Sila jelaskan makna kata kerja terbitan dan berikan contoh-contoh kata kerja terbitan. Terima kasih . | Kata kerja terbitan ialah bentuk perkataan yang dihasilkan melalui proses pengimbuhan, iaitu proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar. Pengimbuhan ini melahirkan bentuk perkataan yang disebut kata terbitan. Kata terbitan terdiri daripada empat jenis, iaitu: 1. Kata Terbitan Berawalan. Contoh: pelari, melawan, terbesar dan banyak lagi. 2. Kata Terbitan Berakhiran. Contoh: pakaian, buatkan dan banyak lagi. 3. Kata Terbitan Berapitan. Contoh: pelaksanaan, memainkan, kearaban dan banyak lagi. 4. Kata Terbitan Bersisipan. Contoh: telunjuk, selerak, gelegak dan banyak lagi. Untuk lebih jelas, mohon rujuk Tatabahasa Dewan, halaman 69. | Tatabahasa | 30.07.2015 |
Salam Sehati Sejiwa, 1. Apakah beda KATA DASAR dan KATA TUNGGAL? 2. Mohon diberikan contoh bagi KATA DASAR dan KATA TUNGGAL. 3. Kata 'bekalan' ialah golongan kata apa? 4. Mohon diberikan contoh kata terbitan yang berfungsi sebagai kata dasar, iaitu apabila diletakkan imbuhan menjadi kata terbitan juga. Terima kasih. | 1. Kata dasar ialah kata yang menjadi pokok daripada kata terbitan (kata tanpa imbuhan). 2. Kata tunggal ialah bentuk kata yang terdiri daripada hanya satu bentuk dasar, yakni yang tidak menerima apa-apa bentuk imbuhan atau kata dasar yang lain. Rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. 3. Kata kerja terbitan ialah bentuk perkataan yang dihasilkan melalui proses pengimbuhan, iaitu proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar. Pengimbuhan ini melahirkan bentuk perkataan yang disebut kata terbitan. Kata terbitan terdiri daripada empat jenis, iaitu: 1. Kata Terbitan Berawalan. Contoh: pelari, melawan, terbesar dan banyak lagi. 2. Kata Terbitan Berakhiran. Contoh: pakaian, buatkan dan banyak lagi. 3. Kata Terbitan Berapitan. Contoh: pelaksanaan, memainkan, kearaban dan banyak lagi. 4. Kata Terbitan Bersisipan. Contoh: telunjuk, selerak, gelegak dan banyak lagi. Untuk lebih jelas, mohon rujuk Tatabahasa Dewan, halaman 69. | Tatabahasa | 12.09.2015 |