Apakah terjemahan yang tepat untuk "trade union density" dan "union busting"? Contoh ayat seperti berikut: 1. The decline in trade union density among these workers shows that a large proportion of them are in the private sector. 2. Union busting is a range of activities undertaken to disrupt or prevent the formation of trade unions. | Perkataan trade union density boleh diterjemahkan kepada kadar keahlian kesatuan pekerja atau kekuatan kesatuan pekerja dan union busting boleh diterjemahkan kepada mengurangkan kuasa atau memusnahkan kuasa kesatuan pekerja. Walau bagaimanpun cadangan ini perlu disesuaikan dengan konteks ayat. | Penyemakan dan penterjemahan | 26.09.2018 |
anti-Malaya Union | anti-Malaya Union | Ejaan | 18.05.2011 |
Apakah perkataan yang sesuai untuk "union-busting" dalam Bahasa Malaysia? Contoh ayat: Employers regularly employ union-busting tactics to suppress trade unions. | Cadangan terjemahan yang sesuai bagi 'Employers regularly employ union-busting tactics to suppress trade unions' ialah 'Majikan kerap menggunakan taktik penghapusan kesatuan pekerja untuk menekan kesatuan sekerja.' | Makna | 30.04.2020 |
Saya ingin bertanya, apakah terjemahan bagi perbuatan "union busting" di dalam Bahasa Melayu. Terima kasih. | Mohon untuk puan memberikan perkataan "union busting" dalam bentuk ayat penuh untuk pihak kami memberikan makna yang betul perkataan tersebut. | Makna | 03.04.2018 |
Tuan, Adakah nama jawatan dalam Bahasa Inggeris yang ditulis dalam artikel yang berikut perlu dicondongkan (italic)? ..........Pada tahun 1946, iaitu selepas Perang Dunia Kedua, pasukan 'Malayan Union Services' (MUS) telah ditubuhkan dengan Flight Lt. W.J Gerumandi sebagai Director of Malayan Union Fire Services. MUS beribu pejabat di Kuala Lumpur. | Nama jawatan dalam bahasa Inggeris tidak ditulis dengan huruf miring (italik) tetapi mesti diterjemahkan dalam bahasa Melayu. Ayat yang betul ialah…Pada tahun 1946, iaitu selepas Perang Dunia Kedua, pasukan Malayan Union Services (MUS) telah ditubuhkan dengan Flight Lt. W.J Gerumandi sebagai Pengarah Malayan Union Fire Services. MUS beribu pejabat di Kuala Lumpur. | Tatabahasa | 21.03.2014 |
Apakah perkataan yang sesuai untuk "union-busting"? | Sila berikan perkataan dengan contoh ayat supaya kami dapat memberikan terjemahan yang baik dan betul mengikut konteks ayat. | Makna | 27.04.2020 |
Apakah istilah yang digunakan untuk istilah 'loose alliances' :a union or association formed for mutual benefit, especially between countries or organizations. Terima Kasih. | Kami mencadangkan "sekutu bebas" atau "perikatan bebas" sebagai padanan yang tepat bagi istilah "loose alliances". | Istilah | 21.06.2020 |
Salam tuan/puan, Soalan saya berkenaan penggunaan perkataan condong. Adakah Malayan People's Anti Japanese Army, Malayan Union, Force 136 perlu dicondongkan (italic)? Setahu saya tidak perlu tapi ada sesetengah buku termasuk buku DBP tidak standard penggunaan "italic" ini. Mohon pencerahan. Terima kasih. | Huruf condong digunakan untuk menunjukkan terdapat sesuatu yang berlainan atau istimewa tentang perkataan atau frasa yang berkenaan. Antara yang perlu dicondongkan ialah judul karya seni dan penerbitan, nama Sains, karya undang-undang, kata atau ayat dalam bahasa asing, singkatan judul katalog karya yang diterbitkan, kenyataan sambungan bahan penulisan, nama khas objek khusus dan arahan pentas atau drama. Jika dilihat kepada apa yang tuan/puan berikan, perkataan-perkataan tersebut perlu dicondongkan kerana menggunakan bahasa Inggeris. Untuk lebih jelas, mohon rujuk Buku Tatabahasa Dewan, halaman 83. | Tatabahasa | 23.03.2017 |
Salam. saya ingin tahu jenis golongan kata pada rangkai kata perlawanan akhir dalam ayat berikut, adakah kata nama am atau kata nama khas. 1. Pasukan Galpam telah berjaya melangkah ke perlawanan akhir Piala Western Union, kelmarin. | Perlawanan akhir ialah kata nama am dan penggunaan tanda baca dalam ayat contoh yang diberi adalah betul. | Tatabahasa | 22.10.2011 |
Tuan/Puan, Apa padanan dalam Bahasa Melayu bagi ayat di bawah: "No organization, body or group of students whether established by, under or in accordance with this Act, shall have any affiliation, association or other dealing with, any society, political party, trade union or any other organization, body or group of persons-" Sekian, terima kasih. | Untuk makluman, DBP tidak menjalankan kerja penterjemahan atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com. | Penyemakan dan penterjemahan | 07.10.2021 |