1) perkataan yang sinonim dengan 'idaman' contohnya Kolej IDAMAN anda. 2) perkataan yang sinonim dengan 'unggul'. Contoh ayat seperti 'kami UNGGUL dalam bidang kejuruteraan. | 1. Perkataan yang paling sesuai dalam ayat tersebut ialah impian. 2. Perkataan yan sesuai dalam ayat tersebut ialah terbaik. | Makna | 06.01.2010 |
apakah maksud modal insan? apakah maksud personaliti unggul? | Modal insan bermaksud sumber intelek yang ada pada diri setiap manuasia. Ia menunjukkan seseorang yang berkemahiran, berilmu, berpengetahuan dan mampu menyumbang kebaikan kepada dunia hari ini. Modal insan merupakan sumber yang penting dalam membangunkan sesebuah negara. Personaliti unggul pula bermaksud manusia yang berhemah tinggi, ilmu pengetahuan, pencapaian, ketokohan dan keintelektualan yang tinggi. Ciri-ciri orang yang mempunyai personaliti unggul ialah seperti yang berikut: 1.Mempunyai cita-cita, semangat dan wawasan yang jitu serta sentiasa berusaha ke arah mencapai kejayaan cemerlang, demi keagungan bangsa, agama dan negara. 2.Mempunyai kualiti kepimpinan yang tinggi, mampu memujuk, mengarah atau menggerakkan pasukan, selain berkemampuan mendengar pendapat (berlapang dada) dan membuat keputusan yang bijaksana. 3.Mahir berkomunikasi dan mempunyai pemikiran yang strategik. 4.Mempunyai daya tahan dan daya saing yang tinggi serta bersemangat waja. | Makna | 02.10.2006 |
maksud perkataan terunggul, terbilang, unggul | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud terbilang ialah 1. terhitung, dapat dihitung, termasuk hitungan: perahu pun tiada ~ banyak nya; 2. terkenal, terkemuka: sebuah kampung yg ~ kaya; banyak sudah pahlawan ~ pihak China yg telah rebah ke bumi; 3. dimaklumi (sbg mempunyai sesuatu sifat): dia memang ~ sbg orang yg lekas naik radang; manakala perkataaan unggul bermaksud melebihi (mengatasi) yang lain (baik, bijak, cekap, tinggi, dll), terbaik, teristimewa, terutama: dia seorang ahli olahraga yg ~; ahli sains yg ~;. Oleh itu, perkataan terunggul tidak perlu digunakan. | Makna | 02.06.2009 |
Salam Tn/Pn, Saya Pn Norfazilah, daripada AZ Empayar Unggul Enterprise ingin memohon maklumbalas pengesahan penggunaan bahasa iklan untuk restoren kami "WARUNG KAPAL TERBANG" untuk tujuan pendaftaran Papan Iklan dengan Unit Pelesenan, Majlis Daerah Segamat. Kerjasama daripada pihak tuan amatlah pihak saya hargai. Sekian, terima kasih Yang Benar, NORFAZILAH BINTI TOMPANG @ MOHD ZAIN | Salam sejahtera, Puan, WARUNG KAPAL TERBANG boleh digunakan. Untuk pengesahan penggunaan bahasa Melayu, sila layari http://dbpsahbahasa.my/. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 14.10.2017 |
ungkapan " Peneraju pendidikan teknikal dan vokasional terunggul"..betulkah ungkapan ini atau perkataan "terunggul" perlu dibuang imbuhan "ter" menjadi "unggul" sahaja? | Imbuhan 'ter-' pada ungkapan tersebut bermakna 'yang paling' dan tidak salah jika dikekalkan imbuhan awalan tersebut. | Lain-lain | 13.10.2009 |
Apakah maksud modal insan? | Modal insan bermaksud sumber intelek yang ada pada diri setiap manusia. Ia menunjukkan seseorang yang berkemahiran, berilmu, berpengetahuan dan mampu menyumbang kebaikan kepada dunia hari ini. Modal insan merupakan sumber yang penting dalam membangunkan sesebuah negara. Personaliti unggul pula bermaksud manusia yang berhemah tinggi, ilmu pengetahuan, pencapaian, ketokohan dan keintelektualan yang tinggi. Ciri-ciri orang yang mempunyai personaliti unggul ialah seperti yang berikut: 1.Mempunyai cita-cita, semangat dan wawasan yang jitu serta sentiasa berusaha ke arah mencapai kejayaan cemerlang, demi keagungan bangsa, agama dan negara. 2.Mempunyai kualiti kepimpinan yang tinggi, mampu memujuk, mengarah atau menggerakkan pasukan, selain berkemampuan mendengar pendapat (berlapang dada) dan membuat keputusan yang bijaksana. 3.Mahir berkomunikasi dan mempunyai pemikiran yang strategik. 4.Mempunyai daya tahan dan daya saing yang tinggi serta bersemangat waja. | Lain-lain | 19.11.2007 |
maksud guru penjana modal insan cemerlang | Modal insan bermaksud sumber intelek yang ada pada diri setiap manusia. Ia menunjukkan seseorang yang berkemahiran, berilmu, berpengetahuan dan mampu menyumbang kebaikan kepada dunia hari ini. Modal insan merupakan sumber yang penting dalam membangunkan sesebuah negara. Personaliti unggul pula bermaksud manusia yang berhemah tinggi, ilmu pengetahuan, pencapaian, ketokohan dan keintelektualan yang tinggi. Ciri-ciri orang yang mempunyai personaliti unggul ialah seperti yang berikut: 1.Mempunyai cita-cita, semangat dan wawasan yang jitu serta sentiasa berusaha ke arah mencapai kejayaan cemerlang, demi keagungan bangsa, agama dan negara. 2.Mempunyai kualiti kepimpinan yang tinggi, mampu memujuk, mengarah atau menggerakkan pasukan, selain berkemampuan mendengar pendapat (berlapang dada) dan membuat keputusan yang bijaksana. 3.Mahir berkomunikasi dan mempunyai pemikiran yang strategik. 4.Mempunyai daya tahan dan daya saing yang tinggi serta bersemangat waja. Oleh yang demikian, guru seharusnya mempunyai ciri-ciri yang dinyatakan di atas. | Lain-lain | 11.06.2008 |
apakah maksud MODAL INSAN secara keseluruhannya | Modal insan bermaksud sumber intelek yang ada pada diri setiap manusia. Ia menunjukkan seseorang yang berkemahiran, berilmu, berpengetahuan dan mampu menyumbang kebaikan kepada dunia hari ini. Modal insan merupakan sumber yang penting dalam membangunkan sesebuah negara. Personaliti unggul pula bermaksud manusia yang berhemah tinggi, ilmu pengetahuan, pencapaian, ketokohan dan keintelektualan yang tinggi. Ciri-ciri orang yang mempunyai personaliti unggul ialah seperti yang berikut: 1.Mempunyai cita-cita, semangat dan wawasan yang jitu serta sentiasa berusaha ke arah mencapai kejayaan cemerlang, demi keagungan bangsa, agama dan negara. 2.Mempunyai kualiti kepimpinan yang tinggi, mampu memujuk, mengarah atau menggerakkan pasukan, selain berkemampuan mendengar pendapat (berlapang dada) dan membuat keputusan yang bijaksana. 3.Mahir berkomunikasi dan mempunyai pemikiran yang strategik. 4.Mempunyai daya tahan dan daya saing yang tinggi serta bersemangat waja. | Lain-lain | 16.11.2007 |
Saya ingin mendaftar perniagaan menjual makanan sunnah menggunakan nama HABIB ULUNG. Nama ini dipilih kerana perkataan HABIB sering dirujuk kepada keturunan Rasulullah dan ULUNG pula merujuk kepada Rasulullah nabi yang unggul. Mohon pandangan dari pihak DBP. | DBP hanya terlibat dalam pengesahan bahasa dalam visual iklan. Untuk pengesahan papan tanda perniagaan, maklumat asas yang diperlukan ialah: 1. Keterangan aktiviti perniagaan contohnya KEDAI PRODUK MAKANAN KESIHATAN (di bahagian paling atas sebelah kiri iklan. 2. Nama kedai HABIB ULUNG 3. Dimiliki oleh: HABIB ULUNG ENTERPRISE (XXX-A) Kemukakan permohonan tuan/puan melalui portal “DBP SAH BAHASA”, atau hadir ke kaunter Pengesahan Bahasa di DBP Kuala Lumpur atau di DBP Cawangan (Sabah/ Sarawak), DBP Wilayah Selatan, DBP Wilayah Timur dan DBP Wilayah Utara. | Lain-lain | 29.10.2018 |
apakah maksud rasialisme? | Rasialisme ialah layanan berat sebelah atau sikap bermusuhan terhadap seseorang berasaskan keturunan bangsanya ; fahaman yang menekankan bahawa suku kaum sendiri sahaja yang paling unggul. | Makna | 29.07.2008 |