Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sl 1. tidak terang, gelap; 2. sukar difahami, sulit: ® umun. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
umum
1. Bersinonim dengan biasa
( sudah lazim, bukan rahsia lagi, tidak asing lagi, ghalibnya, )
(adjektif:)

2. Bersinonim dengan secara keseluruhan
( tidak terbatas, tidak terhad, )
(adjektif:)
Berantonim dengan khusus

3. Bersinonim dengan orang awam
( khalayak ramai, orang ramai, orang biasa, orang preman, mahajana, )
(kata nama:)

Kata Terbitan : seumumnya, mengumumkan, pengumuman,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya mohon pengesahan DBP samada huruf pertama bagi perkataan berikut dibesarkan atau tidak: i) Kerajaan Negeri atau kerajaan negeri ii) Kerajaan Negeri Kedah atau Kerajaan negeri Kedah iii) Ringgit atau ringgit Satu perkara lagi, bagi sesuatu tajuk bolehkah terus diletakkan singkatan. Sekiranya boleh bagaimana cara yang sepatutnya.Contoh, Kadar Pertukaran Mata Wang Asing Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Nota: JANM hanyalah singkatan bagi Jabatan Akauntan Negara Malaysia bagi tajuk di atas. Sekian, terima kasih.i. Kerajaan Negeri jika merujuk pada nama khas, kerajaan negeri jika umum. ii. Kerajaan Negeri Kedah sebab ia nama khas. iii. Ringgit jika diawal ayat (huruf awal huruf besar). Tajuk hendaklah ditulis penuh dan singkatannya boleh ditulis selepas itu dalam kurungan.Tatabahasa21.08.2007
Saya Komariyah Satapo sedang belajar bahasa Melayu dasar di Pusat Bahasa Antarabangsa YIU.Ingin bertanya buku bertutur bahasa melayu .Terimakasih.Untuk maklumat lanjut, puan boleh merujuk buku i. Pedoman Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu, ii. Daftar Umum Sebutan Bahasa Baku Bahasa Melayu, iii. Pedoman Sebutan Baku Bahasa Melayu. iv. Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Buku-buku ini ialah terbitan DBP.Tatabahasa24.10.2013
Saya Muslimah Deng sedang belajar bahasa Melayu dasar di Pusat Bahasa Antarabangsa,UIY. ingin bertanya:Cara tiknik dalam membaca itu ada berapa cara.Terima kasih.Untuk maklumat lanjut, puan boleh merujuk buku i. Pedoman Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu, ii. Daftar Umum Sebutan Bahasa Baku Bahasa Melayu, iii. Pedoman Sebutan Baku Bahasa Melayu. iv. Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Buku-buku ini ialah terbitan DBP.Lain-lain24.10.2013
Ingin tahu makna i) Teokratik ? ii) Ortodox ? Terima Kasih Ezree1. sistem kerajaan yang menggunakan hukum-hukum agama sebagai dasar pemerintahan negara. 2. berpegang teguh pada peraturan, pendapat, prinsip, yang diterima umum seperti dalam agama, kelakuan atau sikap.Tatabahasa28.08.2007
kalang II; kalangan 1. lingkungan, golongan: sajak ‘Sidang Roh’ oleh Kassim Ahmad mendapat reaksi yg keras drpd berbagai-bagai ~; di ~ orang Melayu; di ~ mahasiswa; di ~ negara Barat hanya Perancis berusaha mencapai matlamat dasar luar negeri;--contoh di atas adalah dari kamus dewan. 1) Menurut jawapan yang diberikan oleh pihak DBP dalam khidmat nasihat, tuan menyokong "dlm kalangan". "dlm kalangan" tidak pernah muncul dlm contoh ayat kamus dewan dan hanya muncul dlm majalah. Jadi, adakah ini bermakna contoh dari kamus dewan tidak gramatis? 2) "Puan Siti sayangkan anaknya." Penggunaan "sayangkan" gramatis atau tidak? "sayangkan" terdapat dlm kamus dewan dan adakah penggunaan ini hanya untuk pantun?Kamus Dewan Edisi Keempat merupakan kamus umum yang pengumpulan datanya dibuat berdasarkan kajian korpus. dari segi penggunaan dalam korpus yang dikaji frasa 'di kalangan' dan 'sayangkan anak' digunakan dengan meluas. Walau bagaimanpun frasa yang lebih tepat adalah 'dalam kalangan'. Kata sendi 'di'  digunakan untuk merujuk tempat.  Ayat yang betul ialah Puan Siti menyayangi anaknya atau Puan Siti sayang akan anaknya.    Tatabahasa06.03.2008
Apakah perbezaan antara "orang kaya-orang kaya", "orang kaya-kaya" dan "orang-orang kaya"? Boleh terangkan setiap satu dari segi golongan kata?Orang kaya bermaksud i. orang yang mempunyai banyak harta.ii. orang yang tinggi kedudukannya(pangkatnya,martabatnya). Kedua-dua perkataan ini tergolong dalam golongan kata kata nama. Makna pertama lebih bersifat umum dan yang kedua merujuk pada gelaran. Bentuk kata ganda bagi kata ini ialah orang-orang kaya.    Tatabahasa04.06.2008
SAYA INGIN TAHU PENGGUNAAN PERKATAAN TENTANG DAN TERHADAP.

Kata sendi nama 'terhadap' digunakan digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan yang melibatkan penyambut tertentu, sama ada manusia, haiwan atau benda. Contoh: i. Seorang ketua harus bersikap adil terhadap anak buahnya.  ii.  Tanamilah rasa belas kasihan terhadap binatang.

Kata sendi nama 'tentang' digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan sesuatu yang tidak tentu atau umum, atau mujarad. kata nama atau frasa nama yang mengikuti kata sendi nama ini menjadi hal yang diperlakukan atau dibicarakan. Contoh: i. Mereka berbincang tentang masalah negara. ii. kami perlu merujuk ketua kami dahulu tentang kelewatan bayaran.

Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.   

Tatabahasa14.10.2013
Bahasa Melayu Baku. trangkan n cth???BM baku ialah bahasa Melayu yg sempurna dari segi penggunaan aspek bahasanya, iaitu ejaan, tatabahasa, istilah, laras bahasa, sebutan dan penggunaan kata. Perancangan pembakuan sebutan baku bahasa Melayu menjadi salah satu objektif DBP, iaitu sebagaimana yang termaktub dlm Akta Dewan Bahasa. Untuk maklumat lanjut, saudari boleh merujuk buku i. Pedoman Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu, ii. Daftar Umum Sebutan Bahasa Baku Bahasa Melayu, iii. Pedoman Sebutan Baku Bahasa Melayu. Buku-buku ini ialah terbitan DBP.Lain-lain24.06.2011
Apakah perbezaan antara perkataan 'tentang', 'mengenai' dan 'terhadap' serta penggunaannya dalam konteks ayat? Contoh : Pegawai itu memberi taklimat mengenai / tentang pengambilan makanan seimbang. Penggunaan perkataan manakah yang paling sesuai, tentang atau mengenai?1. Kata sendi nama "tentang" digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan sesuatu yang tidak tentu atau umum, atau mujarad. Kata nama atau frasa nama yang mengikuti kata sendi nama ini menjadi hal yang diperlakukan atau dibicarakan. Contohnya:
i. Mereka berbincang tentang masalah negara.
ii. Kami berbual tentang kejadian rompakan itu.
3. Pegawai itu memberi taklimat tentang pengambilan makanan seimbang.

2. Perkataan "mengenai" tergolong sebagai kata kerja yang membawa maksud kena pada. Contoh penggunaannya adalah seperti yang berikut:
1. Tembakan pemburu itu mengenai sasarannya.
ii. Bola yang ditendangnya mengenai palang gol.

3. Kata sendi nama "terhadap" biasanya digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan yang melibatkan penyambut tertentu, sama ada manusia, haiwan atau benda. Contohnya:
i. Seorang ketua harus bersikap adil terhdap anak buahnya.
ii. Tanamilah rasa belas kasihan terhadap binatang.
iii. Air bersifat lengai terhadap logam adi.
Tatabahasa15.09.2012
Saya perlu pengesahan DBP sama ada penggunaan 'di bawah' dan 'dalam' dalam ayat ini betul /tidak- "Keputusan tersebut telah diwartakan di bawah Kaedah 21 dalam subbutiran 21 (22) (b) Kaedah-Kaedah Tanah Selangor (Pindaan) 2011"

Dalam bentuk kata umum, frasa 'di bawah' digunakan apabila merujuk: i. di kawasan sekeliling rumah dan sebagainya yang bertangga; ii. di ruang kosong di antara tiang rumah atau kaki meja (kerusi dan sebagainya);  iii. yang terletak pada baris (ruang dan sebagainya); iv. kurang daripada;  v. berada dalam atau tertakluk pada (peraturan, undang-undang, bimbingan, arahan, kuasa, dan sebagainya). Kata sendi 'dalam' pula digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak. Berdasarkan huraian tersebut penggunaan kata sendi nama 'dalam' adalah tepat, manakala penggunaan frasa 'di bawah' tidak berkaitan dalam mana-mana panduan penggunaan frasa 'di dalam' yang tersenarai. Walau bagaimanapun hal ini perlu merujuk pakar yang arif dalam hal undang-undang kerana pemakaian bahasa dalam bidang undang-undang kadangkala tidak persis dalam penulisan umum. Bahasa dalam undang-undang mempunyai larasnya tersendiri dan penggunaannya terhad dalam bidang tersebut.

Tatabahasa17.02.2011
12

Kembali ke atas