Salam, perkataan "raja ular Malaysia" | Ejaan yang tepat ialah Raja Ular Malaysia. | Tatabahasa | 10.04.2013 |
Salam sejahtera tuan. 1a. Ular itu telah menelan seekor anak ayam. 1b. Ular itu telah melulur seekor anak ayam. Adakah kedua-dua kata kerja menelan dan melulur sesuai dalam konteks ayat di atas? 2. Apakah perbezaan di antara Segala, Seluruh dan Semua? Bolehkah tuan berikan contoh yang bersesuaian dengan penjelasan tuan? Terima kasih. | 1 . Jawapan: 1. Kedua-dua ayat tersebut adalah betul. 2. 2. Segala, seluruh dan semua mempunyai maksud yang sama tetapi bergantung pada kesesuaian konteks penggunaannya dalam ayat. Maksud segala, seluruh dan semua ialah 1. tidak ada yang dikecualikan; sekalian; segala: 2. semuanya, kesemuanya sekaliannya sekali: 3. seluruhnya; segala-galanya. Contoh: 1. Semua kambing dan lembunya telah dijual. 2. Seluruh badannya berlumuran darah. 3. Segala persiapan telah dibuat untuk majlis itu. | Tatabahasa | 23.08.2021 |
salam, adakah perkataan "raja ular Malaysia" perlu dieja dengan huruf besar? | Ejaan yang tepat ialah Raja Ular Malaysia. | Tatabahasa | 10.04.2013 |
Saya mahu bertanya berkenaan selepas tanda seru, huruf pertama perlu besar atau kecil? Contoh: 1) Lari! Lari! Ular hitam! Ada ular hitam! 2) Hai kawan-kawanku semua! kita binatang yang gagah dan cerdik. (Perkataan 'kita' perlu huruf besar atau huruf kecil?) | 1. Selepas tanda seru perlu huruf besar. 2. Jika perkataan "Kita" terletak pada awal ayat, ia perlu ditulis dengan huruf besar. Jika ia terletak pada tengah ayat, ia perlu huruf kecil. | Lain-lain | 11.06.2021 |
saya ingin mengetahui penerangan tentang peribahasa seperti "ular didlam semak" | Setakat penyemakan saya tidak ada peribahasa Melayu 'ular di dalam semak". Terima kasih. | Lain-lain | 12.12.2006 |
Assalamualaikum, Ada sebuah hadis sahih yang menganjurkan agar manusia membunuh dua jenis ular yang berbisa iaitu: 1. Atractaspididae (yang lebih dikenali dengan nama mole vipers/ stiletto snakes/ burrowing asps) 2. Cerastes (yang lebih dikenali dengan nama horned vipers/ North African desert vipers/ cerastes vipers) Persoalannya, apakah terjemahan rasmi bagi kedua jenis ular ini di dalam bahasa Melayu? Saya menghadapi masalah dalam menterjemah hadis ini ke dalam bahasa melayu dek tidak tahu nama bagi kedua-dua ular ini. Terima kasih. | Padanan bahasa Melayu bagi istilah viper secara umumnya ialah ular kapak. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 29.03.2023 |
1.ayam mematuk atau memagut 2.ular mematuk atau memagut 3.mengubahsuai dewan atau menaik taraf dewan | Mengikut makna yang diberikan dalam Kamus Dewan, (1) ayam mematuk; (2) ular boleh mematuk dan memagut; (3) mengubah suai dan menaik taraf kedua-duanya boleh digunakan untuk dewan. | Makna | 23.08.2014 |
Ular tedung itu________di bawah akar pokok yang besar di belakang rumah Pak Abu. A membelit B menyusur C melingkari D melalui Munsyi, apakah jawaban yang lebih tepat digunakan? TK | Jawapan yang betul ialah B. menyusur (Ular tedung itu menyusur di bawah akar pokok yang besar di belakang rumah Pak Abu.) | Tatabahasa | 05.04.2012 |
Salam sejahtera. Kemusykilan (ayat pasif) - Ayat yang manakah betul? 1a) Ikan itu dimakan olehnya. b) Ikan itu dimakannya. 2a) Ayam itu dilulur ular. b) Ayam itu dilulur oleh ular. Terima kasih. | Kesemua ayat pasif tersebut adalah betul. Untuk ayat pasif yang menggunakan kata kerja pasif di-, kata sendi nama oleh dalam ayat tersebut yang letaknya selepas kata kerja boleh digugurkan tanpa menjejaskan makna atau struktur ayat. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 490. | Tatabahasa | 25.08.2011 |
1." Saya ternampak seekor ular sedang (melingkar/membelit/menyusur) di bawah pokok itu." Yang mana satu pilihan adalah paling sesuai dalam ayat ini? 2. " Banyak pengunjung sedang ( berlambak-lambak/ berdedai-dedai) ke pesta sukan air tersebut." Yang mana satu pilihan adalah paling sesuai dalam ayat ini? 3. "Jabatan ini menghubungkan Kampung A (dan/dengan) Kampung B" Apakah jawapannya? Saya akan menanti jawapan anda..Terima kasih atas bantuan anda. | 1. Saya ternampak seekor ular sedang melingkar di bawah pokok itu. 2. Banyak pengunjung sedang berdedai-dedai ke pesta sukan air tersebut. 3. Jambatan ini menghubungkan Kampung A dan Kampung B. | Tatabahasa | 10.07.2009 |