Khidmat Nasihat
Assalamualaikum. (1) Yang mana betul: "Undi anda adalah rahsia" atau "Undi anda ialah rahsia"? (2) Dalam soalan nombor 1, penggunaan perkataan yang mana betul: adakah "undi" atau "undian"? Atau boleh digunakan kedua-duanya? Terima kasih. | 1. Undi anda adalah rahsia. 2. Perkataan undi lebih tepat. | Tatabahasa | 03.04.2013 |
Apakah perbezaan di antara salinan dokumen dan cabutan dokumen? Contoh salinan sijil nikah dan cabutan sijil nikah. | Menurut data kami, salinan ialah 1. turunan (surat dan lain-lain), halaman atau lembaran yang bukan asal, tetapi sama setiap butirannya dengan yang asal: hanya ~-~ sijil sahaja yang perlu dihantar; 2. terjemahan; (Kamus Dewan Edisi Keempat) manakala cabutan bermaksud 1. apa yang (sudah) dicabut, diambil daripada sesuatu; ~ bertuah undian yang dibuat dengan mencabut keratan kertas bernombor secara rambang yang menawarkan hadiah tertentu; 2. petikan (daripada karangan dan sebagainya); (Kamus Dewan Edisi Keempat). Sehungan dengan itu, rangkai kata yang sesuai ialah salinan sijil nikah. | Makna | 27.12.2018 |
Kembali ke atas
Thanks for clicking. That felt good.
Close