Saya melampirkan soalan pada dokumen di bawah. | Ayat yang betul: a. Dia mengeluarkan wang underline;">daripada beg tangannya. b. Dia mengeluarkan kek underline;">daripada ketuhar. c. Dia keluar underline;">daripada kereta. d. Dia mengeluarkan buku underline;">daripada kotak. Dari dan daripada ialah kata sendi nama yang hadir di hadapan frasa nama. Kata sendi nama "dari" hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat atau waktu atau masa, manakala kata sendi nama "daripada" hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan atau benda, asal kejadian dan sumber atau unsur perbandingan atau perbezaan. | Tatabahasa | 10.12.2021 |
Apakah perbezaan antara "kata dasar" dengan "kata akar"? Sila berikan contoh. | 1. underline;">Kata akar ialah kata yang belum diberi apa-apa imbuhan. Dalam istilah linguistik, "kata akar" ditakrifkan sebagai bentuk dasar dalam sesuatu kata yang boleh merupakan morfem bebas seperti underline;">anak dalam underline;">beranak atau morfem terikat seperti underline;">jerumus dalam terjerumus. 2. underline;">Kata dasar pula ialah kata akar atau kata terbitan yang dapat diberi imbuhan. Contoh "belajar" yang boleh menerima apitan peN-...-an, menjadi underline;">"pembelajaran". | Istilah | 08.05.2015 |
Minta pihak tuan jelaskan manakah penggunaan yang tepat untuk ayat berikut. Kami telah berjalan lebih dari/daripada dua kilometer setengah. Mana yang lebih tepat dari atau daripada untuk ayat di atas. Terima kasih. | Dari dan daripada ialah kata sendi nama yang letaknya di hadapan frasa nama. kata sendi nama 'dari' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan underline">arah, tempat atauunderline"> waktu atauunderline"> masa. Sementara kata sendi nama 'daripada' hanya digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan underline">punca bagi underline">manusia, haiwan atau underline">benda, asal kejadian dan underline">sumber atauunderline"> unsur perbandingan atauunderline"> perbezaan. Ayat yang betul ialah: Kami telah berjalan lebih underline">dari dua kilometer setengah. | Tatabahasa | 20.08.2013 |
Kami ingin mendapat kelulusan daripada Dewan Bahasa dan Pustaka dari segi penggunaan tatabahasa untuk tujuan permohonan lesen perniagaan dan iklan kepada Majlis Bandaraya Subang Jaya | underline; font-size: 14px;">Untuk mendapatkan pengesahan iklan, kemukakan permohonan tuan/puan melalui laman web dbpsahbahasa.my. Sila rujuk panduan permohonan untuk memudahkan tuan/puan mendaftar permohonan iklan. Sila catat nombor pendaftaran iklan (contoh: 123456/2021) untuk rujukan. underline;">Maklumat asas yang perlu ada pada papan tanda premis perniagaan: underline;">- Keterangan aktiviti perniagaan contohnya, PEJABAT URUSAN (di bahagian paling atas sebelah kiri papan iklan), underline;">- Nama syarikatunderline;"> underline; font-size: 14px;">underline;"> - Dimiliki oleh: XXXX (no. pendaftaran SSM) | Lain-lain | 18.03.2021 |
Salam Adakah frasa 'nama korporat' wujud ? Sebagai sebuah sekolah , saya ingin memendekkan nama sekolah saya. Contoh SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BUKIT JALIL KUALA LUMPUR kepada SEBIJAK. adakah SEBIJAK itu 'nama korporat'? Atau apakah istilah yang sesuai bagi memendekkan nama? Malay College Kuala Kangaar MCKK. Adakah MCKK itu nama korporat? ATAU sekolah Menengah Kebangsaan Ampang Pecah, KKB, SEMEKAP itu nama korporat ? Terimakasih | Nama korporat ialah nama yang biasa dikenali bagi sesebuah badan korporat. Untuk lebih memudahkan sesebuah oranisasi, akronim lazimnya digunakan seperti MARA, LHDN, MCKK dan banyak lagi. Akronim terbentuk dengan menggabungkan huruf awal suku kata atau gabungan huruf awal dan suku kata daripada satu rangkai kata dan ditulis serta dilafazkan seperti kata yang wajar. Contohnya ADUN (underline">Ahli underline">Dewan underline">Undangan underline">Negeri), Perhilitan (underline">Perlindungan underline">Hidupan underline">Liar dan underline">Taman underline">Negara), cerpen (underline">cerita underline">pendek), purata (underline">pukul underline">rata). | Tatabahasa | 07.07.2013 |
1. Memberikan sokongan / memberi sokongan? 2. Memberikan ucapan / memberi ucapan? Apakah perbezaan antara memberi dan memberikan? terima kasih | Jawapan: 1. Jawapan yang betul ialah "memberikan sokongan" dan "memberikan jawapan". 2. Perkataan underline">"memberi" digunakan hanya untuk underline">sesuatu yang bernyawa, contohnya orang. Manakala perkataan underline">"memberikan" digunakan untuk underline">objek yang tidak bernyawa. Contoh ayat lain: 1. memberikan nasihat 2. memberikan hadiah 3. memberi budak itu... | Tatabahasa | 14.07.2014 |
Gabung ayat-ayat tunggal menjadi satu ayat majmuk. Adi berasa malu . Kawannya melihat koteknya. Koteknya tegang. | Siti berasa malu underline;">kerana kawannya melihat mukanya underline;">yang tidak bersolek. Sila gunakan kata hubung yang bergaris dalam ayat contoh yang tuan berikan. Dalam hal pembelajaran, gunakan ayat yang baik dan santun. | Lain-lain | 05.11.2015 |
Puan, Apakah perbezaan antara " memperhebat" dengan " menghebatkan"? Tolong berikan ayat contoh. Terima kasih. | Menghebatkan: underline">menjadikan hebat (kuat, besar dll): Pekerja-pekerja telah menghebatkan usaha mereka utk menyiapkan projek yg besar itu. Memperhebat: underline">menjadikan lebih hebat: Polis sedang memperhebat kegiatan mencari perompak-perompak itu. | Makna | 06.03.2013 |
selepas berbincang antara kami masih belum ada persefahaman yang sama, harap dapat pembetulan ayat di bawah yang mengikut tata bahasa yang baku. 1. Bercakap tentang kebudayaan, kata kebudayaan itu sendiri perlu ditakrifkan dahulu. 2. Akibat kurangnya pengetahuan agama, banyak belia yang tersesat. 3. Tugas membentuk disiplin kanak-kanak tidak merupakan tanggungjawab semata-mata guru di sekolah, tetapi dipertanggungjawabkan oleh kedua ibu bapa dan guru. 4. Bahasa Inggeris adalah bahasa pertuturan antarabangsa. Oleh itu tidak hairanlah di kota-kota banyak digunakan. 5. Lantaran itu di dalam dunia pendidikan menuju era globalisasi hari ini, terdapat pelbagai teknologi pendidikan yang cuba diaplikasikan terutama di dalam proses pengajaran seperti penggunaan laman web dan bahan multimedia yang lain. 6. Pendidikan pada hari ini terutama di era dunia tanpa sempadan, setiap aktiviti pembelajaran banyak dipengaruhi kemajuan di dalam teknologi maklumat dan bersifat elektronik. 7. Pendidikan Jasmani merupakan satu mata pelajaran ke arah kecergasan fizikal pelajar. 8. Dalam konteks pendidikan di Malaysia suatu perkara asas ialah wawasan pendidikan yang akan melahirkan rupa wajah anak bangsa, tentang masa depan yang cemerlang, tentang cita-cita luhur dan keunggulan. didahului terima kasih. | 1. Bercakap tentang kebudayaan, underline">perkataan kebudayaan itu sendiri perlu ditakrifkan underline">terlebih dahulu. 2. Ayat ini betul. 3. Tugas membentuk disiplin kanak-kanak underline">bukan merupakan tanggungjawab underline">guru di sekolah semata-mata, tetapi underline">juga dipertanggungjawabkan underline">kepada kedua ibu bapa. 4. Bahasa Inggeris underline">ialah bahasa pertuturan antarabangsa, Oleh itu, tidak hairanlah underline">bahasa Inggeris underline">digunakan di kebanyakan kota. 5. Lantaran itu, underline">dalam dunia pendididikan underline">yang sedang menuju era globalisasi pada hari ini, terdapat pelbagai teknologi pendidikan yang cuba diaplikasikan underline">dalam proses pengajaran sepeti penggunaan laman web dan bahan multimedia yang lain. 6. underline">Setiap aktiviti pembelajaran pendidikan pada hari ini, terutama underline">dalam era dunia tanpa sempadan banyak dipengaruhi kemajuan underline">dalam teknologi maklumat dan bersifat elektronik. 7. underline">Pendidikan Jasmani merupakan mata pelajaran underline">yang menyumbang ke arah kecergasan fizikal pelajar. 8. Dalam konteks pendidikan di Malaysia, underline">satu perkara asas ialah wawasan pendidikan yang akan melahirkan underline">anak bangsa yang mempunyai masa depan yang cemerlang dan cita-cita luhur dan unggul. | Tatabahasa | 27.02.2013 |
Apakah kesalahan istilah dan tatabahasa dalam ayat di bawah? 1. 75% dari jumlah individu yang terbabit dalam kemalangan jalan raya ialah penunggang motosikal. 2. Banyak premis-premis di bandar Alor Gajar dihempas tiang elektrik sewaktu ribut melanda. | 1. 74% underline">daripada jumlah individu yang terlibat dalam kemalangan jalan raya ialah penunggang motosikal. 2. Banyak underline">premis di bandar Alor underline">Gajah underline">dihempap tiang elektrik sewaktu underline">dilanda ribut. | Tatabahasa | 28.02.2013 |