Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ; juru~ orang yg menghuraikan (mengupas) sesuatu, jurutafsir; mengulas memberi tafsiran (penerangan lanjut, pendapat, dll) tentang sesuatu, mengupas, mentafsir: majalah itu telah ~ filem ‘Penarik Beca’ sbg filem yg terbaik dlm tahun 1955; ulasan huraian tentang sesuatu, kupasan, tafsiran; ~ buku kupasan isi sesebuah buku (oleh pengkritik buku); ~ selari huraian yg dibuat ketika sesuatu kejadian (upacara, pertanding-an, dll) sedang berlangsung; pengulasan perbuatan mengulas: ~ dan penjelasan tentang karya sastera; pengulas orang yg mengulas, juruulas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; mengulas memberi keterangan atau tafsiran ttg sesuatu; mengupas; mentafsirkan: Pensyarah itu sedang ~ isi novel tsb. ulasan huraian atau tafsiran ttg sesuatu: ~ buku huraian isi sesebuah buku; ~ selari huraian yg dibuat ketika sesuatu peristiwa atau kejadian sedang berlangsung. pengulas orang yg mengulas; juruulas; pentafsir. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ulas (kata nama)
Bersinonim dengan sarung bantal, sarung tilam, sampul bantal, sampul tilam;,
Kata Terbitan : berulas, mengulas, ulas2, seulas, berulas, ulas3, mengulas, ulasan, pengulasan, pengulas,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin memastikan penggunaan koma bertitik secara betul. Bersama ini saya sertakan sebahagian dokumen contoh untuk di ulas oleh pihak tuan/puan. Diharap contoh ulasan tuan/puan akan membantu saya sebagai asas rujukan untuk penulisan seterusnya. sekian terima kasih.

Tanda koma bertitik (;) digunakan apabila:

i.  Memisahkan dua atau beberapa klausa utama yang biasanya disambung dengan kata hubung dan, tetapi, atau, namun dan lalu. Contohnya: Malam makin larut; kerja masih banyak.

ii. Memisahkan klausa yang dimulai dengan kata hubung juga, walau bagaimanpun, malah, di samping itu, oleh itu, oleh yang demekian dan sebagainya. Contohnya: Harga barang di pasaran tidak turun; malah bertambah naik

iii. Memisahkan klausa-klausa yang terdapat dalam sesuatu ayat. Contohnya: Karya ini menggunakan berbagai-bagai pendekatan; ada yang menghasilkan kembali analisis Za'ba dan disesuaikan ke dalam bentuk buku teks; ada yang menerapkan teori baharu...

iv. Memisahkan klausa yang bersiri, yang berlainan kategori, teruta ma jika bahagian keterangannya dipisahkan oleh koma.

Ejaan15.09.2015

Kembali ke atas