Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj kuih yg dibuat drpd beras pulut; beruli (sudah) diramas-ramas dan ditekan-tekan (adunan roti, kuih, dll) dgn tangan utk menyebatikannya: dia menarik mangkuk tepung yg sudah ~ ke hadapannya; menguli meramas-ramas dan menekan-nekan (adunan roti, kuih, dsb) dgn tangan utk menyebatikannya: tepung itu dicampur dgn air dan diuli sehingga lembut; ulian sesuatu yg diuli; pengulian perbuatan (proses atau kerja) menguli: dgn adanya mesin baru, kini ~ tepung dapat dibuat dgn cepat, banyak dan bersih; penguli 1. orang yg (kerjanya) menguli: dua ~ roti, Mahmud dan Muhamad; 2. alat utk menguli: pengeluaran roti dan kek syarikat-nya telah meningkat dgn penggunaan mesin ~ tepung yg baru dan canggih. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
uli
Kata Terbitan : menguli, ulian, penguli,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat sejahtera. Adakah ayat-ayat di bawah ini betul? 1. Bapa tertarik pada kereta yang canggih itu. 2. Kehidupannya sangat tertib. 3. Adunan ini saya uli untuk membuat piza. 4. Beliau memperoleh undi majoriti. 5. Warga syarikat itu tekun-tekun belaka. 6. Kami sempat ziarah ke Wat Angkor semasa melancong di Kemboja. 7. Negara kita terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat. 8. Dia minum air dengan banyak kerana kehausan. Terima kasih.Ayat contoh yang diberikan betul, kecuali:
5. Warga syarikat itu tekun-tekun belaka.
6. Kami sempat ziarah ke Wat Angkor semasa melancong di Kemboja.
Ayat yang gramatis ialah Warga syarikat itu tekun belaka dan Kami sempat melawat ke Wat Angkor semasa melancong di Kemboja
 
Tatabahasa01.10.2012

Kembali ke atas