Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
umpan (kata nama)
1. Bersinonim dengan pemikat: denak, makanan penawan,

2. Bersinonim dengan mangsa: habuan, sasaran, korban,

Kata Terbitan : mengumpan, mengumpankan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1 Apakah maksud peribahasa 'pancing dimakan umpan'? 2 Adakah ejaan 'menanda tangani' betul atau 'menandatangni' betul?

1. Pancing makan umpan.

Orang yang kita percayai berkhianat kepada kita. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Pagar makan padi [= tanaman], b. Sokong membawa rebah, c. Telunjuk mencocok [= merosok, menikam] mata, d. Tongkat membawa rebah).

2. tandatangan = menandatangani

Lain-lain02.02.2009
Adakah umpan tiruan dikenali sebagai gewang dalam bahasa Melayu? Saya melihat istilah ini kerap digunakan untuk merujuk umpan pancing tiruan.Merujuk kepada Kamus Dewan "Gewang" mempunyai  dua makna iaitu pertama tergewang-gewang tergoyang-goyang dan yang kedua ialah 1. siput mutiara (digunakan utk perhiasan peti, butang, dll): giginya bersih laksana ~; 2. subang kecil. Lain-lain14.09.2019
1. Mereka _______ umpan pada mata kail untuk memancing ikan di kolam itu. A.menyangkutkan B. memasangkan C. menyimpan D. memasang 2. Nenek sedang menyusun pinggan di atas _______ yang telah dibina oleh datuk di bahagian dapur rumah. A. kekuda B. pepara C. para-para D. tupai-tupaiJawapan soalan 1 ialah A.menyangkutkan, jawapan soalan 2 ialah C.para-para.Tatabahasa03.11.2014
Salam sejahtera, Saya ingin meminta terjemahan bagi Bahasa Inggeris berikut: 1- clickbait 2- stand-up comedy Terima kasih. NH AzizanIstilah tersebut masih belum terdapat dalam bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, kami mencadangkan menggunakan istilah komedi berdiri dan umpan klik untuk merujuk kedua-dua istilah sumber tersebut.Penyemakan dan penterjemahan12.10.2018
Pemancing itu .........(menyentak/menarik/merentap/merenggut) kailnya apabila umpan kailnya diragut ikan. Pilihan jawapan yang mana satu yang paling tepat kerana apabila saya merujuk kamus maksud kesemua perkataan berkenaan hampir sama terutama menyentak/ merentap dan merenggut. Terima kasih.

Saudara,

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat:

Menyentak bermaksud menarik kuat-kuat, merengkuh, merenggut: di­sentak-nya nyiur gading dr mulut ular itu dgn tangan kiri; 2. menarik dgn pantas (keris, pedang, dll), mencabut, menyendal: maka Terung Pipit disentaknyalah keris panjang, dilambungnya naik ke perahu; 3. menarik (mengecut, mengendur) dgn tiba-tiba: mesti-lah ada sebab otot itu ~ semasa tersentuh pd tembaga atau besi

Menarik pula membawa maksud 1. menghela supaya bergerak ke arah diri sendiri (maju ke hadapan, keluar, tercabut, dll), menyentak, menyeret: ~ perahu ke darat;

Merentap bermaksud menarik dgn paksa atau ke­kerasan, menyentak, merenggut: dgn marah, ia ~ tangan gadis itu;

Manakala, merenggut didefinasikan sebagai 1. menarik (mengambil, mencabut, menyentak, merebut) dgn ke­kerasan, merampas: perompak itu ~ beg dr tangannya; Ratna dgn tiba-tiba ~ surat khabar yg sedang dibaca Mansor; 2. meraih, merengkuh: ~ dayung; ~ kaki menarik-narik kaki, hampir mati.

Seperti yang diterangkan oleh saudara, ketiga-tiga perkataan iaitu menyentak, merentap dan merenggut  memiliki maksud yang hampir sama, jadi ketiga-tiga perkataan tersebut boleh digunakan dalam konteks ayat tersebut.

Tatabahasa05.08.2012

Kembali ke atas