Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata unit 1


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, Apakah makna 'petuduh'? Perkataan ini didapati dalam Unit 1 buku teks BM tingkatan 3 walhal tidak dapat dijumpai dalam Kamus Dewan. Terima kasihMerujuk Kamus Pelajar Edisi Kedua, petuduh bermaksud orang yang dituduh.Makna30.01.2010
Selamat Petang! Ayat (1) atau (2) membetulnya?? (1) JUSCO dan 100 Unit Kedai (2) JUSCO dan 100 Buah Kedai. Terima Kasih!Frasa yang betul ialah JUSCO dan 100 unit kedai (merujuk unit kedai yang terdapat di dalam bangunan Jusco).Tatabahasa22.07.2011
Assalamualaikum wbt Tuan/Puan, Saya ingin mendapat kepastian berkaitan penulisan yang tepat bagi tatacara penggunaan angka dan perkataan dalam kurungan seperti berikut : i) Bilangan 1 - 9, contohnya 5 unit dinyatakan sebagai 5(lima) unit ii) 10 - 99, contohnya 55 unit dinyatakan sebagai 55(lima puluh lima) unit iii) 100 - 999, contohnya 555 unit dinyatakan sebagai 555 (lima ratus lima puluh lima) unit. Bolehkah bagi penulisan angka puluh,ratus dan ribu ditulis angka sahaja tanpa dinyatakan perkataan dalam kurungan. Mohon penjelasan bagi penulisan yang tepat. Terima kasih. Yang Benar, Halmi AhmadMenurut Gaya Dewan Edisi Ketiga, terdapat cara untuk menulis nombor dalam ayat, iaitu, nombor yang kurang daripada 10 hendaklah dieja sepenuhnya manakala nombor 10 ke atas boleh menggunakan angka sahaja.Tatabahasa02.01.2013
Yang mana betul 1) Pengurus diminta memaklumkan Unit Pentadbiran sekiranya.. atau 2) Pengurus diminta memaklumkan kepada Unit Pentabiran sekiranya...

Puan Robiaton,

Ayat yang betul ialah 'Pengurus diminta memaklumi Unit Pentadbiran sekiranya... 

Tatabahasa06.05.2010
Saya sering terbaca frasa ` pro forma kursus`. Apakah yang dimaksudkan dengan frasa tersebut. Adakah ejaannya betul?

Frasa ini tidak terdapat dalam mana-mana sumber rujukan kami. Yang ada hanyalah istilah forma (bidang biologi) yang merujuk:  

(1) Unit taksonomi yang terdiri daripada individu yang berbeza daripada unit yang lebih besar oleh satu ciri tunggal, oleh yang demikian merupakan ciri yang paling kecil dalam pengelasan. (BIO)

(2) Satu jenis spesies polimorfik; satu kumpulan taksonomi yang statusnya tidak nyata, mungkin spesies atau mungkin juga subspesies. (BIO)

Makna13.05.2009
Apakah kriteria sesuatu ejaan diguna pakai? Kadang-kadang nampak ketidakseragaman ejaan. Contohnya perkhemahan, perkelahan, Ramadan, Hadhari. Apa fungsi huruf 'h' kadang-kadang ada, kadang-kadang tiada. Contoh lain Khamis, reda, khas dan lain-lain.Sistem ejaan bahasa Melayu ialah sistem yang pada umumnya berdasarkan kaedah fonemik, iaitu unit-unit bunyi yang berfungsi sahaja yang dilambangkan dengan huruf. Sistem ejaan Rumi yang digunakan sekarang ialah Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Malaysia yang dirasmikan penggunaannya pada 16 Ogos 1972. Untuk maklumat lanjut, saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 324 dan buku Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi, halaman 1.Ejaan31.08.2009
Apakah maksud 'ketaksiman' sebagaimana tertera di halaman 39 Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga? Perkataan tersebut terkandung dalam ayat yang berbunyi "Kata beliau digunakan dalam sebutan ketaksiman".Perkataan ketaksiman sepatutunya dieja ketakseman, iatu daripada perkataan taksem yang mengikut Kamus Besar bahasa Indonesia bermaksud 1. unit gramatikal terkecil dari seleksi 2. urutan,tekanan,titi nada, modifikasi fonetik. Mohan maaf atas kesilapan menaip.Tatabahasa04.03.2008
adakah perkataan di bawah perlu dieja dengan huruf besar di depan kata 1) agensi atau Agensi, 2) kerajaan atau Kerajaan 3) unit atau Unit Apakah yang dimaksudkan jerayawara-adakah ia bermaksud (roadshows) 5) bolehkah brosur digunakan dalam bahasa melayu.apakah nama dalam BM 6) Bank IkS atau Bank SME atau SME Bank 7) apakah maksud Banci Baseline dalam BM 8) Bagaimana mengeja kenalpasti atau kenal pasti 9) EXIM Bank atau Bank EXIM 10) pewujudan atau pengwujudan1. agensi sebagai kata nama khas sahaja yg dieja dengan huruf besar. Contohnya Agensi Pekerjaan Lee. 2. kerajaan pun sama dengan agensi. Sekiranya kata nama khas diejan dengan huruf besar seperti Kerajaan Malaysia. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. 3. jerayawara ialah persembahan, pameran, ceramah dsb yg diadakan oleh seseorang atau sekumpulan orang (penyanyi, ahli politik dsb) yg berkunjung dr satu tempat ke tempat lain dgn tujuan memberikan hiburan, menjelaskan sesuatu isu kpd orang ramai, mempromosikan sesuatu dsb. 5.Brosur ialah risalah dalam BM. 6. Bank SME. 7. Cadangan kami ialah bancian dasar. Sila rujuk bahan yang berkaitan. 8.kenal pasti. 9. Bank Exim. 10. perwujudan ialah 1. bentuk atau rupa (yg benar-benar dapat dilihat dll); 2. sesuatu yg berwujud (kelihatan dlm mimpi dll); 3. sesuatu yg konkrit (maujud, nyata); 4. pelaksanaan (cita-cita dll). Pewujudan ialah perbuatan atau proses mewujudkan. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Tatabahasa13.10.2009
1)Hang Tuah memperhambakan atau memperhamba diri kepada sultan 2)3 jam 1/2 atau 3 1/2 jam1)memperhambakan -apitan memper-kan yang bertemu kata nama dan kata kerja 2)3 1/2 jam -unit mesti dihujungTatabahasa02.03.2011
Salam Tuan, Mohon maklumbalas bagi penggunaan perkataan "dibawah" atau "di bawah" yang betul bagi pernyataan berikut: 1. Kursus 3 hari ini di bawah kelolaan Unit Modal Insan. atau; 2. Kursus 3 hari ini dibawah kelolaan Unit Modal Insan. Terima kasih

Waalaikummussalam puan,


'Kursus tiga hari ini di bawah kelolaan Unit Modal Insan' adalah tepat. Hal ini kerana, kata sendi nama di  yang menunjukkan arah dan tempat cara penulisannya perlu dijarakkan misalnya, di Kuala Lumpur, di atas meja, di bawah katil. Manakala penggunaan di hadapan kata kerja ialah imbuhan di seperti dibuat ditulis rapat.

Tatabahasa11.10.2012
1234

Kembali ke atas