Umu Aimi Mar 3rd, 12:16pm assalamualaikum.. nama saya Aimi. maaf kalau saya mengganggu masa Tuan. Baru-baru ni saya hadir program majlis wacana ilmu di smk seremban jaya . saya tertarik dengan ucapan dari Datuk Dr haji Awang sendiri, mengenai keadaan bahasa kita sekarang . jadi saya berminat untuk mengetahui lebih lanjut mngenai program DBP dan kalau berkesempatan saya teringin juga nak menyumbang sedikit tenaga untuk menggerakkan bahasa melayu . saya harap DBP sudi menerima dan mengajar saya yang tak seberapa ni. sekarang ni saya tengah rancang dengan kawan-kawan alumnai sekolah saya untuk buat satu program pemantapan bahasa melayu. kalau Tuan ada masa yang lapang saya harap pihak Tuan dapat kongsi sedikit tips atau apa-apa cadangan supaya program yang kami nak jalankan ini mantap. maaf kalau bahasa yang saya guna agak kasar atau tidak sesuai dan harap Tuan dapat tegur kesalahan saya. terima kasih . assalamualaikum w.b.t | Untuk makluman tuan, DBP akan menguar-uarkan kegiatan kebahasaan dan kesusasteraan melalui laman web kami. Tuan boleh mengambil bahagian dan bersama-sama kami dalam kegiatan yang sesuai. Sebarang pertanyaan boleh hubungi, Ketua Bahagian Komunikasi Korporat, TUan Haji Razali Che Mat di talian 03-21479000 atau e-mel razali3@dbp.gov.my. | Lain-lain | 03.03.2015 |
Adakah fungsi penggunaan perkataan 'mengenai' dan 'tentang' sama? Contoh: Kami berbincang mengenai hal itu. (Adakah ayat ini betul?) | Kata sendi nama tentang digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan sesuatu yang tidak tentu atau umu seperti ayat Mereka berbincang tentang masalah negara. Kata sendi nama tentang sering juga digantikan penggunaannya dengan bentuk mengenai. Perlu diingat bahawa perkataan mengenai sebenarnya tergolong sebagai kata kerja yang membawa maksud kena pada seperti ayat Bola yang ditendangnya mengenai palang gol. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 278. | Tatabahasa | 28.09.2011 |
Bolehkah pihak DBP terangkan tentang fungsi diksi dengan lengkap berserta contoh sekali? | Diksi ialah pemilihan dan penggunaan kata yg tepat dan berkesan utk mengungkapkan idea (peristiwa dll) secara bertulis atau lisan. Soalan ini begitu umu dan memerlukan jawapan yg agak analitikal dan terperinci. Dicadangkan agar sdr merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Keempat dan buku-buku berkaitan ttg penggunaan diksi yg ada dalam pasaran untuk merungkai permasalahan ini. T.kasih. | Lain-lain | 21.08.2008 |