Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ® rumbai I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata umbai I


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, saya nak bertanya tentang penggunaan kata nama khas. Jika perkataan pekan Umbai dalam ayat, adakah penulisannya Pekan Umbai atau pekan Umbai? Perkataan pekan tu perlu huruf besar atau kecil? Begitu juga dengan kampung umbai, daerah Segamat, adakah kampung dan daerah itu perlu huruf besar atau kecil? Soalan kedua, perkataan utara, selatan, pantai timur, yang merujuk kepada kawasan di Malaysia, adakah perlu huruf besar? Adakah ia kata nama khas?

JAWAPAN: SOALAN 1

Kata nama khas merujuk khusus kepada nama orang, haiwan, benda, perbadanan (institusi), undang-undang, bahasa, pangkat dan lain-lain. Dalam penulisan, huruf pertama kata nama khas ditulis menggunakan huruf besar.

Kata nama khas boleh dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu kata nama khas hidup dan kata nama khas tak hidup. Kata nama khas hidup pula boleh dibahagikan lagi kepada kata nama khas hidup manusia dan kata nama khas hidup bukan manusia.

Contohnya:

Manusia: Hang Tuah, Fatimah, Profesor Ahmad

Bukan Manusia: Jibrail, Tompok, Kancil

Berdasarkan huraian kata nama khas ditulis meggunakan huruf besar, maka yang betul ialah Pekan Umbai, Kampung Umbai dan Daerah Segamat.

Rujukan: Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman: 96-97.


JAWAPAN: SOALAN 2

Kata nama khas tak hidup pula merujuk benda-benda yang khusus tetapi bukan hidup, misalnya nama-nama benda, institusi, negara, tempat, bangsa, bahasa, pangkat dan undang-undang.

Contohnya:

Menara KL, Jalur Gemilang, Proton Saga, Kota Bharu, Malaysia, Bintulu

Perkataan yang merujuk kawasan, wilayah atau geografi di Malaysia juga perlu ditulis menggunakan huruf besar dan merupakan kumpulan kata nama khas tak hidup. Oleh itu, penulisan yang betul ialah Utara, Selatan, Pantai Timur.

Rujukan: Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman: 97-98.

Tatabahasa17.04.2026

Kembali ke atas