Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[Öu.mum]/[u.mum] | عموم

Definisi : 1. secara keseluruhan (tidak pd atau mengenai yg tertentu sahaja), bersifat menyeluruh, mengenai keseluruhan sesuatu, lwn khusus (khas): perbualan kami bersifat ~ belaka; penjelasan emaknya itu terlalu ~ dan tidak dapat meredakan kegelisahan-nya; pemandangan ~ pemandangan mengenai keseluruhan soal; pd ~nya pd keseluruhannya, ghalibnya, kebiasaannya; 2. khalayak ramai, orang banyak (bukan orang atau golongan tertentu sahaja): sebagaimana yg diketahui ~, di negeri ini cuma ada empat buah akhbar yg menyebarkan siarannya dlm Bahasa Kebangsaan; kepentingan ~ kepen-tingan orang banyak, kepentingan semua orang (tidak terbatas kpd orang atau golongan tertentu); rapat ~ rapat utk orang ramai; 3. berkaitan dgn orang ramai, utk orang ramai; pilihanraya ~ pemilihan (dgn cara mengundi) yg dilakukan oleh semua orang; rumah sakit ~ rumah sakit utk sekalian orang (bukan utk orang tertentu sahaja); 4. sudah diketahui oleh orang banyak, bukan merupakan rahsia lagi, sudah tersiar ke mana-mana: cerita itu sudah ~, tidak perlu diceritakan lagi; 5. biasa terdapat (digunakan dll) di mana-mana, sudah lazim, tidak asing lagi: sudah banyak perkataan Indonesia yg ~ dipakai di sini; seumumnya 1. sekaliannya, seluruhnya, semuanya: pendeknya perkara-perkara yg bersangkut-paut dgn kepentingan kebangsaan ~ diserahkan kpd kerajaan pusat; keten-teraman yg amat dihajati oleh manusia ~; 2. pd kebiasaannya, pd lazimnya, pd umum-nya; mengumumkan 1. memberitahu kpd orang ramai, memaklumkan, menyerantakan: beliau ~ hari ini bahawa pelajaran sains akan diadakan menerusi televisyen; 2. menyiarkan (dlm akhbar dll), menyebarkan: keputusan-keputusan lengkap peperiksaan akan di-umumkan dlm akhbar-akhbar tempatan; 3. menjadikan umum, menjadikan tersebar di merata-rata tempat, melazimkan; keumuman perihal (sifat dsb) umum, sifat menyeluruh (tidak khusus kpd sesuatu): ~ dan kekhususan tiap-tiap satu kemahiran itu tidak sama; ~ fasal-fasal yg terkandung dlm syarat-syarat dan peraturan-peraturan itu; pengumuman 1. perihal (perbuatan dsb) mengumumkan, pemberitahuan kpd orang ramai, pemakluman: kerajaan dijangka akan membuat ~ mengenai pelantikan itu tidak berapa lama lagi; 2. yg diumumkan: ~ dlm akhbar itu ringkas sahaja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[Öu.mum]/[u.mum] | عموم

Definisi : sl 1. tidak terang, gelap; 2. sukar difahami, sulit: ® umun. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[Öu.mum]/[u.mum] | عموم

Definisi : 1 mengenai seluruhnya; tidak khas: pd ~nya pd keseluruhannya; kebiasaannya. 2 orang ramai; khalayak ramai: rapat ~ rapat utk semua orang; jalan ~ jalan utk semua orang. 3 sudah diketahui oleh orang ramai; sudah tersiar di merata-rata tempat: Peristiwa itu sudah ~. mengumumkan memberitahukan sesuatu kpd orang ramai; memaklumkan: Guru sudah ~ keputusan peperiksaan kpd murid-murid. pengumuman 1 perbuatan atau hal mengumumkan; pemberitahuan kpd orang banyak. 2 sesuatu yg diumumkan; pernyataan utk mengumumkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
umum
1. Bersinonim dengan biasa
( sudah lazim, bukan rahsia lagi, tidak asing lagi, ghalibnya, )
(adjektif:)

2. Bersinonim dengan secara keseluruhan
( tidak terbatas, tidak terhad, )
(adjektif:)
Berantonim dengan khusus

3. Bersinonim dengan orang awam
( khalayak ramai, orang ramai, orang biasa, orang preman, mahajana, )
(kata nama:)

Kata Terbitan : seumumnya, mengumumkan, pengumuman,

Peribahasa

Bacang dibungkus tentu baunya keluar juga.

Bermaksud :

Menyimpan rahsia yang telah diketahui umum. (Peribahasa lain yang sama makna: Menyimpan embacang masak).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
"Apakah perbezaan antara kosa kata istilah dan kosa kata umum."Kosa kata umum digunakan dalam ungkapan umum seperti perkataan-perkataan yang hadir dalam ayat saya minum susu. Kosa kata istilah ialah perkataan atau rangkai kata yang me­nyatakan sesuatu dengan betul, tepat dan sesuai dalam sesuatu bidang ilmu pengetahuan, seperti rangkai kata jentera parti yang digunakan dalam bidang Sains Politik.Tatabahasa02.07.2013
Terjemahan untuk public speaking yang tepat adalah pengucapan awam atau pidato umum? perkataan awam/umum mungkin secara kasar sama maknanya namun perkataan pidato saya kira lebih tepat kerana merupakan kata dasar bukan kata terbitan. diharap selepas ini DBP akan menggunakan pidato umum untuk public speaking selepas ini (untuk makluman acara DBP baru-baru ini menggunakan frasa pengucapan umum).Public speaking ialah istilah dalam bidang komunikasi dan padanannya dalam bahasa Melayu ialah "pidato umum".Istilah20.06.2011
Salam, boleh nyatakan apakah ciri-ciri bahan bacaan umum?Tidak ada definisi bahan bacaan umum dalam sumber rujukan kami. Umum bermaksud tidak khas. Apa yang boleh dikaitkan dengan bahan bacaan umum ialah bahan bacaan yang bukan dalam genre tertentu seperti Perubatan, Ekonomi dan Tenologi Maklumat.Lain-lain29.08.2012
Umum kita difahamkan bahawa Kata Pemeri 'adalah' digunakan di hadapan FS dan/atau FA. Jurubahasa ada juga menasihati dan melarang penggunaan 'adalah' di hadapan FK, walaupun tidak ada apa-apa penegasan rasmi dibuat di dalam buku teks tentang peraturan dan pertalian 'adalah' dengan FK. Harap beri pandangan DBP tentang penggunaan 'adalah' dalam ayat di bawah ini, dan huraikan sama ada 'ialah' boleh/ tidak boleh diganti dalam ayat di bawah serta beri sebab-sebab dari segi hukum tatabahasa: "Matlamat menyertai HK Filmart 2011 adalah mewujudkan dan industri media melain merancang strategi pasaran luar ...." (BH 15Sep11)

Kata pemeri tidak boleh hadir di hadapan frasa kerja dan frasa kata kerja. (Rujuk Tatabahasa Dewan, halaman 264) Kata pemeri "adalah" tidak perlu hadir dalam ayat tersebut dan ayat tersebut perlu dilengkapkan kerana kata kerja "mewujudkan" tidak diikuti dengan objek untuk melengkapkan ayat.

Tatabahasa15.09.2011
Tolong terangkan maksud kosa kata umum dan kosa kata istillah. Sila berikan contoh bagi kedua-duanya sekali. Buku rujukan bagi murid thn 3. Sekian terimakasih.Kosa kata umum digunakan dalam ungkapan umum seperti perkataan-perkataan yang hadir dalam ayat saya minum susu. Kosa kata istilah ialah perkataan atau rangkai kata yang me­nyatakan sesuatu dengan betul, tepat dan sesuai dalam sesuatu bidang ilmu pengetahuan, seperti rangkai kata jentera parti yang digunakan dalam bidang Sains Politik.Tatabahasa31.05.2013
Salam sejaterah tuan. Apakah itu kosa kata umum dan kosa kata istilah? Bolehkah tuan berikan penerangan serta contoh untuk kedua-dua kosa kata tersebut? Terima kasih.Kosa kata umum digunakan dalam ungkapan umum seperti perkataan-perkataan yang hadir dalam ayat saya minum susu. Kosa kata istilah ialah perkataan atau rangkai kata yang me­nyatakan sesuatu dengan betul, tepat dan sesuai dalam sesuatu bidang ilmu pengetahuan, seperti rangkai kata jentera parti yang digunakan dalam bidang Sains Politik.Tatabahasa24.04.2013
aspek kesalahan bahasa secara umumKesalahan bahasa secara umum merangkumi aspek pembentukan kata, pembentukan ayat, ejaan, tanda baca dan laras bahasa. Sila rujuk buku - buku yang berkaitan aspek ini yang ada di pasaran, misalnya buku Kesalahan Umum Tatabahasa oleh Dr. Awang Sariyan.Tatabahasa24.09.2009
Salam sejahtera. Selain dari Kata Pinjaman Umum Bahasa Malaysia (1988, terbitan DBP) dan Daftar Kata-Kata Pinjaman Umum dalam ejaan Rumi baru Bahasa Malaysia (1978, terbitan DBP) adakah pihak DBP akan mencetak penulisan/kamus khusus untuk kata pinjaman umum (bukan istilah saintifik/teknologi yang dipinjam) seperti yang dapat kita lihat untuk bahasa Jepun? A Guide to Modern Japanese Loanwords (Webb, 1990) A Dictionary of Japanese Loanwords (Evans, 1997) Loanwords in Japanese (Irwin, 2011) Terima kasih.

Belum ada kamus khusus untuk kata pinjaman. Sebagai panduan untuk mengetahui sumber sesuatu kata itu adalah dengan melihat kepada label pada kata tersebut seperti Ar bermaksud kata tersebut diambil daripada bahasa Arab, Br diambil daripada bahasa Brunei dan C diambil daripada bahasa kaum Cina.

Lain-lain05.09.2011
Pedoman Umum Ejaan Rumi Bahasa Melayu (1992: 48) mengatakan panjang tanda pisah dua kali sempang dan tidak diapit oleh ruangan. Saya beranggapan bahawa ungkapan “tidak diapit oleh ruangan” bermaksud tanda pisah itu satu unit, iaitu tiada ruangan di antara sempang pertama dengan sempang kedua. Adakah anggapan saya betul?Dalam buku Gaya Dewan, Edisi Ketiga terbitan DBP, Tanda pisah ialah tanda baca yang panjangnya satu en dan memenuhi fungsi yang berikut, iaitu memisahkan keterangan bagi sesuatu idea, menunjukkan aliran fikiran penulis dan menggantikan perkataan hingga. Contoh yang mudah ditemui adalah seperti "Jun - Oktober", kedua-dua perkataan tersebut dan tanda baca (tanda pisah) dikira tiga unit yang berlainan. Tanda baca yang tidak diapit oleh ruangan ialah tanda sempang.Lain-lain14.01.2013
makna umum SUBJEKTIFSUBJEKTIF - (subjéktif) terbit drpd atau berasaskan pandangan (perasaan dsb) orang atau pihak yg melihat atau menilai (tidak pd ciri-ciri sebenar sesuatu yg dilihat atau dinilai), melihat (menilai dll) drpd pandangan (perasaan sendiri), lwn objektif: buku-buku sejarah yg ada masih penuh dgn unsur-unsur ~ yg kurang penting.Makna08.10.2008
12345678910...

Kembali ke atas