| Tuan, setahu saya hanya ada aku janji. Wujudkah akur janji? Jika kedua-duanya wujud, apakah perbezaannya? Terima kasih. | Perkataan aku janji ialah padanan undertaking dalam bahasa Melayu yang lazimnya digunakan dalam bidang pentadbiran, manakala perkataan akur janji boleh digunakan dalam konteks umum yang bermaksud setuju berjanji. | Istilah | 27.03.2012 |
| Assalamualaikum dan salam sejahtera. 1. Yang manakah frasa yang tepat, "aku janji" atau "akur janji"? 2. Adakah boleh diterima sebutan akronim SASEM (baca; seisem) untuk Sains Sembrong? Atau tetap dibaca (sasem) sebagaimana yang dieja? Atau sebutan (seisem) itu tergolong dalam akronim sesedap sebutan? TERIMA KASIH. | 1. Jika merujuk frasa letter of undertaking, penggunaan yang betul ialah surat aku janji. Walau bagaimanapun frasa akur janji boleh dibentuk jika hendak merujuk kepada perbuatan setuju untuk berjanji. 2. Dalam pangkalan data kami sasem ialah bahasa sukuan Melanau. Pada pandangan kami frasa Sains Sembrong sewajarnya disebut dengan penuh bagi mengelakkan kekeliruan orang awam. | Tatabahasa | 09.07.2013 |
| Salam sejahtera. Aku Janji atau Akur Janji? Apakah perbezaannya? | Salam sejahtera saudara. Perkataan yang tepat ialah aku janji, bukan akur janji. Dalam konteks penggunaan seperti pada lampiran tuan, frasa aku janji pelajar adalah betul. Contoh frasa lain untuk menunjukkan penggunaan aku janji ialah surat aku janji. Perbezaan ditunjukkan pada ejaan semata-mata. Namun begitu, perkataan akur janji tidak berpadanan untuk undertaking yang menjadi padanan istilah bagi perkataan aku janji. | Tatabahasa | 01.03.2025 |