maafkan saya, saya masih tidak faham tentang cara mengeja mengikut suku kata bg perkataan spt daun,dua,liar yg telah diterangkan.adakah kita sebut da=da, un=un(menjadi dua suku kata).apa yg saya nak tahu ialah mengeja perkataan mengikut suku kata.adakah perkataan daun dieja dua suku kata(da + un=daun) atau satu suku kata(daun=daun,maksudnya sekali eja shj.)tkasih atas bantuan anda. | Memenggal perkataan tersebut mengikut sebutan adalah seperti yang berikut: (daun), (dua) dan (liar), iaitu memenggal kata tersebut sepertimana kita menyebutnya. Untuk maklumat lanjut rujuk buku Daftar Kata Bahasa Melayu: Rumi-Sebutan-Jawi. | Tatabahasa | 15.08.2011 |
Salam sejahtera, saya ingin tahu apakah pemenggalan kata untuk perkataan blaus, dan gaun yang betul? Adakah blaus dipenggal bla-us atau blaus? dan ga-un atau gaun? Juga, adakah kedua-dua perkataan ini dikategorikan sbgai vokal berganding? Harap pihak dbp dapat menyelesaikan kekeliruan ini. Terima kasih | Pemenggalan kata untuk blaus ialah bla.us dan gaun pula ga.un. Kedua-dua perkataan tersebut merupakan vokal berganding. | Tatabahasa | 23.09.2020 |
Perkataan mengundur dibaca sebagai "meng+un+dur" atau "me+ngun+dur"? | Cara baca yang betul ialah me.ngun.dur | Lain-lain | 23.06.2021 |
Salam. Bolehkah kita menterjemahkan semua perkataan yg bermula dengan imbuhan 'de' atau 'un' sebagai 'nyah'? Contoh: deselect= nyahpilih unplug=nyahpalam unshare=nyahkongsi delimit=nyahhad (walaupun delimit/unplug terdapat maksud dalam DBP, namun saya terjumpa terjemahan seperti di atas) Terima kasih | Mohon berikan contoh perkataan dalam ayat kerana terjemahan akan berbeza mengikut konteks ayat yang digunakan. | Makna | 21.01.2021 |
Kalau mengikut persukuan , daun mempunyai dua suku kata dan dipenggalkan sebagai da-un. Bagaimana dengan perkataan 'pear'. Adakah dipenggalkan sebagai pe-ar? Bagaimana dengan perkataan 'dinosaur'. Dipenggalkan di-no-sa-ur? Betul? Saya tidak mahu penggal mengikut sebutan, saya hendak pemenggalan mengikut persukuan/ejaan. Bagaimanakah perkataan dinosaur disebut? Suku kata akhir 'saur' disebut seperti 'sa-ur' atau spt dlm bahasa Inggeris - 'sor'? | Perkataan pear mempunyai satu suku kata sahaja, iaitu pear. Manakala dinosaur pula mempunyai tiga suku kata, iaitu di-no-saur. | Lain-lain | 20.07.2010 |
boleh batangkan suku kata 'ais', 'daun' main'? | ais = a.is, daun = da.un, main = ma.in | Tatabahasa | 11.03.2015 |
Adakan pemenggalan perkataan-perkataan di bawah betul? air a-ir buah bu-ah daun da-un luar lu-ar biola bi-o-la beruang be-ru-ang makanan ma-kan-an (sebutan sebagai ma ka nan?) rambutan ram-bu-tan sayuran sa-yur-an (subutan sebagai sa-yu-ran?) Sekian terima kasih. Tracy Chan | Saudara Tracy, Yang betul adalah seperti yang berikut: i. air ii. buah iii. daun iv. luar v. bio.la vi. be.ruang vii. ma.ka.nan viii. ram.bu.tan ix. sa.yu.ran Sila rujuk Daftar Kata Bahasa Melayu, Rumi-Sebutan-Jawi | Tatabahasa | 28.06.2010 |
Salam sejahtera, saya pernah bertanyakan soalan sama namun tiada respons. Saya ingin tahu apakah pemenggalan kata untuk perkataan blaus, dan gaun yang betul? Adakah blaus dipenggal bla-us atau blaus? dan ga-un atau gaun? Juga, adakah kedua-dua perkataan ini dikategorikan sbgai vokal berganding? Harap pihak dbp dapat menyelesaikan kekeliruan ini. Terima kasih | Pemenggalan kata adalah seperti yang berikut: bla.us dan ga.un. Kedua-dua contoh perkataan tersebut ialah vokal berganding. | Tatabahasa | 05.10.2020 |
delinkuensi | Saudara, Tiada soalan dikemukakan. Walau bagaimanapun, makna perkataan tersebut ialah bersikap melanggar undang-undang (yg tidak serius) atau melakukan perkara yg tidak diterima masyarakat. | Makna | 12.10.2010 |
Untuk perkataan seperti daun, keluarga seluar, durian. setengah pencetak buku menceraikan suku kata di atas seperti 1.du ri an/ da un/ke lu ar ga/ se lu ar 2. du rian /daun/ke luar ga/se luar Soalan: Dalam kontek suku kata, mana yang betul atau kedua-duanya boleh digunakan.Terma kasih | Menurut Daftar Kata Bahasa Melayu Edisi Kedua, pemenggalan suku kata yang betul bagi perkataan yang diajukan ialah 1. du.rian 2. daun 3. ke.luar.ga 4. se.luar. | Lain-lain | 20.02.2022 |