Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
umpama (kata tugas)
Bersinonim dengan ibarat, misal, laksana, seperti, macam, amsal, sebagai, bak;,
Kata Terbitan : seumpama, mengumpamakan, perumpamaan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, Saya ingin bertanya 1) apakah perbezaan di antara khidmat dan perkhidmatan? 2)apakah perbezaan umpama dan seumpama? 3) adakah "angpau terbesar" dan "angpau terbanyak" mempunyai makna yang berbeza? Jika ya, apakah perbezaan tersebut? Terima kasih1)Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua maksud khdimat ialah kebaikan yg dilakukan untuk menunjukkan kesetiaan kepada bangsa, negara dan lain-lain. manakala maksud perkhidmatan pula ialah perihal berkhidmat (ber­tugas).

2) Maksud umpama  menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua ialah sesuatu yg dijadikan perbandingan atau ibarat. Manakala seumpama pula bermaksud sama halnya dengan atau tak ada bezanya dengan.

3) Perbezaan angpau besar atau banyak pula ialah maksud angpau ialah wang dalam sampul kecil yang diberikan sebagai hadiah, sumbangan, pemberian dan sebagainya pada hari atau pada majlis tertentu, terutamanya pada hari Tahun Baru Cina. Maka penggunaan ayat yang betul bagi angpau ialah angpau terbanyak.
Makna21.12.2016
Salam 1 Malaysia, Adakah perkataan amsal sama maksud dengan contoh?? boleh jelaskan dengan lebih lanjut tentang penggunaan perkataan tersebut? terma kasihKata amsal ialah kata Arab yang merupakan bentuk jamak membawa maksud seperti, umpama.Makna09.08.2017
apakah peribahasa yang sama erti dengan 1. hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih? 2.mencurah garam ke laut?Dalam buku Kamus Istimewa Peribahasa Melayu, peribahasa yang betul ialah "Hendak seribu daya, tak hendak seribu upaya", walau bagaimanapun tidak dinyatakan peribahasa yang sama makna dengannya. Peribahasa yang kedua ialah "Memberi garam kepada laut" dan peribahasa yang sama makna ialah "Umpama semut mempersembahkan paha belalang kepada raja".Lain-lain08.09.2011
1. Kini telefon bimbit berkamera mula mendapat perhatian pengguna. 2. Telefon bimbit berkamera berupaya mengambil gambar secara pegun atau visual. 3. Perkembangan telekomunikasi tanpa wayar bergerak sangat pantas. 4. Perkembangan telekomunikasi tanpa wayar tidak terkejar oleh pengguna. 5. Telefon bimbit dilengkapi dengan fungsi capaian internet, berkamera dan memuat turun muzik. 6. Telefon bimbit moden turut bertindak sebagai PDA iaitu umpama diari digital bergerak yang menjaga rutin anda setiap hari. Tuan, apakah kata hubung yang sesuai digunakan untuk menggabungkan ayat-ayat di atas supaya menjadi 3 ayat saja?1. Kini telefon bimbit berkamera yang berupaya mengambil gambar secara pegun atau visual mula mendapat perhatian pengguna. 
2. Perkembangan telekomunikasi tanpa wayar bergerak sangat pantas sehinggakan tidak terkejar oleh pengguna. 
3. Telefon bimbit dilengkapi dengan fungsi capaian internet, berkamera dan memuat turun muzik turut bertindak sebagai PDA, iaitu  diari digital bergerak yang menjaga rutin hidup anda setiap hari.
Tatabahasa14.05.2020
saya ingin meminta tolong dr pihak tuan,utk memberi maksud ttg ayat dibwh,sya berharap sgt pihak tuan dpt membantu sya dlm mnyiapkan tesis saya... 1.tubuh langsir batang menjelai. 2.jari halus tombak serai. 3.tumit seperti telur burung. 4.besarnya bagai telur itik. 5.muka bujur daun sirih 6.dahi sehari bulan 7.hidung kuntum seroja 8.telinga telepuk layu 9.pipi pauh dilayang 10.bibir pati 11.gigi delima merkah 12.dada bidang awak 13.lengan baur panah 14.paha seperti paha belalang 15.betis bunting padi 16.Selama enggan mengeram 17.Selangkas betik berbuah 18.bagai pucuk dilancarkan 19.bagai kumbang putus tali 20.umpama belut diketil ekor 21.Selenjang kuda berlariUntuk makluman, soalan saudara adalah di luar skop Khidmat Nasihat Bahasa. Khidmat Nasihat Bahasa membantu pelanggan menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan ejaan Rumi dan Jawi, semakan penggunaan perkataan dan istilah, semakan bahasa/tatabahasa dan sebagainya. Soalan saudara memerlukan pembacaan yang banyak dan kajian mendalam. Bagi membantu saudara  menyelesaikan tugasan ini, saudara boleh datang ke Pusat Dokumentasi Melayu, DBP atau perpustakaan yang lain untuk membuat rujukan. Saudara juga boleg menggunakan prpm.dbp.gov.my untuk rujukan kesesuaian penggunaan bahasa dalam tugasan/tesis tuan.Tatabahasa25.02.2013
Salam. Saya ingin tahu tentang penggunaan perkataan CONTOHNYA. Bolehkah CONTOHNYA digunakan di hadapan ayat? Terangkan cara penggunaan CONTOHNYA dalam ayat. Apakah perbezaan CONTOHNYA dengan UMPAMANYA? Terima kasih.Contoh bermaksud model, manakala umpama bermaksud perbandingan atau ibarat. Perkataan contohnya merujuk model sesuatu benda (nya) yang telah dinyatakan sebelum ini dan perkataan ini boleh digunakan pada pangkal ayat dengan syarat mempunyai kesinambungan dengan ayat yang dinyatakan sebelum ini. Untuk melihat contoh penggunaan perkataan tersebut lihat di 1">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=contoh&d=1.
Tatabahasa13.07.2012
A. Apakah kesalahan yang terdapat dalam ayat-ayat berikut, tolong perbetulkan dan jelaskan mengapa ? 1. Zarina berasa kecewa kerana terpaksa memecahkan harapan keluarganya yang ingin melihatnya melanjutkan pelajaran di universiti. 2. 'Malaysia, di sini lahirnya sekeping cinta ' merupakan slogan Hari Kemerdekaan yang ke-57. 3. Lampin pakai campak keluaran syarikat Huggies menawarkan potongan harga yang menarik untuk setiap pembelian RM60.00 dan ke atas. 4. Encik Ali mengajar Geografi kepada murid-murid menengah atas. 5. Landasan konkrit projek Mass Rapid Transit yang sedang dalam proses pembinaan di Kilometer 10, Jalan Mewah menimbulkan kebimbangan pengguna jalan raya berikutan taraf keselamatannya yang kurang memuaskan. 6. Sempena jualan penghabisan stok di pasar raya itu, pemiliknya telah mengedarkan katalog baru kepada pembeli. 7. Hadiah kemenangan saya telah bertambah sebab saya memilih untuk menggunakan pembelian secara pukal. B. Bagaimana hendak tukarkan ayat tanya songsang kepada ayat tanya biasa bagi ayat berikut : 1. Bagaimanakah awak masuk ke rumah sedangkan awak lupa untuk membawa kunci ? C. Apakah peribahasa yang sesuai bagi kedua-dua ayat berikut ? 1. Pengadil bola keranjang itu dicemuh oleh penonton kerana bersikap _____________ ketika mengadili perlawanan. 2. Kehidupan keempat-empat anak yatim piatu di hujung kampung itu sungguh daif dan melarat umpama ________ . Terima kasih.1. Zarina merasa kecewa kerana menghampakan harapan keluarganya yang ingin melihatnya melanjutkan pelajaran di universiti. Ayat ini kurang tepat kerana penggunaan kata yang tidak tepat dalam konteks ayat tersebut. Untuk melihat penggunaan kata yang tepat, sila rujuk kamus atau layari laman web kami di www.prpm.dbp.gov.my. Ruang yang terhad ini tidak dapat menghuraikan satu demi satu kesalahan dan ayat selepas ini telah diperbaiki.
2. "Malaysia, di sini lahirnya sebuah cinta", merupakan slogan Hari Kemerdekaan yang ke-57.
3. Lampin pakai buang keluaran syarikat Huggies menawarkan potongan harga yang menarik untuk setiap pembelian RM60.00 dan ke atas.
4. Encik Ali mengajarkan Geografi kepada murid-murid menengah atas.
5. Landasan konkrit projek Mass Rapid Transit yang sedang dalam proses pembinaan di Kilometer 10, Jalan Mewah menimbulkan kebimbangan pengguna jalan raya berikutan tahap keselamatannya yang kurang memuaskan.
6. Bersempena dengan jualan penghabisan stok di pasar raya itu, pemiliknya telah mengedarkan katalog baru kepada pembeli.
7. Hadiah kemenangan saya telah bertambah kerana saya memilih untuk menggunakan pembelian secara pukal.

B. Bagaimanakah awak masuk ke rumah sedangkan awak lupa membawa kunci 

C. Sila rujuk penggunaan peribahasa yang sesuai dengan konteks ayat melalui laman web kami.
Tatabahasa23.09.2015

Kembali ke atas