Tuan, Saya keliru dengan penggunaan Pada dan Di. Petikan contoh-contoh dari akhbar yang mencatatkan frasa berikut: 1. Pada majlis tersebut, 2. Kira-kira 3,000 orang hadir pada majlis itu. 3. Pada peringkat akar umbi. Bolehkah gunakan Di dalam kesemua contoh di atas. | kata sendi di boleh digunakan dalam kesemua contoh ayat yang diberikan. Walau bagaimanapun masyarakat cenderung menggunakan kata pada dalam ayat-ayat tersebut yang dianggap lebih sesuai kerana kata sendi di pada kebiasaannya digunakan untuk menunjukkan tempat. | Tatabahasa | 21.10.2007 |
Soalan pertama: Apakah definisi Institusi? Soalan Kedua: Apakah yang dimaksudkan dengan "Institusi" yang bertanda bintang (*) pada borang pendaftaran pelanggan/pengguna baru Khidmat Nasihat Bahasa (KNB) DBP, dan apakah yang patut ditulis pada ruangan tersebut? Agak membingungkan bagi pendaftar baru di kalangan orang awam. Terima Kasih. | Institusi bermaksud: 1. Badan atau organisasi yang ditubuhkan untuk sesuatu tujuan tertentu. Contohnya, institusi kewangan bank, institusi pengajian tinggi universiti atau maktab dan sebagainya. 2. Sesuatu seperti agama, ciri-ciri budaya dan lain-lain yang sudah berakar umbi atau menjadi kukuh dalam masyarakat. Contohnya, institusi pawang, bomoh atau dukun yang sudah ada dalam budaya Melayu sejak berabad-abad lamanya. Institusi yang bertanda (*) pada borang pendaftaran pelanggan/pengguna baru Khidmat Nasihat Bahasa (KNB) DBP bermaksud seseorang pelanggan/pengguna itu daripada badan atau organisasi mana. Contohnya, institusi kewangan, institusi pengajian tinggi, maktab, pelajar sekolah, pekerja swasta dan sebagainya. | Lain-lain | 12.02.2021 |