Assalamualaikum. (1) Yang mana betul: "Undi anda adalah rahsia" atau "Undi anda ialah rahsia"? (2) Dalam soalan nombor 1, penggunaan perkataan yang mana betul: adakah "undi" atau "undian"? Atau boleh digunakan kedua-duanya? Terima kasih. | 1. Undi anda adalah rahsia. 2. Perkataan undi lebih tepat. | Tatabahasa | 03.04.2013 |
Selamat sejahtera. Adakah ayat-ayat di bawah ini betul? 1. Bapa tertarik pada kereta yang canggih itu. 2. Kehidupannya sangat tertib. 3. Adunan ini saya uli untuk membuat piza. 4. Beliau memperoleh undi majoriti. 5. Warga syarikat itu tekun-tekun belaka. 6. Kami sempat ziarah ke Wat Angkor semasa melancong di Kemboja. 7. Negara kita terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat. 8. Dia minum air dengan banyak kerana kehausan. Terima kasih. | Ayat contoh yang diberikan betul, kecuali: 5. Warga syarikat itu tekun-tekun belaka. 6. Kami sempat ziarah ke Wat Angkor semasa melancong di Kemboja. Ayat yang gramatis ialah Warga syarikat itu tekun belaka dan Kami sempat melawat ke Wat Angkor semasa melancong di Kemboja.
| Tatabahasa | 01.10.2012 |
Menyemak ayat di bawah.kalau betul minta kebenaran,kalau salah minta penjelasan.tolong. 1.Ali seorang yang baik tetapi kawannya buruk. 2.Rakyat perlulah hormat-menghormati antara satu sama lain agar bertolak ansur. 3.Kawasan kediaman itu tempat tinggal saya. 4.Tanah Melayu pernah dijajah oleh kuasa-kuasa besar seperti portugis,belanda dan jepun. 5.Manifesto bertujuan memancing undi,hanya kata-katanya bermunasabah. 6.Ekonomi negara semakin meruncing.Dalam kegawatan ekonomi ini,rakyat perlu membudayakan amalan berjimat-cermat danmenyedari betapa ertinya budaya menabung. 7.Semangat cintai alam melambangkan tanggungjawab seseorang bangsawan. | Ayat yang betul dan gramatis ialah seperti berikut: 1.Ali seorang yang baik tetapi kawannya berperangai buruk. 2.Rakyat perlulah hormat-menghormati dan bertolak ansur antara satu sama lain. 3.Kawasan kediaman itu, tempat tinggal saya. 4.Tanah Melayu pernah dijajah oleh kuasa-kuasa besar seperti Portugis, Belanda dan Jepun. 5.Manifesto pilihan raya sesebuah parti politik adalah bertujuan untuk memancing undi. 6.Ekonomi negara kini semakin meruncing. Dalam suasana kegawatan ekonomi, rakyat perlu membudayakan amalan berjimat-cermat dan menyedari betapa pentingnya budaya menabung. 7.Semangat mencintai alam sekitar adalah tanggungjawab semua termasuk golongan bangsawan.1"> | Tatabahasa | 10.09.2018 |
apa maksud culaan | Culaan ialah hasil daripada perbuatan mencula. Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) merakamkan makna seperti yang berikut: cula2 چوال kata nama 1 hitungan yang dibuat untuk mengetahui banyaknya sokongan terhadap seseorang atau sesuatu pada sesuatu masa: Parti itu biasa membuat cula kawasan sebelum pilihan raya. kata kerja transitif 2 lihat mencula; mencula منچوال kata kerja tak transitif 1 melakukan cula: Selain mencula, mereka juga menyemak daftar pemilih dalam pilihan raya itu. kata kerja transitif [pasif: dicula, cula] 2 melakukan cula terhadap (pengundi): Mereka berkempen dari rumah ke rumah meraih dan mencula undi. penculaan ڤنچوالءن kata nama perbuatan mencula: Penculaan undi yang diamalkan di Malaysia membolehkan parti-parti politik mengenali sebanyak mana pengundi mereka. culaan چوالءن kata nama hasil daripada mencula: Culaan setakat ini menunjukkan penolakan pengundi terhadap GST mencecah 75%. Semua kata adalah bergantung kepada makna dan konteks penggunaannya. | Makna | 27.07.2023 |