Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ul.tra.so.no.gra.fi] | اولتراسونوݢرافي

Definisi : (Ubat) penggambaran struktur dalaman tubuh dgn menggunakan pantulan gelombang ultrabunyi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ultrasonografi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam Saya sedang menterjemahkan suatu dokumen perubatan. Saya melihat dalam Kamus Inggeris Melayu Dewan (2002), perkataan "ultrasound" telah diterjemahkan sebagai "ultrabunyi" tetapi dalam Istilah Perubatan (2003), perkataan itu telah diterjemahkan sebagai "ultrasound". Saya melihat dalam Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), perkataan "ultrasound" tidak disenaraikan. Yang ada ialah "ultrabunyi" dan "ultrasonografi". Memandangkan Istilah Perubatan ialah buku Istilah khusus, bolehkah saya gunakan perkataan "ultrasound" walaupun perkataan itu tidak terdapat dalam Kamus Dewan Edisi Keempat (2005). Adakah Kamus Dewan mengatasi mana-mana buku Istilah lain?Dalam bidang perubatan istilah ultrasound diterjemahkan sebagai ultrasound dan ultrabunyi, saudara boleh menggunakan kedua-dua istilah tersebut. Manakala sebagai kata umum (seperti dalam Kamus Dewan) atau bidang lain seperti fizik istilah ultrasound diterjemhkan sebagai ultrabunyi.Istilah05.08.2009

Kembali ke atas