Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[um.pa.ma] | اومڤام

Definisi : 1. (sesuatu yg dijadikan) perban-dingan, ibarat, misal: yg disebutnya tadi hanya sbg ~ sahaja; 2. = ~nya sesuatu yg dijadikan contoh, misalnya: banyak kehasilan negeri Lampung, ~, terutama lada kecil atau merica dan karet; 3. = spt ~ = seumpama sama halnya dgn, tidak ubahnya spt, misalnya, sebagai: budak-budak ~ rebung, boleh di-lentur dan dibentuk; 4. sesuatu yg hanya dijadikan misalan sahaja (bukan sungguh-sungguh), andai: itu hanya ~, bukan sungguh-sungguh; 5. = ~ kata = ~nya = seumpama, umpamakan jika sekiranya, katakanlah kalau, seandainya, andai kata: ~ engkau banyak wang, apa yg hendak kaubuat?; seumpama hari hujan, ke mana kita hendak lari?; umpamakan engkau pergi merantau, bagaimana engkau menyesuaikan diri dgn masyarakat asing?; bukan (tidak) ~ lagi berlaku tidak sopan, tidak hormat lagi kpd; seumpama 1. sama seperti (sesuatu yg telah dinyatakan), serupa dgn: kehidupannya ber-gantung pd susu ibu ataupun cecair yg ~nya; 2. umpama; berumpama menggunakan umpama (ibarat, misal), bercakap dgn umpama; mengumpama sl menaruh hormat (kpd), menghormati: jangan diperbuat segala pekerjaan yg tidak berbahasa dan tiada ~ kpd segala indera dan dewa; mengumpamai 1. sl sama dgn, menyamai, menyerupai; 2. = mengumpamakan memberi hormat kpd, menghargai, menghormati; mengumpamakan 1. menganggap sama dgn, menjadikan contoh (kiasan, ibarat), meng-ibaratkan, membandingkan (dgn): mata manu-sia bolehlah diumpamakan sbg sebuah kamera; 2. melakukan atau mengatakan sesuatu sbg contoh (sbg ulangan drpd yg telah dilakukan), memberitahu bagaimana (dgn gaya dll): beliau telah ~ bagaimana beliau dapat mengelakkan diri drpd tikaman pen-curi itu; 3. menganggap sbg misalan (bukan sungguh-sungguh), memisalkan, menyifat-kan: aku umpamakan kau dikahwinkan dgn seorang pemuda dr bangsamu sendiri; 4. menunjukkan hormat (menghargai) spt yg selayaknya, menghormati (sebagaimana mesti-nya): segeralah ia tangkap, jika ia melawan, bunuh olehmu, kerana ia tidak ~ daku; terumpamakan dapat disamakan atau diban-dingkan dgn yg lain yg sepertinya: pantai putih bersih tak ~; perumpamaan 1. = umpamaan sesuatu yg dianggap sama dgn, ibarat, misal: dgn menggunakan ~ dan lambang, penyajak dapat memberi makna yg banyak dan ber­lapis-lapis pd ungkapan-ungkapan kata­­nya; 2. sj peribahasa yg berupa perbanding­an dgn sesuatu yg lain (umumnya me­ngandungi ajaran); 3. sesuatu yg dijadikan contoh (mis hal-hal yg telah berlaku dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[um.pa.ma] | اومڤام

Definisi : 1 sesuatu yg dijadikan perbandingan; ibarat. 2 = seumpama sama halnya dgn; tak ada bezanya dgn: Hidupnya ~ burung dlm sangkar. umpamanya, umpamakan jika sekiranya; andai kata: ~ dia marah, bagaimana? mengumpamakan 1 menganggap sama dgn; menjadikan sbg ibarat; mengibaratkan: Ia ~ pengkhianat itu sbg sampah masyarakat. 2 memberi hormat spt yg sepatutnya: Jika kita tidak ~ orang, orang juga tidak akan ~ kita. perumpamaan 1 sesuatu yg dianggap sama dgn; ibarat. 2 peribahasa yg berupa perbandingan dgn sesuatu yg lain dan umumnya berisi pengajaran. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
umpama (kata tugas)
Bersinonim dengan ibarat, misal, laksana, seperti, macam, amsal, sebagai, bak;,
Kata Terbitan : seumpama, mengumpamakan, perumpamaan,

Puisi
 

Nanas paun tidak berduri,
     Manisnya mari umpama gula;
Panas setahun hujan sehari,
     Perigi kering dalam semula.


Lihat selanjutnya...(32)
Peribahasa

Umpama semut mempersembahkan paha belalang kepada raja.

Bermaksud :

Pemberian yang tidak ada ertinya. (Bandingkan dengan: Memberi garam kepada laut).

 

Lihat selanjutnya...(26)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apa makna umpama kendi dengan kurek? yang mana kendi,yang mana kurek?

Saudara,

Untuk makluman, tiada ungkapan ini di dalam rekod kami. Walau bagaimanapun makna kendi ialah   sj bekas air yg bermuncung (bercerat) dan bertangkai (dibuat drpd tembikar atau tin), manakala makna kurik(bukan kurek) ialah bintik-bintik, rintik-rintik. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.

 

Makna27.12.2009
apakah maksud umpama ulat dalam batu?Peribahasa yang betul ialah Ulat dalam batu pun Hidup Juga, bermaksud orang yang rajin berusaha tidakakan mati kelaparan.Makna23.06.2008
apakah yang dimaksudkan dengan umpama orang mengantuk disorongkan bantal?Menurut Kamus Istimewa Peribahasa Melayu, peribahasa umpama orang mengantuk disorongkan bantal bermaksud memperoleh apa yang diingininya. Peribahasa lain yang sama makna: a. Orang haus diberi air, b. Orang lapar diberi nasi.Lain-lain13.03.2007
Salam, Saya ingin bertanya 1) apakah perbezaan di antara khidmat dan perkhidmatan? 2)apakah perbezaan umpama dan seumpama? 3) adakah "angpau terbesar" dan "angpau terbanyak" mempunyai makna yang berbeza? Jika ya, apakah perbezaan tersebut? Terima kasih1)Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua maksud khdimat ialah kebaikan yg dilakukan untuk menunjukkan kesetiaan kepada bangsa, negara dan lain-lain. manakala maksud perkhidmatan pula ialah perihal berkhidmat (ber­tugas).

2) Maksud umpama  menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua ialah sesuatu yg dijadikan perbandingan atau ibarat. Manakala seumpama pula bermaksud sama halnya dengan atau tak ada bezanya dengan.

3) Perbezaan angpau besar atau banyak pula ialah maksud angpau ialah wang dalam sampul kecil yang diberikan sebagai hadiah, sumbangan, pemberian dan sebagainya pada hari atau pada majlis tertentu, terutamanya pada hari Tahun Baru Cina. Maka penggunaan ayat yang betul bagi angpau ialah angpau terbanyak.
Makna21.12.2016
Salam sejahtera, adakah 'cendawan tumbuh selepas hujan' peribahasa? Pada pengamatan saya, ungkapan ini membawa makna 'muncul dengan banyaknya pada sesuatu ketika'. Maka, saya merasakan bahawa penggunaannya dalam ayat 'Masalah sosial umpama cendawan tumbuh selepas hujan dewasa ini' salah. Pada saya, penggunaannya yang betul ialah 'Pada era teknologi maklumat dan komunikasi ini, kafe siber muncul umpama cendawan tumbuh selepas hujan. Balasan dan penjelasan tuan/puan amat saya hargai. Sekian. Kay Seven Bukir Mertajam, Pulau Pinang.Kami bersetuju dengan pandangan tuan. Terima kasih.Lain-lain20.12.2016
Bolehkah penggunaan 'oleh' ditulis begini: Indahnya Dunia (umpama tajuk lukisan) Oleh xyz (pelukisnya). Perhatikan 'oleh' ditulis di awal ayat.Dalam bentuk lisan memang sering kita menyebut seperti "Indahnya Dunia. Oleh xyz". Namun penggunaan yang tepat ialah "karya", seperti: Indahnya Dunia. Karya xyz.Tatabahasa14.06.2011
Adakah "sebagai contoh" boleh digantikan dengan "sebagai amsal"?Tidak boleh. Amsal perkataan daripada Arab yang membawa maksud seperti, umpama.Lain-lain06.08.2014
Apakah maksud "laksana" dalam situasi ini: Generasi sekarang bijak laksana Terima kasih.Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua maksud laksana ialah sebagai, umpama, atau seperti. Contoh ayat yang betul ialah Pasangan pengantin itu laksana cincin dgn permata. Laksana juga memberikan maksud yang lain, iaitu pelaksana orang, badan dan sebagainya yang melaksanakan sesuatu (tugas, rancangan dan lain-lain).Makna01.06.2017
bolehkah kita menggunakan perkataan contohnya diawal ayat untuk menyambung ayat sebelum ini atau contohnya itu perlu disambung. terima kasihContoh bermaksud model, manakala umpama bermaksud perbandingan atau ibarat. Perkataan contohnya merujuk model sesuatu benda (nya) yang telah dinyatakan sebelum ini dan perkataan ini boleh digunakan pada pangkal ayat dengan syarat mempunyai kesinambungan dengan ayat yang dinyatakan sebelum ini.Tatabahasa19.07.2013
Salam. Saya ingin tahu tentang penggunaan perkataan CONTOHNYA. Bolehkah CONTOHNYA digunakan di hadapan ayat? Terangkan cara penggunaan CONTOHNYA dalam ayat. Apakah perbezaan CONTOHNYA dengan UMPAMANYA? Terima kasih.Contoh bermaksud model, manakala umpama bermaksud perbandingan atau ibarat. Perkataan contohnya merujuk model sesuatu benda (nya) yang telah dinyatakan sebelum ini dan perkataan ini boleh digunakan pada pangkal ayat dengan syarat mempunyai kesinambungan dengan ayat yang dinyatakan sebelum ini. Untuk melihat contoh penggunaan perkataan tersebut lihat di http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=contoh&d=1.
Tatabahasa13.07.2012
123

Kembali ke atas