisio di awal perkataan lain perlu digabung atau disempang atau diasingkan? Wassalam. Terima kasih. | 1. ulang cetak 2. hala tuju 3. Perkataan sisio tiada dalam data kami tetapi terdapat perkataan sosio. Sosio merupakan awalan berkaitan dengan faktor sosial (kemasyarakatan), contohnya, sosioekonomi dan sosiopolitik yakni dieja satu perkataan. | Tatabahasa | 24.06.2013 |
Terdapat kekeliruan dalam penggunaan kata sambutan ulang tahun kelahiran dan sambutan hari jadi. Dalam konteks bahasa Melayu, penggunaan kata manakah lebih tepat dan menujurus kepada maksud mengadakan majlis sempena ulang tahun seseorang itu lahir. | Frasa ulang tahun kelahiran dan sambutan hari jadi hari boleh digunakan kerana kedua-dua frasa ini bermaksud memperingati lahirnya seseorang. | Istilah | 19.08.2009 |
Menurut kamus dewan, borak -balik bermaksud ulang-alik. Jadi, adakah kedua-dua ayat berikut betul? a) Dia terpaksa ulang-alik ke mahkamah kerana menjadi saksi dalam perbicaraan kes itu. b) Dia terpaksa bolak-balik ke mahkamah kerana menjadi saksi dalam perbicaraan kes itu. | Salam sejahtera, Kedua-dua ayat yang dikemukakan oleh saudara betul namun, penggunaan ulang-alik lebih gramatis jika digunakan dalam ayat yang tersebut. Penggunaan perkataan bolak-balik menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, ulang-alik, pergi balik: bas itu pergi ke Singapura ~; 2. tidak tetap atau berubah-ubah (percakapan atau perbuatan seseorang), berbalik-balik, berbelit-belit: cakapnya ~;berbolak-balik berbalik-balik, berulangulang: fikiran itu masih ~ dlm kepalanya; membolak-balikkan 1. membalik-balikkan, mengolak-alikkan: sudah kami bolak-balikkan, sudah kami tating-tating, dan sudah kami kaji buruk baiknya; 2. memutarbelitkan: dicubanya ~ perkara itu. | Tatabahasa | 13.10.2012 |
ulang-alik dan bolak-balik kedua-dua perkataan ini ada perbezaan ?Sila berikan maksud dan penggunaannya. Terima kasih. | Makna ulang-alik ialah kerap kali (berkali-kali) pergi dan balik, bolak-balik, mundar-mandir: empat kali Pak Pandir dgn Mak Andeh berangkut ~, baharulah habis semuanya. Olak-alik pula ialah berulang-ulang, bolak-balik, tidak tetap, (berubah-ubah pendirian, pegangan, percakapan, dll); | Makna | 21.10.2009 |
Bagaimanakah bentuk ulang bagi gelaran yang berikut: 1. Kebawah Duli Yang Maha Mulia 2. Duli Yang Maha Mulia 3. Duli Yang Teramat Mulia. Jawapan yang diperlukan segera. Sekian terima kasih. | Jawapan yang betul ialah Duli Yang Maha Mulia atau DYMM. | Lain-lain | 31.05.2010 |
Adakah ayat-ayat berikut betul? 1. Adam berlari ulang-alik sambil menyentuh skital. 2. Adam menyentuh skital sambil berlari ulang-alik. 3. Siti dan Mimi melambung dan menyambut bola sambil berlari. 4. Siti dan Mimi berlari sambil melambung dan menyambut bola. 5. Lukisan yang dipamerkan itu cantik-cantik belaka. terima kasih. | Ayat pertama hingga ayat keempat betul, manakala ayat kelima perlu diperbetulkan menjadi Lukisan yang dipamerkan itu cantik belaka. | Tatabahasa | 27.03.2012 |
saya ingin mengetahui maksud kata mendaur ulang yang ditemui dalam laman sesawang. Apakah kata dasar kata ini dan bagaimanakah cara penggunaannya yang tepat dalam ayat? | Mengikut sumber rujukan kami tiada perkataan mendaur ulang. Walau bagaimanapun, Kamus Dewan Edisi Keempat mentakrifkan kata daur ialah jangka masa tertentu; daur besar jangka masa 120 tahun; daur kecil jangka masa lapan tahun, windu. Mohon kerjasama tuan untuk memberikan alamat laman sesawang tersebut kepada pihak kami untuk tindakan pantau tegur bahasa. | Makna | 01.04.2009 |
(Sempena) dengan (ulang tahun) kelahiran ibu kami yang ke-50, (suatu) majlis kesyukuran akan diadakan pada malam ini. kesalahan bahasa adalah di dalam kurungan. saya berpendapat sempena adalah salah. sesuaikah diganti dengan perkataan (selaras)? | Bersempena dengan ulang tahun kelahiran ibu kami yang ke-50, suatu majlis kesyukuran akan diadakan pada malam ini. Kata sempena lebih tepat dibandingkan dengan penggunaan kata selaras. Bersempena bermaksud mengambil berkat daripada. | Tatabahasa | 01.08.2008 |
Bolehkah berikan contoh bagi perkataan "ulang-alik","simpang-siur","dolak-dalik"dan"bolak-balik"?Nak tahu cara penggunaannya. | Contoh penggunaan kata ganda tersebut boleh dilihat dalam laman web kami www.prpm.dbp.gov.my dan taip perkataan berkaitan. Contohnya ulang-alik Perahu besar di Kuala Terengganu itu bukan sahaja ulang-alik ke Pahang, tetapi juga ke Siam. | Tatabahasa | 29.02.2012 |
Tuan, perlu atau tidak soalan ini diulang-ulang perkataan (minum) seperti berikut: "Ita hendak (minum) susu atau (minum) Milo(?)" tanya ibu kepada adik. ATAU "Ita hendak (minum) susu atau Milo(?)" tanya ibu kepada adik. Sekian terima kasih | Tidak perlu ulang perkataan minum. | Tatabahasa | 25.07.2008 |