Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : undang-undang yg dibuat oleh pihak berkuasa atau agensi pentadbiran, mis pihak berkuasa tempatan, yg diberi kuasa berkanun atau kuasa undang-undang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
undang2
Kata Terbitan : undang-undang, mengundangkan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Pohon tuan beri cadangan perkataan yang sesuai bagi menggantikan perkataan "ianya" dalam ayat ini , {Undang-undang Kecil ini hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh ianya didaftarkan oleh Suruhanjaya}. Saya juga ingin pencerahan, perkataan "kuat kuasa" satu perkataan atau dua, bagaimana dengan penambahan imbuhan "penguatkuasaan".Perkataan "ianya" tidak diperlukan dalam ayat tersebut kerana tanpa "ianya" ayat tersebut sudah betul penggunaan tatabahasa bahasa Melayu.  "Undang-undang Kecil ini hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh didaftarkan oleh Suruhanjaya.

Perkataan kuat kuasa dieja secara terpisah. Apabila menerima imbuhan apitan, perkataan tersebut dieja satu perkataan seperti penguatkuasaan dan menguatkuasakan tetapi apabila menerima imbuhan awalan perkataan tesebut dieja terpisah seperti penguat kuasa dan dikuat kuasa.
Tatabahasa13.06.2013
Pohon tuan beri cadangan perkataan yang sesuai bagi menggantikan perkataan "ianya" dalam ayat ini {Undang-undang Kecil ini hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh ianya didaftarkan oleh Suruhanjaya}. Saya juga ingin pencerahan, perkataan "kuat kuasa" satu perkataan atau dua, bagaimana dengan penambahan imbuhan "penguatkuasaan". Sekian terima kasih.Perkataan "ianya" tidak diperlukan dalam ayat tersebut kerana tanpa "ianya" ayat tersebut sudah betul penggunaan tatabahasa bahasa Melayu.  "Undang-undang Kecil ini hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh didaftarkan oleh Suruhanjaya.

Perkataan kuat kuasa dieja secara terpisah. Apabila menerima imbuhan apitan, perkataan tersebut dieja satu perkataan seperti penguatkuasaan dan menguatkuasakan tetapi apabila menerima imbuhan awalan perkataan tesebut dieja terpisah seperti penguat kuasa dan dikuat kuasa.
Tatabahasa13.06.2013
Mohon pencerahan DBP tentang penggunaan perkataan "establisymen" yang tidak wujud dalam korpus PRPM tapi diguna pakai dalam Undang-Undang Kecil (UUK) kerajaan tempatan seperti Selangor dan Perak (https://www.mbpj.gov.my/sites/default/files/24-uuk_pelesenan_establisymen_makanan_majlis_bandaraya_petaling_jaya_2007.pdf, https://www.mpm.gov.my/wp-content/uploads/2024/11/25-UUK-Pelesenan-Establisymen-Makanan-MPM-2018.pdf). Sekiranya perkataan "establisymen" tidak wujud, apakah perkataan yang harus digunakan? Terima kasih.Untuk makluman, perkataan "establisymen" belum pernah terakam dalam kamus Dewan Bahasa dan Pustaka. Berdasarkan penelitian terhadap dokumen Undang-Undang Kecil (UUK) kerajaan tempatan Selangor dan Perak, cadangan terjemahan dalam bahasa Melayu bagi perkataan establishment ialah "perusahaan" atau "penyediaan" berdasarkan kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah27.09.2025
Dimana boleh saya dapat garis panduan untuk buat rujukan bila membuat iklan papan tanda. Spesifikasi kegunaan tulisan bahasa dan tulisan Inggeris dalam papan tanda iklan? Seperti size tulisan, gambar yang boleh digunakan etc.Garis panduan atau Undang-undang Kecil Iklan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang boleh diperoleh di Jabatan Pelesenan, DBKL. Untuk makluman awal dalam mana-mana undang-undang kecil iklan mensyaratkan iklan mestilah dalam bbahasa kebangsaan dan jika ada bahasa-bahasa lain, bahasa kebangsaan hendaklah diutamakan.Lain-lain20.09.2013
kENAPA TERDAPATKESALAHAN BAHASA DALAM PAPAN TANDA?Untuk pengetahuan saudara untuk paparan awam (seperti iklan pada papan tanda) tanggung jawab terletak pada PBT kerana mereka mempunyai undang-undang kecil yang mengawal masalah penggunaan bahasa pada papan tanda di kawasan mereka. DBP hanya, sehingga soalan ini dijawab, hanya boleh menegur, memberi nasihat dan mencadangkan bahasa yang sesuai untuk digunakan. Begitu juga dengan iklan dalam akhbar, DBP hanya menjalankan tanggungjawab memantau dan menegur kesalahan bahasa yang digunakan dalam akhbar.Tatabahasa13.03.2013
NOTA: Peralatan di taman ini adalah terhad kepada kanak-kanak berumur 12 tahun kebawah sahaja. Segala risiko di atas penggunaan peralatan disini adalah tanggungjawab pengguna. Ingatan mesra dari YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN SEPANG 1. TAMAN PERMAINAN KANAK-KANAK ADALAH DI BAWAH UNDANG-UNDANG KECIL MAJLIS PERBANDARAN SEPANG. 2. MEROSAKKAN HARTA BENDA DI TAMAN PERMAINAN INI ADALAH MERUPAKAN SATU PERBUATAN YANG TIDAK BERETIKA DAN BOLEH DIKENAKAN TINDAKAN UNDANG- UNDANG. 3. IBU BAPA ATAU PENJAGA PERLU SENTIASA MENGAWASI ANAK-ANAK MEREKA SEMASA BERADA DI TAMAN PERMAINAN INI. 4. PIHAK MAJLIS PERBANDARAN SEPANG TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG KEMALANGAN ATAU KECEDERAAN YANG BERLAKU SEMASA MENGGUNAKAN ALATAN-ALATAN DI TAMAN PERMAINAN INI. ADUAN KEROSAKAN SILA HUBUNGI: BAHAGIAN LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN SEPANG TEL NO: 03-87782000NOTA:
Peralatan di taman ini terhad kepada kanak-kanak berumur 12 tahun dan ke bawah sahaja. Segala risiko menggunakan peralatan di sini ialah tanggungjawab pengguna.
Ingatan mesra daripada YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN SEPANG

1. TAMAN PERMAINAN KANAK-KANAK ADALAH DI BAWAH UNDANG-UNDANG KECIL MAJLIS PERBANDARAN SEPANG. 2. MEROSAKKAN HARTA BENDA DI TAMAN PERMAINAN INI MERUPAKAN SATU PERBUATAN YANG TIDAK BERETIKA DAN BOLEH DIKENAKAN TINDAKAN UNDANG-UNDANG.
3. IBU BAPA ATAU PENJAGA PERLU SENTIASA MENGAWASI ANAK-ANAK MEREKA SEMASA BERADA DI TAMAN PERMAINAN INI.
4. PIHAK MAJLIS PERBANDARAN SEPANG TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KEMALANGAN ATAU KECEDERAAN YANG BERLAKU SEMASA MENGGUNAKAN ALATAN DI TAMAN PERMAINAN INI.
ADUAN KEROSAKAN, SILA HUBUNGI:
BAHAGIAN LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN SEPANG
NO. TEL.: 03-87782000
Tatabahasa22.11.2013
Ramzi Ahmad Blh bagi contoh maksud "Penggunaan Bahasa Inggeris dalam iklan hendaklah mempunyai padanannya dalam Bahasa Melayu"? Apakah ada usaha kerjasama antara Majlis Perbandaran dengan pihak DBP setakat ini? Memandangkan campuran dwi bahasa digunakan dalam papan iklan? Jika tiada penguatkuasaan sy yakin Bahasa Melayu akan terus dirojakan..Terima kasih atas keprihatinan tuan terhadap penggunaan bahasa Melayu di negara kita. Sokongan dan komitmen tuan dalam usaha kami untuk memartabatkan bahasa Melayu amat dialu-alukan dan dihargai. Semua jenis iklan perniagaan di setiap negeri di Malaysia tertakluk pada Undang-undang Kecil Iklan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) masing-masing. Undang-undang kecil iklan ini menetapkan perkara yang hampir sama, iaitu semua iklan hendaklah dalam bahasa kebangsaan, sama ada bahasa kebangsaan sahaja atau bahasa kebangsaan dengan bahasa lain. Sesiapa yang melanggar undang-undang kecil ini melakukan kesalahan dan apabila disabitkan, mereka boleh dikenakan denda tidak melebihi RM2,000 atau dihukum penjara bagi tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali. Garis Panduan Perancangan Papan Iklan Luar dikeluarkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) pada tahun 2009. Garis Panduan ini menetapkan setiap papan iklan hendaklah menggunakan bahasa kebangsaan sama ada bahasa kebangsaan sahaja atau bahasa kebangsaan dengan bahasa lain. Perkataan bahasa Melayu hendaklah diutamakan dari segi saiz, warna dan kedudukan perkataan berbanding bahasa lain. Malah penggunaan bahasa Melayu hendaklah dipastikan betul dan tepat dari segi penggunaan perkataan, susunan ayat, ejaan, tatabahasa dan sebagainya. Penggunaan bahasa yang betul hendaklah dirujuk dan mendapat pengesahan daripada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Khusus untuk papan iklan premis perniagaan pula, Jabatan Kerajaan Tempatan mengeluarkan pekeliling tentang “Garis Panduan Papan Iklan Premis Perniagaan”. Garis panduan ini jelas turut menetapkan keterangan perniagaan sama ada produk atau perkhidmatan yang mesti mengutamakan bahasa kebangsaan dari segi saiz, warna dan kedudukan. Baik Undang-undang Kecil Iklan PBT atau garis panduan, secara teorinya, semua iklan hendaklah dalam bahasa kebangsaan semata-mata atau jika terdapat dwibahasa, bahasa kebangsaan mesti diutamakan. Namun realiti yang berlaku adalah sebaliknya; penggunaan bahasa kebangsaan dicampur aduk dengan bahasa lain seperti bahasa Inggeris, Cina dan Tamil. Malah terdapat iklan yang meletakkan bahasa kebangsaan di bawah perkataan bahasa lain, selain saiz huruf bahasa kebangsaan kecil dan tidak jelas. Justeru, pihak yang meluluskan lesen pemasangan papan iklan, iaitu PBT seharusnya serius dan komited dalam mematuhi garis panduan iklan yang dikuatkuasakan mengikut Undang-undang Kecil Iklan PBT masing-masing. Kerjasama antara PBT dan DBP perlu dibentuk dan sewajarnya melibatkan DBP dalam kelulusan lesen pemasangan papan iklan. Inisiatif beberapa PBT, seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang mensyaratkan supaya setiap agensi pengiklanan atau syarikat perlu merujuk kepada DBP terlebih dahulu bagi melihat aspek penggunaan bahasa sebelum sesuatu iklan diluluskan perlulah dicontohi. Dalam hal ini, DBP telah pun membangunkan sistem Khidmat Pengesahan Bahasa Dewan Bahasa dan Pustaka (KPBDBP) untuk membantu PBT dalam menguatkuasakan penggunaan bahasa kebangsaan pada papan iklan. KPBDBP merupakan perkhidmatan menyemak dan mengesahkan penggunaan bahasa kebangsaan yang baik dan betul dalam iklan, nama khas dan dokumen dan dilaksanakan dalam talian yang boleh dicapai melalui laman web www.prpm.dbp.gov.my, kunjungan/kaunter, faksimile dan e-mel. Selain KPBDBP, DBP turut menyediakan Khidmat Nasihat Bahasa, Khidmat Nasihat Sastera, Khidmat Nasihat Penerbitan, Khidmat Nasihat Pengurusan dan Khidmat Nasihat Korporat DBP atau lebih dikenali sebagai Khidmat Nasihat Dewan Bahasa dan Pustaka (KNDBP). Khidmat nasihat ini juga dilaksanakan dalam talian melalui laman web www.prpm.dbp.gov.my, kunjungan/kaunter, faksimile dan e-mel. Jelaslah bahawa masalah penggunaan bahasa kebangsaan pada papan iklan boleh ditamatkan dengan segera. Mekanisme yang sedia ada, khususnya dalam bidang undang-undang perlu dimanfaatkan. Gerakan dan tindakan bersepadu dengan semua pihak sama ada agensi kerajaan atau swasta dalam penguatkuasaan hendaklah dipertingkatkan dari semasa ke semasa untuk memartabatkan bahasa Melayu.Lain-lain18.05.2017
Mengapakah Jabatan Lesen DBKL memerlukan khidmat nasihat DBP bagi memantau bahasa di lesen iklan? Bolehkah sekiranya saya menggunakan perkataan Bahasa Inggeris pada papan iklan milik stesyen minyak saya? Contoh perkataan 'Convenience Shop'? Minta penjelasan. Terima KasihDimaklumkan selaras dengan UKK (3) Undang-undang Kecil Iklan (Wilayah Persekutuan) 1982, penggunaan Bahasa Malaysia hendaklah diberi keutamaan dari segi saiz perkataan, warna dan kedudukannya pada iklan papan tanda. Dewan Bahasa dan Pustaka diberi tanggungjawab untuk melaksanakan perkhidmatan pengesahan bahasa di papan tanda iklan.

Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai badan perancang bahasa negara bertanggungjawab dalam usaha membina dan mengembangkan bahasa Melayu, bahasa kebangsaan negara Malaysia.Dalam usaha memperkembangkan bahasa Melayu DBP melaksanakan pelbagai program melalui fungsi pengukuhan dasar bahasa kebangsaan, pemantauan,pemupukan, penataran, perkhidmatan dan penyebaran.

Saudara boleh merujuk syarat-syarat permohonan iklan papan tanda premis yang dikeluarkan oleh DBKL untuk memahami lebih lanjut penggunaan bahasa Malaysia dalam iklan.

Perkataan "Convenience Shop" perlu diterjemah ke bahasa Melayu. Cadangan terjemahan kami ialah Kedai Serbaneka.
Lain-lain15.04.2013
PAPAN TANDA NIAGA/IKLAN PERMIS INI TIDAK MENGGUNAKAN BAHASA MELAYU SEBAGAIMANA UNDANG-UNDANG DARI AKTA BAHASA KEBANGSAAN 1963/67 DAN AKTA KERAJAAN TEMPATAN 1976. BAHASA MELAYU WAJIB DIUTAMAKAN DARI SEGI 1. SAIZ 2. KEDUDUKAN 3. DAN WARNA BERBANDING BAHASA ASING. MOHON PERIKSA PREMIS SEKITAR KAWASAN INI JUGA TERMASUKLAH PAPAN IKLAN/BUNTING/BANNER HARAM YANG LANGSUNG TIDAK MENGGUNAKAN SEPATAH HARAM PUN BAHASA MELAYU. PBT WAJIB MENJALANKAN FUNGSINYA MENGUATKUASAKAN UNDANG-UNDANG SEDIA ADA DAN MEMPERKASA PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN. "KALAU ADA YANG TIDAK TERIMA BAHASA MELAYU , LEBIH BAIK JANGAN DUDUK DI MALAYSIA," YDPA SULTAN IBRAHIM SUDAH BERTITAH , PEGAWAI KERAJAAN TUNGGU APA LAGI ? SILA AMBIL TINDAKAN DENGAN SEGERA !Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Terima kasih atas keprihatinan tuan terhadap penggunaan bahasa Melayu pada papan premis perniagaan. DBP amat menghargai usaha memartabatkan bahasa kebangsaan sebagaimana termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan, serta Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67. Usaha tuan dalam memantau dan melaporkan isu sebegini juga amat diambil berat kerana membantu memperkukuh pematuhan bahasa kebangsaan secara bersama.

Walau bagaimanapun, penguatkuasaan peraturan ini terletak di bawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) menurut Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan undang-undang kecil berkaitan, termasuk keutamaan bahasa Melayu dari segi saiz, kedudukan, serta warna.

Untuk tindakan penguatkuasaan, sila hantar aduan rasmi kepada PBT yang berkenaan (DBKL) berserta dengan gambar, lokasi tepat, dan butiran lain. DBP boleh membantu menyemak kesahihan sijil DBP jika tuan memberikan maklumat lanjut (nombor sijil atau nama penuh premis).

Terima kasih sekali lagi atas keprihatinan dan semangat tuan dalam memartabatkan bahasa kebangsaan.
Lain-lain27.01.2026
PAPAN TANDA NIAGA/IKLAN PERMIS INI TIDAK MENGGUNAKAN BAHASA MELAYU SEBAGAIMANA UNDANG-UNDANG DARI AKTA BAHASA KEBANGSAAN 1963/67 DAN AKTA KERAJAAN TEMPATAN 1976. BAHASA MELAYU WAJIB DIUTAMAKAN DARI SEGI 1. SAIZ 2. KEDUDUKAN 3. DAN WARNA BERBANDING BAHASA ASING. KITA DAH TUKAR JAWI KE RUMI MALAH MASIH ADA YANG ENGGAN BERBAHASA MELAYU DAN MAHU SAMARATAKAN BAHASA KEBANGSAAN INI DENGAN BAHASA ASING TERSEBUT. HAL INI SANGAT SERIUS ! TAK ADA SEPATAH PUN ISTILAH CINA, INDIA, MYANMAR, BANGLADESH DAN SEBAGAINYA DISEBUT DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA. INI BUKAN IDENTITI NEGARA INI ! TAPI INI IDENTITI NEGARA LAIN ! MOHON PERIKSA KESAHIHAN SIJIL KELULUSAN DBP, KERANA ADA KES SEBELUM INI PREMIS MENGGUNAKAN SIJIL PALSU DBP. TAK LOGIK DBP LULUSKAN BILA BAHASA MELAYU DIPINGGIRKAN MALAH ADA YANG TAK ADA BAHASA MELAYU LANGSUNG PADA PAPAN TANDA IKLAN. MOHON PERIKSA PREMIS SEKITAR KAWASAN INI JUGA TERMASUKLAH PAPAN IKLAN/BUNTING/BANNER HARAM YANG LANGSUNG TIDAK MENGGUNAKAN SEPATAH HARAM PUN BAHASA MELAYU. IDENTITI - PERTUBUHAN PEMERKASAAN IDENTITI MALAYSIA

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Salam sejahtera.

Terima kasih atas keprihatinan tuan terhadap penggunaan bahasa Melayu pada papan premis perniagaan. DBP amat menghargai usaha memartabatkan bahasa kebangsaan sebagaimana termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan, serta Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67. Usaha pihak tuan dalam memantau dan melaporkan isu sebegini juga dapat membantu memperkukuh pematuhan bahasa kebangsaan secara bersama.

Walau bagaimanapun, penguatkuasaan peraturan ini terletak di bawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) menurut Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan undang-undang kecil berkaitan, termasuklah keutamaan bahasa Melayu dari segi saiz, kedudukan, serta warna.

Untuk tindakan penguatkuasaan, sila hantar aduan rasmi kepada PBT yang berkenaan berserta gambar, lokasi tepat, dan butiran lain. DBP boleh membantu menyemak kesahihan sijil DBP jika tuan memberikan maklumat lanjut seperti nombor sijil kelulusan papan iklan.

Terima kasih sekali lagi atas keprihatinan dan semangat tuan dalam memartabatkan bahasa kebangsaan.

Lain-lain16.01.2026
1234567

Kembali ke atas